G7gROBy4_3P4Lyb69aTNdueVqY4 ok! it's a fact: Ok! Fakta mengenai peluh anda

Thursday 31 May 2012

Ok! Fakta mengenai peluh anda


Anda kuat berpeluh?normal la manusia berpeluh, cuma yang tak normal bila terlalu banyak berpeluh sampai sangat mengganggu kerja-kerja seharian. Peluh penting sebagai regulator suhu badan kita. Cakap banyak tak guna jom baca fakta lain mengenai peluh manusia ini!

1. Peluh merupakan air yang bercampur dengan garam (Sodium klorida) menyebabkan ia berasa masin dan beberapa jenis mineral lain.

2. Manusia mempunyai dua jenis kelenjar peluh iaitu kelenjar ekrin dan kelenjar apokrin.

3. Kelenjar ekrin merembeskan peluh yang tidak berbau yang mengeluarkan sisa metabolisme tubuh yang turut penting dalam kawalan suhu badan manusia.

4. Kelenjar apokrin pula merembeskan peluh yang mempunyai bau dan terletak di ketiak, payudara, daerah anus dan kemaluan anda.  Kelenjar apokrin mengandungi banyak lemak dan protein menyebabkan ia berbau apabila diuraikan oleh bakteria.

5. Manusia mempunyai kelenjar peluh antara 2 juta hingga 5 juta dan ia terletak di seluruh kawasan di anggota badan kita kecuali bibir, telinga dan kuku.

6. Lelaki menghasilkan 40% lebih peluh berbanding wanita dan menurut Prof. Ed Coyle dari Universiti Texas, lelaki mempunyai peluh yang lebih masin berbanding perempuan. Lelaki mempunyai kelenjar peluh yang lebih aktif daripada perempuan nampaknya.

7. Perpeluhan berlaku setiap masa sebenarnya Cuma dalam kuantiti yang sedikit dan ia bergantung kepada suhu sekitaran. Sejumlah besar peluh datang dari kawasan kaki.

8. 1% daripada keseluruhan proses perpeluhan datang dari kawasan ketiak. Masalah pengudaraan di ketiak menyebabkan peluh di kawasan ini tidak tersejat menyebabkan ia berkumpul dan kita lihat perpeluhan seperti banyak keluar dari ketiak.

9. Mereka yang terlalu ekstrem berpeluh dipanggil hyperhidrosis yang boleh menganggu kehidupan seharian mereka manakala mereka yang sangat kurang berpeluh pula dikenali sebagai anhydrosis dan keadaan ini pula sangat membahayakan kesihatan kerana kurang berpeluh menyumbang kepada suhu badan tidak dapat disejukkan.

10.Bau badan sangat dipengaruhi oleh apa yang anda makan contoh seperti bawang putih.

11.Mereka yang bersukan mempunyai kelenjar peluh yang lebih aktif dimana mereka sudah mula berpeluh apabila suhu badan mencapai 37.2⁰C berbanding mereka yang tidak aktif dan hanya mula berpeluh apabila suhu badannya mencapai suhu 37.7⁰C.

p/s: Pengsan duduk sebelah orang tak pakai deodorant..haha

No comments:

Post a Comment