G7gROBy4_3P4Lyb69aTNdueVqY4 ok! it's a fact: Ok! Kelebihan Solat

Sunday 6 May 2012

Ok! Kelebihan Solat


Solat merupakan perkara wajib dilakukan oleh umat Islam sebagai tanda pengabdian dan kesyukuran kepada Tuhan yang satu, ALLAH S.W.T. Ia merupakan rukun Islam yang kedua dan diwajibkan ke atas umat Nabi Muhammad S.A.W mengerjakan 5 kali setiap hari iaitu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isya’. Bagi perempuan yang datang haid tidak diwajibkan ke atasnya mengerjakan solat selagi ia belum bersih daripada haid atau habis tempoh haid tersebut. Tanpa kita ketahui, terdapat beberapa kajian dijalankan ke atas aktiviti bersolat yang dijalankan oleh umat Islam ini.

  1. Solat yang khusyuk memberi rasa tenang. Menurut kajian, mereka yang bersolat secara tenang mempunyai keadaan dan pemikiran seperti selepas bangun tidur, menjadikan mereka bersemangat dan cergas.
  2. Isyarat otak yang dikesan menerusi EEG (Electroencephalography) juga menunjukkan peringkat paling tenang dikesan di otak adalah ketika berdiri seketika sebelum sujud atau dikenali sebagai tamakninah.
  3. Gerakan seperti berdiri, rukuk, sujud dan duduk antara dua sujud sepanjang solat menyamai seperti melakukan senaman ringan kerana kebanyakan sendi bergerak dan ia memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh badan.
  4. Solat secara tertib juga membantu untuk mengurangkan lemak di dalam badan.
  5. Solat membantu meningkatkan penumpuan dan daya ingatan kita. Keadaan tenang selepas solat membantu kita mengekalkan kestabilan mental dan emosi.
  6. Kajian juga menunjukkan bahawa aktiviti bersolat mampu membantu mereka yang menghadapi masalah erektil disfungsi (ED) atau mati pucuk.
  7. Kita mempunyai cas positif dan negatif dalam badan, solat berjemaah membantu menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita melalui sentuhan bahu dengan rakan jemaah. Sebab itu kita diwajibkan meluruskan saf sehingga bahu kita bertemu dengan rakan solat kita.
  8. Kedudukan sujud mencatatkan kadar denyutan jantung paling rendah dan ini adalah lebih baik berbanding keadaan baring.
  9. Mereka yang melakukan solat secara tertib dan solat lima kali sehari mempunyai postur badan yang lebih baik berbanding mereka yang tidak melakukannya.
* kredit diberikan kepada pensyarah-pensyarah Jabatan Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM); Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim, Prof. Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok kerana menjalanakan kajian mengenai kesan solat daripada segi sains.

p/s: Korang da solat ke belum?hehe

No comments:

Post a Comment