Emas merupakan antara benda yang
diberi perhatian dari dahulu hingga sekarang. Harganya yang sentiasa tinggi
menjadikan ia sebagai aset atau pelaburan jangka masa yang terbaik. So far
harga sekarang untuk 1 gram sudah menjangkau RM100++. Menarik bukan?Aku ingin
kongsikan apa yang menarik mengenai emas ini. Enjoy!
- Emas merupakan unsur tunggal yang turut dikenali sebagai Aurum (Au) dan merupakan unsur paling stabil.
- Emas merupakan konduktor haba dan elektrik yang sangat baik.
- Emas tidak bertindak balas dengan air dan udara menyebabkan ia tidak berkarat dan tidak terhakis.
- Emas juga tidak bertindakbalas dengan kebanyakan bahan kimia menyebabkan ia bersinar kuning berkilauan walaupun telah ditimbis di dalam tanah selama beribu tahun.
- Emas tulen tidak berbau.
- Emas merupakan antara bahan logam paling berat dengan ketumpatan 19.3 lebih tumpat daripada air tetapi merupakan logam paling lembut dan mudah ditempa.
- Asid nitrik digunakan untuk menentukan ketulenan emas kerana emas sahaja yang tidak bertindakbalas dan tidak larut dalam asid nitrik.
- Satu auns emas (kira 31 gram) boleh membuat wayar sepanjang kira-kira 100 km.
- Emas boleh dicampur dengan logam lain membentuk aloi dan mengubah kekerasan, kekuatan, suhu lebur serta nilai emas tersebut.
- Kandungan emas di dalam aloi diukur dengan unit Karat (k) dan emas tulen diukur sebagai 24 karat.
p/s: sape ade banyak simpan emas jangan lupa zakatkan!huhu
No comments:
Post a Comment