G7gROBy4_3P4Lyb69aTNdueVqY4 ok! it's a fact: Ok! Fakta perut anda

Tuesday, 28 August 2012

Ok! Fakta perut anda

Lepas bulan puasa, perkara paling best adalah makan. Antara fungsi puasa di Bulan Ramadhan bagi masyarakat Islam adalah untuk merehatkan perut yang sentiasa bekerja. Sistem pencernaan kita tidak pernah diberi rehat melihat kepada kekerapan kita makan, bermula dengan sarapan, makan tengahari, minum petang, makan malam dan mungkin juga makan tengah malam. Entry aku kali ini ingin membincangkan sedikit fakta menarik mengenai perut yang mungkin memberi sedikit ilmu kepada anda semua pada hari ini.

1. Apabila kita makan, kita turut menelan makanan bersama-sama udara ke dalam perut dan usus kita. Oleh sebab itu, cara paling efektif untuk mengeluarkan udara ini adalah melalui sendawa.

2. Perut kita mengeluarkan asid hidroklorik dan enzim protease yang berfungsi untuk membunuh bakteria dan mencernakan makanan yang kita telah makan.

3. Perut merupakan sebahagian dalam sistem pencernaan manusia. perut berfungsi untuk memecahkan makanan kepada cebisan-cebisan yang dikenali sebagai 'chyme' sebelum dibawa ke bahagian usus kecil untuk proses penyerapan nutrien makanan.

4. Saiz badan manusia tidak mempengaruhi saiz perut anda. Jadi tiada beza perut orang kurus atau orang gemuk cuma perut boleh dilatih untuk menerima makanan secara banyak dalam satu masa atau sebaliknya.

5. Berat badan seseorang naik apabila jumlah kalori yang kita ambil daripada makanan harian kita melebihi jumlah kalori yang dibakar melalui exercise atau aktiviti kecergasan lain. Perut kita akan berfungsi secara efektif dalam mencernakan makanan berbanding waktu malam. Oleh sebab itu, meraka yang kerap makan sebelum tidur boleh menyumbang kepada masalah kegemukan.

6. Makanan berlemak dicernakan lebih lama berbanding makanan berkarbohidrat dan lemak juga tersimpan lebih lama di dalam perut berbanding karbohidrat.

7. Akitiviti senaman seperti sit-ups atau abdominal crunches tidak akan menyebabkan saiz perut semakin kecil tetapi membakar lemak di kawsan perut.

p/s : Sayangi perut anda...rehatkan perut dengan berpuasa..pahala dapat dan badan makin sihat..hehe

6 comments:

  1. puasa sememangnya kita dah tahu kebaikannya, tetapi mengapa kita susah untuk membuat perkara yang baik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu hanya akan terjadi hasil tindakan kita sendiri..kita boleh berdoa dan bertawakal..tapi tanpa usaha untuk kita mengubah diri kita untuk melakukan kebaikan agak sukar untuk membuat perkara baik..berusaha pasti Allah memberi jalan!=)

      Delete
  2. bro, boleh tolong kongsikan tip untuk naikkan berat badan tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. akan diusahakan..troskan membaca blog ni..thanx~

      Delete
  3. Nice info. Puasa memang terbukti membantu sistem tubuh badan kita kembali semula kepada keadaan fitral asal manusia. Saintis barat juga tidak menyangkal kelebihan puasa ni. Lebih afdhal kalau kita amalkan cara Rasulullah s.a.w berpuasa, insyaallah. Rasulullah juga ada berkata, bahawa puasa yang paling Allah suka ialah Puasa Nabi Daud a.s (1 hari puasa, 1 hari buka)...masyaallah

    Jemput-jemputla ke blog saya yer. Thanks again for sharing.

    ReplyDelete
  4. terimakasih infonya ini benar2 bermanfaat buat saya

    ReplyDelete