G7gROBy4_3P4Lyb69aTNdueVqY4 ok! it's a fact: June 2012

Sunday 24 June 2012

Ok! Fakta Air liur manusia


Terlalu banyak info mengenai manusia yang kita tidak tahu. Sebab itu aku banyak memberikan fakta mengenai manusia. Aku sendiri dalam masa yang sama mendapat ilmu yang bermanfaat di samping korang juga dapat. Entri hari ini mengenai air liur @ saliva yang kadangkala kita abaikan terus padahal ia memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan kita seharian. Masakan tidak, air liur penting dalam sistem pencernaan makanan kita. Tanpanya, kita tidak mampu untuk menghancurkan makanan yang kita makan dan memberi tenaga kepada tubuh badan kita. Kita wajib makan untuk terus hidup maka, air liur sentiasa kita gunakan tanpa kita sedari. Jom tengok apa yang ada dan fungsi lain air liur kita!


1. Air liur kita dihasilkan di kelenjar air liur yang terletak di bahagian pipi, di bahagian rahang dan di bahagian bawah lidah manusia.

2. Air liur terdiri daripada 98% air manakala 2% lagi mewakili enzim, mucus, antioksidan, protein, elektrolit dan beberapa bahan penting dalam menjalankan proses pencernaan.

3. Setiap manusia menghasilkan kira-kira 1.7 liter air liur dalam sehari. Banyak ok!

4. Air liur sangat membantu dalam membersihkan makanan-makanan dalam mulut kita kita dan ini dapat mengurangkan kaviti.

5. Air liur juga bertindak menghapuskan bakteria yang boleh menganggu tisu-tisu di mulut manusia.

6. Air liur mengandungi enzim amilase yang berfungsi untuk makanan kita kepada bentuk dekstrin dan maltose sebelum dicernakan oleh enzim lain di perut dan usus kecil.

7. Tanpa air liur, kita tidak boleh merasa, makan atau menelan makanan

8. Tekanan dan kemurungan boleh menyebabkan kekurangan perembesan air liur.

9. Overexcited dan keadaan marah pula menyebabkan pertambahan perembesan air liur.

10.Peningkatan umur menyebabkan fungsi perembesan air liur semakin berkurangan.

11.Chewing gum membantu menambahkan perembesan air liur sehingga 1000%.

p/s: Jangan meludah merata-rata! Tak sopan! kita kan rakyat Malaysia yang berbudi pekerti baik..hehe

Friday 22 June 2012

Ok! i'll be the greatest fan of your life


p/s: Fakta! everyone should have one good song that remind you to someone else..so this is mine!enjoy

Ok! Fakta rawak #4













p/s: aku suke giler makan Big mac!haha

Thursday 21 June 2012

Ok! Fakta lipas di rumah anda


Lipas merupakan sejenis serangga yang sangat common yang kita akan jumpa di tempat sampah dan rumah kita. Aku memang tak suka lipas dan aku paling tak suka bila dia merayap kat badan. Haha. Tapi tak lah sampai nampak lipas pon aku da terjerit-jerit geli. Anyway, lipas memang serangga yang menghuni tempat-tempat kotor,sempit dan gelap. Walaubagaimanapun lipas merupakan antara spesis survivor dari zaman dinosaur, bermakna spesis lipas telah wujud berjuta-juta tahun dahulu dan tidak banyak berevolusi semenjak itu. Jom tengok fakta lain mengenai lipas!
1. Terdapat 4,000-5,000 spesis lipas tetapi hanya 30 sahaja yang merupakan tergolong dalam serangga perosak dan pembawa penyakit.

2. Pernah jumpa telur lipas? Telur-telur lipas disimpan dalam satu protective case atau kapsul yang dipanggil ootheca.

3. Terdapat sesetengah lipas betina yang hanya mengawan sekali sahaja tetapi boleh bertelur selepas itu sepanjang hayatnya.

4. Lipas selalunya merupakan spesis serangga nocturnal iaitu sensitive kepada cahaya dan akan lari apabila disuluh dengan cahaya lampu.

5. Lipas boleh menahan diri daripada bernafas selama 40 minit.

6. Hanya dengan lubang sebesar 0.5mm membolehkan anak lipas menyusup masuk ke rumah kita manakala bagi dewasa lubang sebesar 1.6mm.

7. Lipas boleh hidup selama seminggu atau lebih tanpa kepala dan mati akibat dehidrasi kerana tidak mendapat minum menggunakan mulutnya.

8. Lipas boleh berlari dengan selajuan 3km sejam atau 0.8/s. Laju untuk saiznya yang kecil.

9. Tempoh hidup lipas adalah kira-kira setahun dan lipas berehat selama 18 jam setiap hari.

10.Lipas makan apa sahaja termasuk rambut dan boleh hidup tanpa makanan selama sebulan.

11.Darah lipas berwarna putih atau jernih tidak berwarna.


12.Pemangsa bagi lipas adalah tebuan dan lipan.


p/s: Pakai penyembur lipas nak bunuh lipas lama-lama tengok lipas imune je, tak mati pon!

Wednesday 20 June 2012

Ok! Fakta Hidung anda


Hidung merupakan anggota fizikal yang memainkan peranan penting di mana ia merupakan salah satu deria daripada 5 deria utama manusia. Ia berperanan sebagai deria bau di samping  menjadikan anda semakin handsome dan gorgeous. Hehe. Kira-kira 6 juta sel terletak di hidung kita yang membantu kita menghidu dan setiap manusia mempunyai deria hidu yang berlainan antara satu sama lain. Ada yang sangat sensitif dengan sesetengah bau dan sehingga kini (so far yang aku tengok dan baca) tiada lagi alat yang dicipta khas untuk detect tahap bau contoh seperti bau busuk, wangi dan etc. Kalau ada tolong share dengan aku ok! Jom tengok fakta hidung manusia yang sememangnya anugerah Allah yang Maha Hebat!

1. Manusia mampu menghidu kira 10,000 jenis bau.

2. Masalah kepada deria bau akan turut menjejaskan deria rasa anda. ( Sila cuba tutup hidung samabil minum sesuatu yang manis. Tasteless for sure!)

3. Wanita mempunyai deria bau yang lebih sensitif atau lebih tajam daripada lelaki. (Kalau tengok drama melayu cepat je bini detect bau perfume pompuan lain melekat kat baju suami dia)

4. Kita sebenarnya sentiasa melihat hidung kita tiap masa kerana ia terletak di bawah mata kita tetapi otak manusia dah set untuk mengabaikannya.

5. Sel hidung kita dilindungi oleh tulang rawan dan di tengah-tengah hidung yang memisahkan dua lubang hidung kita terdapat bahagian yang dipanggil septum.

6. Mungkin korang pernah tengok rakan-rakan atau anda sendiri situasi hidung berdarah secara tiba atau selepas berlaku kemalangan. Ia disebabkan salur darah di bahagian septum terluka atau pecah. Boleh terjadi akibat cuaca terlalu panas, accident atau korang ganas sangat korek hidung.ok!

7. Apabila bersin sila gunakan tisu atau sapu tangan kerana bakteria dalam hidung akan terkeluar (hingus) dengan kelajuan 160km/j. Sebab itu, selalunya mereka yang selesema boleh menjangkiti orang lain dengan mudah.

8. Pernah terfikir sebab apa, anda secara semulajadi menutup mata ketika bersin?ini kerana sekiranya anda bersin dalam keadaan membuka mata, ia akan menyebabkan mata anda tersembul keluar.

9. Seperti yang diketahui, hidung merupakan medium penting bagi menapis udara bagi mendapatkan Oksigen untuk fungsi tubuh badan kita. Bulu di dalam hidung berfungsi menapis debu-debu kotor. 


10.Udara yang disedut melalui hidung juga akan dilembapkan dan dipanaskan selepas ditapis oleh bulu hidung dan masuk terus ke paru-paru dalam keadaan lembap dan panas seperti suhu badan manusia.

11.Bernafas melalui mulut akan menyumbang kepada jangkitan kuman ke bahagian mulut dan worst case scenario ke bahagian paru-paru kerana udara disedut terus ke bahagian dalam tubuh badan tanpa ditapis.

p/s: Hidung juga merupakan salah satu aset manusia yang boleh menarik perhatian jantina berlainan untuk usha anda. haha. Sila jaga baik-baik hidung anda. 

Tuesday 5 June 2012

Ok! Adakah anda fit?

Aku ade buat medical check-up untuk masters aku, dan semua prosedur dilakukan termasuk doc check degupan jantung aku. Surprisingly, doc cakap nadi aku berdenyut 89 kali per minit dan itu bukan sesuatu yang bagus menurutnya doc tersebut. Dia cakap aku tak fit, hmm dan actually degupan sebanyak itu dalam tempoh seminit tidak seiring dengan usia aku. Oh no! macam facepalm bila doc cakap macam tu. Oleh sebab kesedaran dalam tempoh singkat itu, aku mula berjogging pagi dan petang, at least sehari aku p jogging la. Hehe, amacam semangat ok! In the mean time, aku juga try gunakan pedometer kat hp buruk aku just as a indicator how many km i jog and how many calories i burned and for sure my pulse in a minute. So entry kali ini aku nak share fakta bagaimana nak tahu korang ni fit ke tak melalui degupan jantung korang. Jom!


1. Untuk menentukan badan korang fit ke tak yang penting dalam pemantauan ini tahu bagaimana nak membaca nadi samaada di pergelangan tangan atau di leher anda. 

2. Seterusnya anda perlu melakukan sekurang-kurangnya 10 minit exercise seperti lari atau jogging untuk mendapatkan degupan jantung ketika baru selesai melakukan exercise tersebut.


3. Jadual di bawah menunjukkan range umur dan degupan jantung per minit selepas melakukan exercise.

Umur
Degupan jantung per minit
20-29
120-160
30-39
114-152
40-49
108-144
50-59
102-136
60-69
96-128
70-79
90-120


4. Ok? selepas melakukan exercise letakkan jari anda di pergelangan tangan atau di leher dan cuba dapatkan bacaan selama 10 saat dan darab dengan 6 bagi mendapatkan bacaan selama satu minit. Bandingkan dengan jadual di atas adakah sama dalam kumpulan umur anda.

5.  Bagi mendapatkan bacaan lebih tepat mengenai tahap kesihatan badan anda, cuba aplikasikan heart rate recovery di mana, kita dapat lihat adakah jantung kita mampu untuk recover dalam tempoh yang singkat selepas degupan yang laju hasil daripada aktiviti exercise yang kita lakukan.

6. Cuba dapatkan bacaan degupan jantung sejurus selepas berhenti exercise dan kemudian selepas 2 minit ambil sekali lagi bacaan nadi anda. 

7. Sudah dapat kedua-dua bacaan? cuba tolak nilai bacaan tersebut untuk dapatkan perbezaan nilai-nilai bacaan tersebut.

8. Berikut merupakan indicator untuk beza nilai bacaan tadi.

    Kurang daripada 22 : Badan anda lebih tua daripada umur sebenar anda
    22-52                      : Badan anda sihat seiring dengan umur anda
    53-58                      : Badan anda sihat dan lebih muda sedikit daripada umur sebenar anda
    59-65                      : Badan anda sihat dan lebih muda daripada umur anda
    66 dan lebih             : Badan anda sangat sihat dan jauh lebih muda daripada umur sebenar anda

Begitulah serba sedikit info mengenai fitness measurement yang mungkin kita boleh aplikasikan supaya tahap kesihatan tubuh badan kita. Jantung merupakan organ yang sekiranya dilatih akan bertambah bagus dan sihat. Sebenarnya kuantiti exercise tidak penting, yang penting ia dilakukan secara continuous walaupun sekejap dalam sehari.

p/s: tak nak termasuk dalam golongan 3G!huhu 


Friday 1 June 2012

Ok! Facts about honey bee

I found out a very cool facts about honey bee complete with amazing design and cute cartoon. Do enjoy the facts ok!
 10 Interesting bee facts

p/s: credit to this awesome designer..comel giler wat design cmni..just wanna share with you guys!