G7gROBy4_3P4Lyb69aTNdueVqY4 ok! it's a fact: Ok! Nyamuk dan fakta-faktanya

Monday 28 May 2012

Ok! Nyamuk dan fakta-faktanya


Nyamuk merupakan serangga kecil yang mampu memberi impak besar kepada dunia. Ia telah hidup selama lebih 30 juta di muka bumi ini. Serangga ini sentiasa mengalami evolusi kerana kebolehannya menyesuaikan diri dengan persekitaran dengan pantas. Nyamuk tidak mempunyai jangka masa yang lama untuk hidup tetapi dalam tempoh yang singkat ia mampu merubah dunia. Jom usha sikit fakta-fakta penting blood sucker ni. 

1. Nyamuk merupakan sejenis serangga dalam kingdom Animalia dan famili Culicidae dan terdiri daripada 3 bahagian iaitu kepala, toraks dan abdomen.

2. Nyamuk merupakan haiwan paling banyak menyebabkan kematian di dunia. Nyamuk membawa wabak penyakit seperti denggi dan malaria yang menyebabkan ramai mati disebabkan serangga kecil ini.

3. Terdapat 4 fasa dalam pembentukan seekor nyamuk bermula dengan telur, larva (jentik-jentik), pupa dan nyamuk dewasa.

4. Bunyi yang boleh kata menjengkelkan daripada nyamuk adalah hasil kibasan kepaknya sebanyak 300-600 sesaat.Pergh mantap!

5. Kibasan kepak nyamuk ini juga penting dalam proses mencari pasangan di mana nyamuk jantan mengesan kehadiran nyamuk betina yang berpotensi menjadi ‘awek’ beliau melalui kibasan kepaknya. Malah kajian turut mengesan apabila satu pasangan berpotensi menjadi ‘couple’, kibasan kepak mereka akan seiringan atau dalam bahasa omputeh ‘synchronizes’!

6. Nyamuk mampu terbang sejauh 1 hingga 1.5 batu sejam atau 1.6 km hingga 2.4 km sejam.

7. Nyamuk jantan dan betina kedua-duanya menghisap nektar dari bunga tetapi hanya nyamuk betina sahaja yang menghisap darah sebagai sumber protein untuk telur-telur nyamuk.

8. Nyamuk betina bertelur sebanyak 100-300 biji telur setiap kali bertelur dan sepanjang hayatnya dianggarkan antara 1000-3000 biji telur berjaya dihasilkan.

9. Semua nyamuk memerlukan kawasan berair sebagai tempat bertelur dan membiak.

10.Keunikan nyamuk antaranya adalah mempunyai sensor kimia untuk mengesan karbon dioksida dan asid laktik sejauh 100 kaki untuk mengesan mangsanya.

11.Nyamuk juga sangat tertarik dengan objek bergerak kerana ia mempunyai sensor visual dan sensor haba. 

p/s: Kan best de ability sense potential couple..hahahaha

No comments:

Post a Comment