G7gROBy4_3P4Lyb69aTNdueVqY4 ok! it's a fact: Ok! Sila jaga jantung anda

Tuesday 8 May 2012

Ok! Sila jaga jantung anda


Manusia sentiasa memerlukan oksigen. Oksigen yang memasuki badan manusia perlu dibawa ke seluruh sel-sel dan tisu-tisu dalam badan manusia. Jantung memainkan peranan penting bagi memastikan oksigen dapat disalurkan keseluruh bahagian tubuh badan terutamanya otak. Jantung terdiri daripada 2 pasang atrium dan ventrikel kiri dan kanan. Bahagian atrium dan ventrikel kanan berfungsi mengangkut darah yang mengandungi karbon dioksida ke paru-paru untuk mendapatkan bekalan oksigen dan melepaskan karbon dioksida. Dari paru-paru oksigen yang diterima akan melarut dalam darah dan dibawa ke bahagian kiri atrium dan ventrikel jantung sebelum dipam ke seluruh bahagian tubuh badan manusia. Yup! It is a very amazing creation by Allah. There is no human machines can be compared with the efficiency of human heart. So let’s take a peek other few facts about our heart.


1.  Jantung merupakan organ yang sentiasa bekerja dan tidak pernah berhenti berdegup sepanjang hayat kita. Organ ini bersaiz sebesar genggaman tangan kita!

                         
2.  Tekanan darah dalam jantung sangat kuat hingga mampu memancutkan darah sehingga mencapai 30 kaki atau10 meter.

                                         
3.  Kedudukan jantung sebenarnya terletak di tengah dada di antara paru-paru kita. Ia dilindungi oleh rusuk dan apeks jantung yang menyentuh bahagian kiri dada menyebabkan tanggapan jantung berada di situ.

Picture of First Trimester (4 Weeks)
                                        
4.  Jantung mula berdegup ketika kita berusia 4 minggu di dalam perut ibu kita dan akan terus berdegup sehingga kita mati.

5.  Purata seorang dewasa bagi denyutan jantungnya adalah 72 kali seminit bersamaan 100,000 sehari, 3,600,000 setahun dan kira-kira 2.5 billion sepanjang hidupnya.

6.  Tenaga yang dihasilkan oleh jantung setiap hari mampu menggerakkan sebuah lori sejauh 20 batu dan untuk tenaga yang terhasil daripada degupan jantung sepanjang hayat mampu menggerakkan lori dari bumi ke bulan pergi dan balik.


7.  Jantung mengepam darah beroksigen ke seluruh bahagian tubuh badan dan mengangkut kembali darah yang kurang oksigen ke jantung. Hanya kornea mata sahaja yang tidak menerima bekalan darah.


8.  Denyutan jantung digerakkan secara semulajadi melalui impuls elektrik yang dihasilkan oleh natural pacemaker, the SA node.Aktiviti elektrikal di dalam jantung manusia boleh dikesan menggunakan electrocardiogram (ECG).

9.  Disebabkan jantung mampu menghasilkan impuls elektrik secara semulajadi, ia membolehkan jantung terus berdegup walaupun telah dikeluarkan dari badan manusia selagi ia dibekalkan dengan bekalan oksigen yang mencukupi.

10. Pakar kesihatan membuktikan bahawa ketawa mampu mengurangkan risiko sakit jantung kerana ketika ketawa salur darah akan mengembang dan membantu meningkatkan pengaliran darah. Ketawa meningkatkan hampir 20% pengaliran darah ke bahagian tubuh badan.

11. Aorta yang terdapat pada sambungan ventrikel kiri bersaiz seperti hos air. Darah beroksigen yang dibawa dalam aorta akan dialirkan ke bahagian kapilari yang bersaiz 10 kali ganda lebih kecil daripada rambut.

12. Sekiranya disambungkan kesemua saluran darah dalam badan kita, ia mampu mencapai panjang kira-kira 100,000 km.


p/s: Allah kasi pinjam kena jaga elok-elok. Jom jogging!hehe

1 comment:

  1. Salam,sayangilah jantung anda dgn 'Pati Herba Madu'sebelum Parah .hubungi sya Puan Fyda tel 0194452572 penghantarannya seluruh Malaysia

    ReplyDelete