Kita sudah berada pada
pertengahan tahun 2012 dan semakin menghampiri 2013. Adakah azam tahun baru
2012 telah dipenuhi? Bulan masihi agak mustahil untuk kita tidak mengingatinya.
Bagaimana pula untuk bulan Islam? Boleh dikatakan hanya bulan Ramadhan dan
Syawal sahaja diingati oleh sebhagaian besar Umat Islam kita sekarang. Sekarang
kita berada pada Bulan Syaaban bermakna tidak lama lagi kita akan menyambut
Bulan Ramadhan yang penuh barakah. Sebagai umat Islam ingin saya kongsikan
sedikit ilmu yang diperoleh dari web panduanpercuma.info untuk tajuk kelebihan
dan keistimewaan Bulan Syaaban. Selamat membaca dan beramal!
1. Barangsiapa berpuasa
sehari pada Bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan
menjadi teman Nabi Allah Yusuf a.s di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah
seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s dan Nabi Daud a.s. Jika sempurna puasa
sebulan di bulan Syaaban, dipermudahkan Allah atas urusan sakaratul maut dan
ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada
huruhara Munkar dan Nankir, ditutup Allah keaibannya di hari Kiamat dan
diwajibkan Syurga baginya (Sumber Al-Hadis).
2. Barangsiapa berpuasa
pada awal hari Khamis pada Bulan Syaaban dan di hari terakhir Khamis bulan
Syaaban dimasukkan dia ke dalam Syurga (Sumber Al-Hadis dari Kitab Al Barkah).
3. Sabda Rasulullah SAW:
Syaaban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban mengkifaratkan
(menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani) (Sumber
Al-Hadis).
4. Bulan Syaaban,
keagungan malamnya dengan malam Nisfu Syaaban, sepertimana keagungan Rejab
dengan malam Israk Mikrajnya dan keagungan Ramadhan dengan malam Lailatul
Qadar. Maka pada malam Nisfu Syaaban telah datang Jibril kepada Rasulullah SAW
lalu berkata: Angkat kepalamu kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah
kepadanya 300 pintu rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada
menyekutukan (Syirik) dengan-Nya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal di dalam
zina, kekal minum arak dan derhaka kepada ibu bapa (Sumber Al-Hadis).
5. Sabda Rasulullah SAW,
Bahawa puasa Syaaban kerana membesarkan Ramadhan, siapa yang berpuasa 3 hari
daripada bulan Syaaban, kemudian dia berselawat keatasku beberapa kali sebelum
berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkati
rezekinya. Antara lain sabdanya lagi, Bahawa Allah Taala membukakan pada bulan
Syaaban 300 pintu rahmat.
6. Sabda Rasulullah SAW,
dinamakan Syaakan kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa
yang lebih afdal sesudah (selain) Ramadhan ialah puasa Bulan Syaaban (Sumber
Al-hadis).
7. Nisfu Syaaban merupakan
malam yang sangat dirahmati Allah dan terdapat amalan yang selalu dilakukan
setiap kali datang malam Nisfu Syaaban iaitu membaca Surah Yaasin sebanyak 3
kali. Ia dilakukan selesai solat maghrib dengan bacaan Surah Yaasin pertama
dengan diniatkan memanjangkan umur dalam mentaati Allah disertakan dengan
doa-doanya. Kemudian bacaan Surah Yaasin kali kedua disertakan niat untuk
diluaskan rezeki dari Allah yang halal dan diberkatiNya bersama doa-doanya dan
Surah Yaasin terakhir disertakan dengan niat untuk ditetapkan iman dan mati
dalam iman bersama doa-doa yang perlu.
p/s: Semoga kita
sama-sama memanfaatkan Bulan Syaaban ini. Untuk bacaan yang lebih sila lawat panduanpercuma.info
No comments:
Post a Comment