Anda biasa mandi di kolam renang? Jarang dengar mengenai rekod dunia pasal kolam renang bukan? Entri kali ini aku ingin kongsi satu rekod dunia untuk kolam renang air masin terbesar dunia! Jom tengok. Dengan panjang 1013 meter dan seluas 8 hektar, kolam renang di San Alfonso del Mar Resort di Agarrabo, Chile telah diisytiharkan sebagai kolam renang terbesar di dunia dan ia telah disahkan oleh Guinness Book of Records pada Disember 2006.
Kolam ini menampung kira-kira 250 juta liter air masin dan bersamaan kira-kira 6 ribu kolam renang kecil.
Resort yang menawarkan fasiliti kolam renang terbesar dunia ini, terletak 90km dari Santiago, Chile dan merupakan tempat tumpuan pelancong dari serata dunia.
Projek mega ini diilhamkan oleh pengerusi resort ini, Fernando Fishman pada 1997 yang ketika itu sangat optimis untuk membangunkan sebuah kawasan perlancongan di sebuah pekan kecil di Chile iaitu Algarrobo dan hasilnya berjaya membangunkan projek San Alfonso del Mar.
Apa yang menariknya, kawasan pantai di Chile mempunyai air yang sangat sejuk dan penduduk tidak dibenarkan mandi atas sebab-sebab keselamatan. Maka projek mega ini memberi satu perspektif baru bagi mereka yang gemar mandi-manda.
Oleh sebab kesukaran para pengunjung untuk mandi memberi idea kepada Fernando Fishman untuk menyediakan fasiliti kepada pengunjung dan pelancong unutk menikmati kolam yang jernih, suam dan paling penting selamat.
Projek ini melibatkan paten iaitu Crystal Lagoons Technology kerana prosesnya yang rumit dengan menapis air masin dari laut dan mengekalkan suhu yang 9 darjah lebih panas daripada air laut yang sedia ada.
Paten dunia ini juga membolehkan kolam ini berjaya mengekalkan kejernihan dan kos penyelenggaraan yang lebih rendah.
Kos untuk membina kolam renang ini dianggarkan hampir $USD 400,000 setiap hektar manakala kos penyelenggaraan setiap bulan kira-kira $USD 4,000!
No comments:
Post a Comment