G7gROBy4_3P4Lyb69aTNdueVqY4 ok! it's a fact: May 2012

Thursday 31 May 2012

Ok! Fakta Payudara


Payudara merupakan salah satu anggota tubuh badan manusia. Lelaki dan wanita kedua-duanya mempunyai payudara tetapi tentulah ia tidak dapat lari daripada sebagai salah satu anggota milik wanita yang unik. Tipulah bagi seorang lelaki normal tidak melihat bahagian ini. Betul? Entri aku kali ini sekadar berkongsi sedikit info mengenai payudara. Harap maaf jika ia agak keterlaluan bagi sesetengah orang, cuma bagi aku ilmu harus dikongsi dan tak perlu malu. Enjoy!

1. Sheyla Hershey, 32 dari Brazil mempunyai payudara terbesar di dunia dengan saiz 38KKK. Walaubagaimanapun ia merupakan implan silicon yang telah dilakukan melalui 9 pembedahan plastik!

2. Terdapat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Amerika Syarikat yang memperjuangkan hak wanita untuk topless di tempat awam. Mereka mengatakan wanita juga ada hak untuk tidak berbaju di tempat awam seperti lelaki. Tolonglah jangan ada NGO macam ni kat Malaysia!

3. Tiada payudara semulajadi yang sama besar dan selalunya bahagian kiri lebih besar daripada bahagian kanan.No need further elaboration aite?hehe

4. Payudara merupakan bahagian utama yang kaum lelaki akan lihat pada seorang perempuan. Malah ada kajian menunjukkan melihat payudara wanita boleh memanjangkan usia lelaki. Tapi jangan jadikan ini alasan untuk stare, bagi kaum lelaki sila tengok payudara isteri! Yang belum berkahwin, sila kahwin cepat.haha

5. Lelaki juga mungkin mampu menghasilkan susu dari payudaranya memandangkan lelaki turut mempunyai kelenjar susu (mammary gland) tetapi ia hanya akan berlaku akibat ketidakseimbangan hormon.

6.Wanita merokok menyebabkan payudaranya semakin kendur disebabkan bahan kimia dalam rokok mengganggu keelastikan payudara.


7. Berat payudara secara puratanya adalah 0.5 kg dan setiap satunya menyumbang kepada 4-5% lemak badan manusia dan 1% daripada berat keseluruhan seorang wanita.

Fat Women
8. Seorang wanita yang gemuk turut menyebakan payudara semakin membesar akibat dipenuhi lemak.

9. Menurut kajian, wanita yang menjalankan pembedahan membesarkan payudara lebih terdedah menghadapi masalah psikiatri dan worst case scenario menyumbang kepada bunuh diri.

10.Di Amerika Syarikat, pembedahan payudara untuk tujuan pembesaran merupakan pembedahan kosmetik no 1! Kira-kira 2 juta wanita di sini telah menjalankan implant silikon.


11.Di Hong Kong terdapat Ijazah dalam Bra Studies di Hong Kong Polytechnic University. Mereka belajar bagaimana mahu mereka dan membuat coli!hahaha

p/s: Hope it is a good info for you guys!

Ok! Fakta mengenai peluh anda


Anda kuat berpeluh?normal la manusia berpeluh, cuma yang tak normal bila terlalu banyak berpeluh sampai sangat mengganggu kerja-kerja seharian. Peluh penting sebagai regulator suhu badan kita. Cakap banyak tak guna jom baca fakta lain mengenai peluh manusia ini!

1. Peluh merupakan air yang bercampur dengan garam (Sodium klorida) menyebabkan ia berasa masin dan beberapa jenis mineral lain.

2. Manusia mempunyai dua jenis kelenjar peluh iaitu kelenjar ekrin dan kelenjar apokrin.

3. Kelenjar ekrin merembeskan peluh yang tidak berbau yang mengeluarkan sisa metabolisme tubuh yang turut penting dalam kawalan suhu badan manusia.

4. Kelenjar apokrin pula merembeskan peluh yang mempunyai bau dan terletak di ketiak, payudara, daerah anus dan kemaluan anda.  Kelenjar apokrin mengandungi banyak lemak dan protein menyebabkan ia berbau apabila diuraikan oleh bakteria.

5. Manusia mempunyai kelenjar peluh antara 2 juta hingga 5 juta dan ia terletak di seluruh kawasan di anggota badan kita kecuali bibir, telinga dan kuku.

6. Lelaki menghasilkan 40% lebih peluh berbanding wanita dan menurut Prof. Ed Coyle dari Universiti Texas, lelaki mempunyai peluh yang lebih masin berbanding perempuan. Lelaki mempunyai kelenjar peluh yang lebih aktif daripada perempuan nampaknya.

7. Perpeluhan berlaku setiap masa sebenarnya Cuma dalam kuantiti yang sedikit dan ia bergantung kepada suhu sekitaran. Sejumlah besar peluh datang dari kawasan kaki.

8. 1% daripada keseluruhan proses perpeluhan datang dari kawasan ketiak. Masalah pengudaraan di ketiak menyebabkan peluh di kawasan ini tidak tersejat menyebabkan ia berkumpul dan kita lihat perpeluhan seperti banyak keluar dari ketiak.

9. Mereka yang terlalu ekstrem berpeluh dipanggil hyperhidrosis yang boleh menganggu kehidupan seharian mereka manakala mereka yang sangat kurang berpeluh pula dikenali sebagai anhydrosis dan keadaan ini pula sangat membahayakan kesihatan kerana kurang berpeluh menyumbang kepada suhu badan tidak dapat disejukkan.

10.Bau badan sangat dipengaruhi oleh apa yang anda makan contoh seperti bawang putih.

11.Mereka yang bersukan mempunyai kelenjar peluh yang lebih aktif dimana mereka sudah mula berpeluh apabila suhu badan mencapai 37.2⁰C berbanding mereka yang tidak aktif dan hanya mula berpeluh apabila suhu badannya mencapai suhu 37.7⁰C.

p/s: Pengsan duduk sebelah orang tak pakai deodorant..haha

Monday 28 May 2012

Ok! Nyamuk dan fakta-faktanya


Nyamuk merupakan serangga kecil yang mampu memberi impak besar kepada dunia. Ia telah hidup selama lebih 30 juta di muka bumi ini. Serangga ini sentiasa mengalami evolusi kerana kebolehannya menyesuaikan diri dengan persekitaran dengan pantas. Nyamuk tidak mempunyai jangka masa yang lama untuk hidup tetapi dalam tempoh yang singkat ia mampu merubah dunia. Jom usha sikit fakta-fakta penting blood sucker ni. 

1. Nyamuk merupakan sejenis serangga dalam kingdom Animalia dan famili Culicidae dan terdiri daripada 3 bahagian iaitu kepala, toraks dan abdomen.

2. Nyamuk merupakan haiwan paling banyak menyebabkan kematian di dunia. Nyamuk membawa wabak penyakit seperti denggi dan malaria yang menyebabkan ramai mati disebabkan serangga kecil ini.

3. Terdapat 4 fasa dalam pembentukan seekor nyamuk bermula dengan telur, larva (jentik-jentik), pupa dan nyamuk dewasa.

4. Bunyi yang boleh kata menjengkelkan daripada nyamuk adalah hasil kibasan kepaknya sebanyak 300-600 sesaat.Pergh mantap!

5. Kibasan kepak nyamuk ini juga penting dalam proses mencari pasangan di mana nyamuk jantan mengesan kehadiran nyamuk betina yang berpotensi menjadi ‘awek’ beliau melalui kibasan kepaknya. Malah kajian turut mengesan apabila satu pasangan berpotensi menjadi ‘couple’, kibasan kepak mereka akan seiringan atau dalam bahasa omputeh ‘synchronizes’!

6. Nyamuk mampu terbang sejauh 1 hingga 1.5 batu sejam atau 1.6 km hingga 2.4 km sejam.

7. Nyamuk jantan dan betina kedua-duanya menghisap nektar dari bunga tetapi hanya nyamuk betina sahaja yang menghisap darah sebagai sumber protein untuk telur-telur nyamuk.

8. Nyamuk betina bertelur sebanyak 100-300 biji telur setiap kali bertelur dan sepanjang hayatnya dianggarkan antara 1000-3000 biji telur berjaya dihasilkan.

9. Semua nyamuk memerlukan kawasan berair sebagai tempat bertelur dan membiak.

10.Keunikan nyamuk antaranya adalah mempunyai sensor kimia untuk mengesan karbon dioksida dan asid laktik sejauh 100 kaki untuk mengesan mangsanya.

11.Nyamuk juga sangat tertarik dengan objek bergerak kerana ia mempunyai sensor visual dan sensor haba. 

p/s: Kan best de ability sense potential couple..hahahaha

Ok! Fakta menarik gigi manusia


Gigi merupakan salah sebuah band terkenal Indonesia salah satu bahagian terpenting pada tubuh badan manusia. Ia dipegang kuat oleh gusi dan berfungsi untuk mengunyah makanan. Tidak dinafikan gigi juga berperanan untuk menambah seri kepada wajah seseorang. Doktor gigi pula antara mereka paling ditakuti oleh kanak-kanak termasuk aku suatu ketika dahulu. Mari tengok serba sedikit fakta menarik mengenai gigi.


1.Manusia mempunyai 2 set gigi pada waktu kanak-kanak dan dewasa.

2.Set gigi pertama manusia lebih dikenali sebagai gigi susu yang sangat membantu mereka untuk mengunyah makanan dan membantu dalam pertuturan.

3.Terdapat 4 jenis gigi dalam satu set lengkap gigi manusia iaitu gigi kacip, gigi taring, gigi geraham kecil dan gigi geraham besar.

4.Kanak-kanak mempunyai 20 batang gigi dan gigi pertama mereka akan tumbuh ketika mereka berumur 6 bulan.

5.Kanak-kanak akan mula kehilangan gigi susu mereka bermula pada umur 7 tahun.

6.Seorang dewasa mempunyai 32 batang gigi kekal.

7.Enamel yang menyelaputi gigi manusia merupakan bahan paling keras pada badan manusia.

8.Pencucian gigi (scaling) tidak akan menghauskan gigi kerana alat yang digunakan tidak tajam dan digunakan bersama-sama air yang banyak. Getaran daripada alat khas ini hanya menanggalkan karang gigi yang melekat kuat pada gigi manusia.

9.Gigi susu yang sudah bergoyang menandakan bahawa gigi kekal sudah tumbuh ke permukaan menghakis akar gigi susu tersebut. Ia akan tercabut dengan sendiri atau boleh dicabut oleh doktor. Walaubagaimanapun, gigi susu yang dicabut terlalu awal menyebabkan gigi kekal yang tumbuh secara tidak tersusun.

10.Fluoride dalam ubat gigi sangat membantu kita menghalang pembentukan karang gigi. Walaubagaimanapun pengambilan secara berlebihan tidak bagus terutamanya kepada kanak-kanak yang seringkali menelannya. Hal ini menyumbang kepada masalah fluorosis.

p/s: Aku mengalami masalah mengetap gigi ketika tidur. Adakah ia normal? Tetapi itu adalah tindakan luar sedar aku..huhu

Ok! go! #2

Mereka sangat rajin menghasilkan video klip kreatif seperti ini!
Enjoice!


p/s: menarik dan tertarik!

Ok! go!

This is trully awesome video clip! aku tak minat pon lagu diorang tapi aku suka diorang buat video klip ni! Enjoy and hope it help recover your monday blues!


p/s: Amacam artis Malaysia boleh sekreatif ini?hehe

Ok! Kecantikan di mata nomad Ethiopia

"Beauty is on the eye of the beholder"

Kecantikan adalah subjektif, bergantung kepada cara seseorang menilai kecantikan tersebut. Jika semua berpendapat sama ketika menilai sesuatu atau seseorang, maka kasihan bagi mereka atau sesuatu yang kurang cantik atau buruk. Betul kan? Mari aku bawa korang ke Ethiopia yang melihat kecantikan pada kaum wanita mereka pada sudut yang berbeza.

Ingatan: Terdapat beberapa gambar yang mungkin agak keterlaluan dan lucah. Harap maaf, sekadar ingin berkongsi. Sorak!

Di Ethiopia, sebuah negara di Afrika didiami oleh kaum nomad Ethiopia yang unik. Mereka menilai kecantikan seseorang wanita itu dengan meletakkan bahan daripada tanah liat atau kayu berbentuk bulat di bahagian bawah bibir mereka. Creepy aite? Tak dapat bayangkan kesusahan mereka untuk makan. 

Di sini, gadis-gadis seawal 15-16 sudah berkahwin dan satu kemestian bagi gadis-gadis ini untuk meletakkan disc ini mengikut kesesuaian bibir mereka untuk meregang. Pergh! tak boleh bayang bagaimana cara dilakukan

Ia seolah-olah seperti aksesori tambahan yang menggambarkan darjat wanita tersebut.

Disc yang diletakkan boleh dalam bentuk bulat atau semibulatan

Disc yang diperbuat daripada kayu atau tanah liat ini mempunyai besar antara 10-15 inci dan wanita itu sendiri yang mereka bentuk disc nya sendiri.

Semakin besar disc yang diletakkan di bibir mereka, semakin bernilai harga diri wanita tersebut di mata masyarakatnya.

Beginilah keadaan apabila disc itu ditanggalkan

Lelaki juga tidak ketinggalan untuk memakai aksesori ini malah bagi lelaki, disc diletakkan di bahagian atas dan bawah bibir.

Bahagian bibir atas selalunya diletakkan disc yang lebih kecil berbanding disc yang diletakkan di bahagian bibir bawah.

Terdapat teori di mana pedagang arab yang berjual beli hamba tidak akan mengambil wanita dari Ethiopia memandangkan 'aksesori' ini menjadikan mereka kurang bernilai di pasaran hamba abdi.

Hantaran untuk berkahwin bagi wanita ditentukan berdasarkan saiz disc yang dipakai.

Umpama seperti misai dan janggut.haha

 Ini adalah contoh pahlawan kebanggaan mereka.

Bolehkah mereka tersenyum dan menunjukkan emosi di muka mereka dalam keadaan begini?

p/s: Ini adalah tradisi dan adat mereka. Adat kadangkala membebankan bukan?=)









Ok! Fakta mengenai hari isnin

Pernah merasai monday blues?huhu, Sebab hari ini hari Isnin aku nak share beberapa fakta mengenai hari Isnin. Isnin merupakan hari pertama bekerja dan bersekolah bagi kebanyakan negara termasuk Malaysia (Kedah, Terengganu dan Kelantan aku tak sure diorang rasa monday blues ke tak sebab diorang hari ahad hari pertama bekerja dan bersekolah). Fakta yang aku dapat ini kebanyakannya hasil kajian dari barat tetapi kebanyakannya ada kaitan dengan kita di Malaysia.Ok! jom tengok fakta-fakta ini betul tak berlaku di Malaysia.


1.Hasil kajian saintis dari England, kebanyakan pekerja di barat hanya akan senyum bermula pada pukul 11.16 pagi secara puratanya. Punyalah benci dengan Hari Isnin sampai nak senyum pon pukul 11 pagi. Kat Malaysia maybe dalam pukul 9 atau 10 rasanya.

2.Untuk mengatasi masalah monday blues yang melampau ini, kebanyakannya tidak terus melakukan kerja. Mereka online, letak status di fb menunjukkan betapa malasnya bekerja pada hari ini yang menyumbang kepada kurangnya produktiviti kerja pada hari Isnin.

Over 50% of employees are late to work
3.Kebanyakan pekerja akan lewat pada hari Isnin. Di Malaysia, kesesakan paling teruk akan berlaku pada hari Isnin dan Jumaat.

4.Ramai yang akan mengeluh dan mengomel mengenai hari Isnin sehinggakan kajian menunjukkan sejumlah besar pekerja akan berbicara mengenai bencinya mereka terhadap hari Isnin secara total selama 12 minit! haha

5.Mereka yang mengalami monday blues paling teruk adalah mereka yang berusia lingkungan 45 hingga 54 tahun.

6.Hari Isnin menunjukkan hari paling tidak produktif apabila kesan monday blues ini, hanya kira-kira 3 jam 30 minit sahaja tumpuan sepenuhnya terhadap kerja.

7.Di England, statistik negara menunjukkan Hari Isnin merupakan hari paling ramai rakyatnya membunuh diri. Mungkin secara kebetulan.

8.Hari Isnin juga merupakan hari paling ramai terkena serangan jantung. Stress sangat kot!

9.Hari Isnin merupakan hari paling kurang hujan! 

10.Ini kajian aku sendiri. Jika ingin traffic yang tinggi di blog atau reply komen di status fb anda, sila post pada hari isnin memandangkan kebanyakkan yang bekerja akan online membaca blog dan buka fb!hahaha

p/s: Dah habis baca entry ni?ok! p sambung buat keje..haha