G7gROBy4_3P4Lyb69aTNdueVqY4 ok! it's a fact: July 2012

Friday 6 July 2012

Ok! Kelebihan Jumaat yang berkat


Sempena Hari Jumaat yang penuh berkat, berada pula di Bulan Syaaban sama-samalah kita merenung dan bermuhasabah terhadap diri agar sentiasa sedar bahawa kita seharusnya sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang Allah berikan dan istiqamah dengan segala perkara kebaikan dan meninggalkan larangan-Nya. Jadi sebagai  menghargai Hari Jumaat yang merupakan penghulu segala hari, mari kita lihat kelebihan hari jumaat ini dari sudut Islam.
  1. Penghulu segala hari
  • Hadis Rasullullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah; “ Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari)
  • Sabda Rasullullah S.A.W; Kita (Umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari qiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan dan Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk Kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk Kaum Nasrani.
     2.  Hari Qiamat berlaku pada hari Jumaat 
  • Rasullullah S.A.W bersabda; “ Hari yang dijanjikan ialah hari qiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat” (Hadis Riwayat Tirmidzi).
     3.  Nabi Adam A.s diciptakan

     4.  Nabi Adam A.s dikeluarkan dari syurga
  • Sabda Rasullullah S.A.W; “ Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan dan pada hari itu juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada hari jumaat juga qiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya”
     5.  Solat jumaat yang difardhukan ke atas setiap lelaki Islam
  •  Rasullah S.A.W bersabda; “Sesiapa yang hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia     umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.
      6.  Makbulnya doa di antara dua khutbah
  •  Hadis Riwayat Tirmidzi; “Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.”
  • Rasullullah bersabda daripada Abu Hurairah yang bermaksud; “ Pada hari Jumaat ada satu saat bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.”
       7.  Memotong kuku
  •  Ibnu Masud berkata; “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”
    8.  Selamat daripada fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat
  •  Rasullullah S.A.W bersabda; “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”
    9.  Membaca surah Al-Kahfi dan perbanyakkan selawat
  •  Rasullullah S.A.W bersabda; “ Sesiapa yang membaca surah al-kahfi pada hari jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua jumaat.”
  •  Rasullullah S.A.W juga bersabda; “ Perbanyakkan membaca selawat kepadaku pada malam dan hari Jumaat, maka sesiapa yang membaca selawat keatasku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah memberi rahmat 10 kali).” (Hadis riwayat Al Baihaqi).
 

Thursday 5 July 2012

Ok! Fotosintesis sumber oksigen


Anda biasa dengar dengan terma fotosintesis? Ia sinonim dengan proses yang dilakukan oleh tumbuhan hijau di sekeliling kita untuk menghasilkan Gas Oksigen yang kita gunakan untuk terus hidup. Penghasilan Gas Oksigen ini merupakan tindakbalas tumbuhan hijau yang mengandungi klorofil dengan cahaya UV daripada matahari. Apa fakta lain berkenaan fotosintesis?

1. Tumbuhan yang menjalankan proses fotosintesis masih menjalankan proses respirasi untuk terus hidup iaitu menghirup gas oksigen.

2. Selain penghasilan gas oksigen hasil daripada proses fotosintesis ini, tumbuhan hijau juga turut menghasilkan protein, karbohidrat dan lemak yang kita atau haiwan makan sebagai sayur-sayuran atau buah-buahan.
3. Proses fotosintesis merupakan proses yang dicetuskan oleh cahaya UV daripada matahari yang memberi sumber tenaga kepada tumbuhan ini.

4. 30% jumlah oksigen di muka bumi kita dihasilkan oleh hutan-hutan di seluruh dunia.

5. Selebihnya 70% kandungan oksigen dihasilkan oleh phytoplankton melalui proses fotosintesis di dasar laut.

6. Phytoplankton merupakan mikroorganisma yang menjalankan proses fotosintesis yang hidup di dasar laut.

p/s: proses fotosintesis merupakan proses yang simple dan mudah difahami tetapi peranannya sangat besar kerana merupakan sumber oksigen untuk membolehkan kita dan makhluk di muka bumi ini terus hidup.

Ok! Fakta menarik telinga manusia


Telinga merupakan anggota tubuh badan manusia yang sangat penting kerana ia berfungsi sebagai organ pendengaran kita. Telinga juga kita boleh lihat mempunyai pelbagai bentuk yang juga turut menjadikan korang makin handsome dan ayu gitu!haha. Tapi walau macam manapun bentuknya bersyukurlah dengan kurniaan Allah kerana ada rakan-rakan kita yang langsung tidak boleh mendengar atau mengalami kesukaran dalam pendengaran.

1. Selain sebagai organ pendengaran, koklea di dalam telinga berfungsi sebagai pengimbang badan kita.
2. Bunyi yang kita dengar diterjemah oleh otak kita yang dihantar dalam bentuk impuls.

3. Tahi telinga yang dikenali juga sebagai serumen merupakan earwax yang berfungsi ketika penukaran gelombang bunyi kepada impuls dan juga sebagai penapis untuk habuk.

4. Kita sentiasa mengorek telinga bagi membersihkan serumen atau tahi telinga, kerana kandungan tahi telinga yang berlebihan di dalam telinga boleh menjejaskan pendengaran kita. Tetapi dalam masa yang sama juga, sekiranya terlalu bersih juga tidak boleh memnadangkan ia berfungsi dalam menukar gelombang bunyi yang kita terima kepada impuls untuk dihantar ke otak.

5. Di dalam telinga kita juga mempunyai lebih daripada 25,000 rerambut kecil yang turut terlibat dalam penukaran gelombang bunyi kepada impuls yang akan dihantar dan diterjemah oleh otak kita.

6. Telinga sentiasa mendengar gelombang bunyi walaupun dalam keadaan kita sedang tidur. Apa yang menyebabkan kita tidak mendengarnya adalah kerana otak berhenti menterjamah impuls bunyi ketika kita tidur.

7. Salah satu penyebab kehilangan atau terjejasnya deria pendengaran adalah terdedah dengan gelombang bunyi yang kuat secara berterusan.

8. Berdasarkan kajian, pendedahan terdapat bunyi 86 desibel atau lebih akan menjejaskan deria pendengaran kita.
9. Telinga dan hidung merupakan anggota tubuh kita yang turut membesar dan berkembang selari dengan anggota yang lain kecuali mata kita yang kekal bentuknya semenjak kita dilahirkan.


10.Telinga diperkuatkan dengan rawan tetapi terdapat juga beberapa tulang kecil seperti stirrup yang merupakan  tulang paling kecil antara semua tulang-tulang di badan kita.

p/s: Cuba untuk mendengar perkara yang baik-baik sahaja..haha..misi mustahil tu!

Wednesday 4 July 2012

Ok! lawak : Sex starved


A new Army Captain was assigned to an outfit in a remote post in the Afghan Desert .

During his first inspection of the outfit, he noticed a camel hitched up behind the mess tent.

He asked the Sergeant why the camel was kept there.

The nervous sergeant said, 'Sir, as you know, there are 250 men here on the post and no women. Sometimes the men have urges. That's why we have Molly The Camel.

The Captain said, 'I can't say that I condone this, but I can understand about the 'urges', so the camel can stay.'
About a month later, the Captain starts having his own 'urges'.

Crazed with passion, he asked the Sergeant to bring the camel to his tent.

Putting a ladder behind the camel, the Captain stands on the ladder, pulls his pants down and makes passionate love to the camel.

When he's done, he asked the Sergeant, 'Is that how the men do it?'

'No sir. They usually just ride the camel into town. That's where the girls are." 













































p/s: =p

Ok! Air mani dan faktanya


Semua pembaca entri ini kinda matured kan? Jadi tidak menjadi isu sekiranya saya ingin kongsikan sedikit ilmu mengenai air mani yang dihasilkan oleh kaum adam ini daripada duktus sperma mereka. Fakta ini penting memandangkan ia merupakan info yang juga pendidikan seks secara umum. Entri yang lain aku akan bincangkan juga mengenai ovum yang dihasilkan oleh kaum hawa. Enjoice!

1. Di dalam air mani terdapat hanya 10% sperma yang membawa kepelbagaian genetik manakala selebihnya mengandungi enzim, vitamin C, Kalsium, Protein, Natrium, zink, asid sitrik dan fruktosa.

2. Sperma merupakan sel paling kecil dalam badan manusia manakala sel paling besar pula merupakan ovum yang terdapat pada wanita.

3. Sperma membawa separuh genetik lelaki (bapa) manakala ovum daripada wanita (ibu) membawa separuh lagi genetik dan hasil persenyawaan menyumbang kepada 23 pasangan kromosom. Maka lahir lah kita pada hari ini.

4. Seorang lelaki sihat menghasilkan 70-150 juta sperma sehari walaubagaimanapun ketika ejakulasi mereka mengeluarkan 3 kali ganda jumlah sperma itu. Oleh sebab itu, lelaki menjadi lesu selepas itu.

5. Sperma dalam air mani boleh hidup selama 5 hari dalam badan wanita dan tidak mustahil untuk wanita itu hamil walaupun hubungan seks telah dilakukan beberapa hari sebelumnya.

6. Sperma yang telah berada dalam wanita selepas hubungan seks menuju ke tiub fallopio untuk bersenyawa dengan ovum. Menariknya, ovum mengeluarkan sejenis bahan kimia yang menarik sperma untuk datang kepadanya. Sperma tidak mempunyai kebolehan unutk mengemudi arah ke mana ia akan pergi.

7. Sperma manusia mampu bergerak dengan kelajuan 4 mm seminit tetapi kebanyakannya hanya mampu bergerak 1mm seminit dan secara anggaran untuk sampai ke tiub fallopio unutk persenyawaan dengan ovum mengambil masa 45 minit.

8. Cara pemakanan dan cara hidup yang sihat akan memastikan kaum lelaki menghasilkan lebih banyak sperma sihat dalam air mani mereka berbanding mereka yang merokok dan meminum minuman keras.
9. Pemakanan juga akan mempengaruhi rasa air mani itu sendiri yang mana daging merah, produk tenusu, bawang, bawang putih dan kopi menyebabkan air mani berasa pahit dan berasid manakala pemakanan makanan mengandungi gula seperti buah-buahan menjadikan rasanya lebih manis.

p/s:  Allah Maha Hebat mencipta kita daripada persenyawaan sperma dari bapa dan ovum dari ibu.

Tuesday 3 July 2012

Ok! Lawak #8 : Kapten dan pekerjanya


Seorang kapten lulusan akademi tentera memerintahkan seorang pekerja menyiram rumput setiap petang. Dia memerintahkan pekerja itu menyiram rumput setiap hari pada pukul 5 petang dan setiap hari dia datang memantau pekerja itu. Pekerja itu melakukan tugasnya dengan tekun. 
Pada suatu hari, langit gelap dan kemungkinan besar hujan akan turun. Hujan turun pada kira-kira pukul 4.30 petang dan oleh itu, pekerja tadi tidak menyiram rumput.

Pada pukul 5 petang, hujan masih turun rintik-rintik dan kapten itu pun datang hendak memantau pekerjanya. Dia melihat pekerja itu sedang berehat lalu mengherdik, "mengapa kamu tidak menyiram rumput? Bukankah sekarang ini pukul 5?"

Pekerja itu menjawab, "tetapi kapten, hujan turun dan rumput semua basah."

Kapten itu berkata lagi, "jadi apa masalahnya? Pakailah baju hujan."

p/s: There are 2 rules for the boss and employees
       1. Boss is always right
       2. If Boss is totally wrong about something please refer rule no. 1

Ok! Fakta lalat

Entri sebelum ini aku ada memberikan fakta mengenai lipas yang merupakan antara serangga perosak yang membawa penyakit. Kali ini aku dapat ilham untuk berkongsi mengenai serangga lalat yang juga merupakan serangga kotor yang cukup sinonim dengan kawasan sampah, busuk dan membawa penyakit. Lalat merupakan sejenis serangga yang mempunyai 6 kaki dan sepasang sayap. Apa fakta lain mengenai serangga yang sangat annoying ini yang mungkin kita tak tahu selama ini.

1. Terdapat 300,000 spesis lalat di serata dunia dan merupakan dalam Class Insecta (serangga) dan Order Diptera yang mempunyai hanya dua sayap berbanding serangga terbang lain yang mempunyai 4 sayap atau lebih.

2. DNA lalat mempunyai 75% persamaan seperti DNA manusia.

3. Sebanyak 500 biji telur lalat dihasilkan setiap kali lalat bertelur.

4. Tempoh hayat lalat secara puratanya adalah 30 hari.
5. Proses telur menuju ke alam dewasa mengambil masa 8-14 hari.

6. Larva lalat (maggot) digunakan dalam pembuatan keju dan mengubat pesakit diabetes.

7. Lalat bertelur dalam makanannya sendiri. Sebab itu, jangan dedahkan makanan anda kepada sekitaran ditakuti lalat bertelur di makanan anda.

8. Sayapnya bergerak 200 kali setiap saat dan berhenti secara mengejut apabila kaki lalat menyentuh tanah atau hinggap di mana-mana tempat.

9. Lalat mempunyai 2 mata tetapi setiap mata dilengkapi lebih daripada 4 ribu kanta.

10.Lalat hanya makan makanan yang berlendir dan cecair. Oleh sebab itu, ia memuntahkan atau mengeluarkan cecair dari mulutnya ke dalam makanan sehingga menjadikan makanan tersebut lembut sebelum dimakan. Sentiasa lihat apa yang anda makan sekiranya terdapat lalat yang menghinggapi makanan anda.

p/s: tak penah try rendam dua-dua belah sayap lalat kalau lalat masuk dalam minuman. Dalam Islam sayap lalat sebelah merupakan racun manakala sebelah lagi penawar. Selalu jadi, dah tenggelam semua dah..haha


Monday 2 July 2012

Ok! Fakta mengenai rambut


Rambut merupakan antara anggota badan yang sering diperhatikan dan ia merupakan pelengkap bagi sesetengah orang agar sentiasa tampak cantik dan handsome! Tapi ada juga yang lebih gemar membotakkan kepala.huhu. Yelah! Beauty is on the eye of the beholder. Walaubagaimanapun, rambut sentiasa disebut sebagai mahkota wanita. Kaum hawa sering mendambakan rambut yang sihat, lembut  dan panjang. Apa fakta menarik mengenai rambut?

1. Rambut merupakan sejenis protein yang dikenali sebagai keratin dan ia sangat kuat malah kuku juga merupakan struktur yang dihasilkan oleh keratin.

2. Tebal sehelai rambut adalah antara 0.02-0.04 mm. Jadi, 20-50 helai rambut diperlukan untuk mendapatkan ketebalan rambut sebanyak 1 mm.

3. Rambut merupakan tisu kedua terpantas tumbuh di badan manusia selepas tulang sum-sum yang menghasilkan sel darah.

4. Secara puratanya seorang dewasa mempunyai 100,000 ke 150,000 helai rambut. Setiap helai rambut itu juga turut dikenali sebagai 1 folikel rambut.

5. Rambut tumbuh antara 0.3 ke 0.5 mm setiap hari, 1 ke 1.5 cm setiap bulan dan 12-15 cm setiap tahun.

6. Sehelai rambut mampu menampung berat sebanyak 100 gram dan keseluruhan rambut mampu menampung sehingga 12 tan atau 12,000 kg.

7. Rambut beruban disebabkan oleh pigmen di dalam folikel rambut dikenali sebagai melanin tidak berfungsi sepenuhnya atau telah rosak dan ia dipengaruhi oleh umur.

8. Masalah kelemumur disebabkan oleh sel-sel mati di kulit kepala yang berlebihan.

9. Hormon yang tidak stabil dan cara bentuk pemakanan pemakanan mempengaruhi keguguran rambut secara sementara.

10. 40% Wanita yang telah menopause mempunyai masalah rambut gugur manakala 50% lelaki yang berumur 50 tahun keatas mempunyai masalah keguguran rambut.

p/s: teringat iklan syampu..saya nak balik duit saya!hahaha

Ok! Keistimewaan Bulan Syaaban yang penuh berkat


Kita sudah berada pada pertengahan tahun 2012 dan semakin menghampiri 2013. Adakah azam tahun baru 2012 telah dipenuhi? Bulan masihi agak mustahil untuk kita tidak mengingatinya. Bagaimana pula untuk bulan Islam? Boleh dikatakan hanya bulan Ramadhan dan Syawal sahaja diingati oleh sebhagaian besar Umat Islam kita sekarang. Sekarang kita berada pada Bulan Syaaban bermakna tidak lama lagi kita akan menyambut Bulan Ramadhan yang penuh barakah. Sebagai umat Islam ingin saya kongsikan sedikit ilmu yang diperoleh dari web panduanpercuma.info untuk tajuk kelebihan dan keistimewaan Bulan Syaaban. Selamat membaca dan beramal!


1. Barangsiapa berpuasa sehari pada Bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi teman Nabi Allah Yusuf a.s di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s dan Nabi Daud a.s. Jika sempurna puasa sebulan di bulan Syaaban, dipermudahkan Allah atas urusan sakaratul maut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huruhara Munkar dan Nankir, ditutup Allah keaibannya di hari Kiamat dan diwajibkan Syurga baginya (Sumber Al-Hadis).

2. Barangsiapa berpuasa pada awal hari Khamis pada Bulan Syaaban dan di hari terakhir Khamis bulan Syaaban dimasukkan dia ke dalam Syurga (Sumber Al-Hadis dari Kitab Al Barkah).

3. Sabda Rasulullah SAW: Syaaban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani) (Sumber Al-Hadis).

4. Bulan Syaaban, keagungan malamnya dengan malam Nisfu Syaaban, sepertimana keagungan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya dan keagungan Ramadhan dengan malam Lailatul Qadar. Maka pada malam Nisfu Syaaban telah datang Jibril kepada Rasulullah SAW lalu berkata: Angkat kepalamu kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah kepadanya 300 pintu rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada menyekutukan (Syirik) dengan-Nya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal di dalam zina, kekal minum arak dan derhaka kepada ibu bapa (Sumber Al-Hadis).


5. Sabda Rasulullah SAW, Bahawa puasa Syaaban kerana membesarkan Ramadhan, siapa yang berpuasa 3 hari daripada bulan Syaaban, kemudian dia berselawat keatasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkati rezekinya. Antara lain sabdanya lagi, Bahawa Allah Taala membukakan pada bulan Syaaban 300 pintu rahmat.

6. Sabda Rasulullah SAW, dinamakan Syaakan kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdal sesudah (selain) Ramadhan ialah puasa Bulan Syaaban (Sumber Al-hadis).

7. Nisfu Syaaban merupakan malam yang sangat dirahmati Allah dan terdapat amalan yang selalu dilakukan setiap kali datang malam Nisfu Syaaban iaitu membaca Surah Yaasin sebanyak 3 kali. Ia dilakukan selesai solat maghrib dengan bacaan Surah Yaasin pertama dengan diniatkan memanjangkan umur dalam mentaati Allah disertakan dengan doa-doanya. Kemudian bacaan Surah Yaasin kali kedua disertakan niat untuk diluaskan rezeki dari Allah yang halal dan diberkatiNya bersama doa-doanya dan Surah Yaasin terakhir disertakan dengan niat untuk ditetapkan iman dan mati dalam iman bersama doa-doa yang perlu.

p/s: Semoga kita sama-sama memanfaatkan Bulan Syaaban ini. Untuk bacaan yang lebih sila lawat panduanpercuma.info