G7gROBy4_3P4Lyb69aTNdueVqY4 ok! it's a fact: Ok! Kepentingan tidur

Sunday, 20 May 2012

Ok! Kepentingan tidur


Tidur merupakan fitrah manusia. Manusia wajib tidur! Sesuatu yang gila apabila menahan diri untuk tidak tidur. Tidur umpama seperti proses atau operasi defragement memori kita seperti komputer. Malahan, tidur juga mampu menguatkan lagi memori kita. Situasi biasa ketika exam, sanggup study sampai pagi dan terus pergi exam. Majoritinya  mengalami situasi blank menyumbang kepada tak boleh jawab langsung exam. Maka, aku dengan baiknya ingin berkongsi fakta mengenai tidur ini. Semoga menjadi pedoman kepada rakan-rakan semua. Hehe!

1.  Ketika tidur, memori kita di otak disusun kembali, sel-sel badan diperbaiki dan hormon-hormon penting dirembeskan sepeti hormon pertumbuhan dan prolaktin. Ini bermakna ketika tidur proses badan bukan berehat sepenuhnya, tetapi ketika tidur terdapat proses yang sangat efisien berlaku dalam badan kita!

2.  Kita boleh mati sekiranya tidak tidur selama 10 hari.

3.  Orang buta juga bermimpi ketika tidur! Menariknya menurut kajian saintis mereka ini turut melihat imej di dalam mimpi mereka.

4.  Deria manusia masih berfungsi ketika kita tidur walaupun keadaan nyenyak. Ia menyebabkan kita mudah terjaga apabila terdengar bunyi seperti barang jatuh, bayi menangis dan sebagainya ketika tidur.

5.  Tidur yang cukup penting kepada setiap manusia dan ia berbeza bergantung kepada umur kita. Bayi contohnya memerlukan tidur antara 12-18 jam manakala dewasa memerlukan tidur antara 7-9 jam.

6.  Walaubagaimanapun tempoh tidur ini tidak boleh lebih atau kurang walaupun satu jam kerana ia sangat mengganggu proses badan kita terutamanya di bahagian otak yang menyumbang kepada lesu atau mempengaruhi  performance diri, kebolehan kita berfikir dan mood kita.

7.  Badan dan otak kita sebenarnya agak sukar untuk mengubah masa kita untuk tidur kerana biological clock sememangnya diatur untuk tidur pada waktu malam dan berjaga pada waktu siang. Masalah ini selalunya berlaku kepada mereka yang terpaksa bekerja pada waktu malam dan mereka yang travel dan menghadapi masalah jet lag.

8.  Bagi menyelesaikan masalah biological clock ini, keadaan sekitar membantu mengurangkan masalah tetapi tidak dapat menyelesaikan sepenuhnya. Mereka yang bekerja pada waktu malam seharusnya duduk dalam keadaan sekitar terang seperti waktu siang manakala pada waktu siang untuk tidur, keadaan sekitar perlu gelap seperti waktu malam.

9.  Insomnia merupakan penyakit tidak boleh tidur manakala Parasomnia merupakan penyakit dimana dalam keadaan tidur pesakit mampu bergerak atau melakukan aktiviti tanpa disedarinya seperti berjalan dalam keadaan tidur, membunuh, merogol dan memandu kereta.

10.  Kita selalu bermimpi. Walaubagaimanapun, 5 minit pertama selepas terjaga kita hanya ingat 50% mimpi tersebut dan dalam masa 10 minit hanya 10% sahaja mimpi itu kita ingat. Sila tulis mimpi anda setiap kali terjaga untuk mengingati mimpi anda!

p/s: aku time exam tak abes stadi pon aku tido gak. Jarang stay up sampai pagi terus pegi exam. At least even tak stadi sangat tapi otak segar bole goreng jawapan..hehe

No comments:

Post a Comment