G7gROBy4_3P4Lyb69aTNdueVqY4 ok! it's a fact: Ok! Merah dan manusia

Monday 7 May 2012

Ok! Merah dan manusia


Merah merupakan antara warna yang sering kita jumpa. Merah melambangkan keberanian bagi sesetengah orang dan masyarakat. Ada juga mereka yang terlalu obses dengan warna merah dan ada juga fobia dengan warna merah atau dikenali sebagai Erythrophobia. Beberapa fakta menarik mengenai warna merah ingin dikongsi pada entry kali ini. Enjoice!
  1. Melihat warna merah menyebabkan jantung berdegup dengan lebih kencang. Berdasarkan kajian yang dipaparkan dalam journal Emotion, tubuh badan kita akan bertindak balas dengan warna merah yang kebanyakannya menunjukkan ancaman atau amaran.
  2. Kita tidak akan perasan reaksi kita terhadap warna merah kerana ia hanya tindakbalas spontan walaubagaimanapun warna merah mampu menaikkan tahap adrenalin secara spontan dan banyak digunakan dalam sukan yang memerlukan kekuatan tenaga seperti angkat berat.
  3. Lelaki yang berpakaian atau mempunyai barang-barang berwarna merah selalunya menarik perhatian perempuan kerana lelaki ini kelihatan lebih menarik, lebih bertenaga, kuat dan mempunyai tarikan seksualiti yang lebih tinggi daripada lelaki lain. Berdasarkan citation di dalam Journal of experimental Psychology, wanita menggambarkan bahawa men in red lebih berstatus tinggi dan berpendapatan tinggi.
  4. Keadaan sama turut berlaku kepada lelaki yanglebih tertarik dengan women in red. Warna merah pada perempuan mampu menarik perhatian lelaki samada melalui pakaian, beg dan lipstick!
  5. Warna merah juga berdasarkan kajian membantu personaliti sukan menang dalam acara yang disertai kerana kajian pada 2005 dalam MSNBC, saintis British membuktikan atlit berbaju merah mempunyai kebarangkalian untuk menang berbanding atlit berbaju warna lain.
  6. Warna merah ketika menghadapi peperiksaan juga mampu mempengaruhi psikologi pelajar kerana ia boleh menyebabkan mental down kepada pelajar menyebabkan dia gagal atau mendapat keputusan yang tidak cemerlang kerana sinifikan warna merah dengan pembetulan atau markah rendah.
  7. Warna merah terdapat pada semua bendera negara di Asia Tenggara kecuali Negara Vietnam.
  8. Bagi orang Cina, merah merujuk kepada keuntungan dan sering dijadikan tema untuk majlis keraian contohnya perkahwinan. Angpow juga diberikan dalam sampul merah.
  9. Merah merupakan frekuensi cahaya paling rendah yang masih dapat ditangkap dengan mata manusia dengan panjang gelombang 630-760nm.
  10. Sedikit warna merah disarankan dipakai bagi mereka yang menghadiri temuduga, meeting penting atau apa-apa majlis penting bagi menyerlahkan potensi diri dan menjadikan lebih bersemangat.

*sumber : MSNBC, CBS, UPI, Epoch Times, Science Daily

p/s: A careful driver is one who honks his horn when he goes through a red light..ahahaha

No comments:

Post a Comment