G7gROBy4_3P4Lyb69aTNdueVqY4 ok! it's a fact: April 2012

Sunday 22 April 2012

Ok! Tenaga dalam kehidupan manusia


 “Tenaga merupakan keupayaan melakukan kerja”

 “Tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan tetapi berubah daripada suatu bentuk kepada bentuk yang lain”

Persoalannya tenaga yang sedia ada itu terdapat dalam apa? Tenaga boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu yang boleh diperbaharui dan tenaga yang tidak boleh diperbaharui atau yang akan habis digunakan. Tenaga yang akan habis bermaksud tenaga yang terhasil daripada bahan api fosil seperti petroleum, arang batu dan gas asli yang terbentuk secara semulajadi selama berjuta-juta tahun. Tenaga yang boleh diperbaharui pula merujuk kepada tenaga alternatif seperti tenaga solar, tenaga ombak, tenaga angin dan tenaga biomas. Ok! Dapat gambaran? Jom tengok input lain yang ingin dikongsi.

1.  Tenaga wujud dalam bentuk haba, cahaya, mekanikal, elektrik, kimia dan nuklear. Tenaga disukat dalam unit joule manakala kadar tenaga yang telah ditukar dipanggil kuasa dan disukat dalam unit watts.

2.  Petroleum merupakan sumber asli utama dalam menjana kuasa terutama sebagai minyak petrol, diesel, kerosin dan gasoline. Malaysia merupakan pengeksport petroleum ke 29 di dalam dunia, didahului lima negara teratas iaitu Arab Saudi, Rusia, Amerika Syarikat, Iran dan Kuwait.


3.  Petroleum di Malaysia dikenali sebagai ‘sweet crude’ yang berkualiti tinggi dan dieksport ke luar negara dengan harga yang lebih mahal. Bagi penggunaan domestik, Malaysia mengimport petroleum jenis ‘sour crude’ dan diproses di loji penapisan di Malaysia.

4.  Gas asli selalunya dijumpai bersama-sama petroleum dan komposisinya terdiri daripada hidrokarbon dan metana. Proses gas asli kepada gas asli cecair melalui proses penyejukan pada suhu -161⁰C memudahkan pemindahannya. Tong gas memasak merupakan contoh gas asli cecair.

5.  Arang batu terdiri daripada empat jenis iaitu lignite, subbituminous, bituminous dan anthracite. Ia merupakan bahan utama dalam menjana kuasa elektrik dan member impak negatif kepada sekitaran dengan membebaskan karbon dioksida apabila digunakan.

6.  Tenaga nuklear merupakan antara tenaga paling bersih yang tidak mencemarkan alam sekitar. Ia menggunakan uranium yang mana atom-atomnya akan diasing dan ia menghasilkan haba yang tinggi. Haba ini yang digunakan untuk menggerakkan enjin atau turbin yang menjana tenaga elektrik.

7.  Tenaga hidroelektrik juga antara yang banyak digunakan di Malaysia. Air takungan di kawasan empangan akan bergerak deras apabila dibuka membolehkan ia memutarkan turbin yang kemudian menjana tenaga elektrik. Beberapa empangan hidroelektrik terkenal di Malaysia seperti, Cenderoh, Kenyir dan Temenggor.


8.  Penggunaan tenaga nuklear walaubagaimanapun menghadapi masalah dalam pemprosesan sisa buangannya yang sangat radioaktif. Pelbagai kaedah dan langkah keselamatan yang teliti perlu diambil kira sebelum tenaga nuklear digunakan terutamanya di Malaysia.


9.  Penggunaan tenaga solar di Malaysia masih lagi tidak meluas dan kebanyakannya hanya melibatkan water heater solar system untuk memanaskan air. Panel solar yang digunakan menggunakan sistem sitem solar photovoltaic yang menukar haba matahari kepada tenaga elektrik.


10.  Biodiesel merupakan salah satu tenaga alternative yang digunakan di Malaysia. Ia menggunakan bahan-bahan biologi atau biomass sebagai bahan bakarnya. Di Malaysia, sisa pertanian paling popular ialah kelapa sawit.
p/s: conservation means the wise use of the earth and its resources for the lasting good of men. Save our earth! save the energy!

Friday 20 April 2012

Ok! Usus dalam badan manusia


Usus merupakan organ penting dalam sistem pencernaan manusia dan haiwan. Usus terbahagi kepada dua jenis iaitu usus besar dan usus kecil. Usus besar terdiri daripada bahagian cecum, kolon dan rectum manakala usus kecil terdiri daripada bahagian duodenum, jejunum dan ileum. Jom tengok apa fungsi dan fakta organ usus dalam badan manusia!

  1. Usus kecil mempunyai panjang kira-kira 6-7 meter bersamaan 3.5 kali lebih panjang daripada badan manusia dan berdiameter 2.5-3 cm. Bagi usus besar pula ia berdiameter lebih besar dengan 7-10 cm dan mempunyai panjang kira-kira 1.5 meter.
  2. Makanan yang dimakan akan berada dalam mulut selama seminit, di dalam perut selama 2-4 jam, di dalam usus kecil selama 1-4 jam manakala di dalam kolon, bahagia di dalam usus besar selama 10 jam atau selama beberapa hari.
  3. Usus kecil menyerap 90% air dan nutrien daripada makanan yang telah dihancurkan oleh asid di dalam perut. Turut berperanan membawa nutrien yang diserap ke dalam salur darah.
  4. Percernaan dan penyerapan yang berlaku di dalam usus kecil dibantu oleh enzim-enzim yang dirembeskan oleh pancreas.
  5. Luas permukaan usus kecil terdiri daripada lapisan mukosa, vili dan mirovili sekiranya dibentangkan ia bersaiz kira-kira 250 meter persegi bersamaan sebuah gelanggang tenis.
  6. Usus besar pula menyerap lebihan air dan elektrolit seperti sodium dan chloride serta menyingkirkan bahan-bahan yang tidak dapat diserap membentu fesis yang terdiri daripada 75% lembapan 25% pepejal. Fesis disimpan di rektum dan keluar sebagai tinja@tahi.
  7. Usus besar mengandungi 700 spesis bakteria yang membantu dalam penghadaman makanan dalam sistem pencernaan.
  8. Bakteria yang terdapat di dalam usus besar berperanan merembeskan vitamin-vitamin seperti vitamin K, vitamin B12, thiamine dan riboflavin yang kemudiannya diserap dalam darah.
  9. Kentut merupakan percampuran udara yang disedut dan gas-gas di dalam usus. Ia mengandungi nitrogen, hydrogen, karbon dioksida, oksigen, metana dan beberapa gabungan gas lain.
  10. Hidrogen sulfida menyebabkan kentut berbau busuk dan dengan kehadiran metana menyebabkan kentut boleh terbakar!
P/s: jangan kentut sesuka hati!hehe..

Ok! Kaabah rumah Allah




Kaabah merupakan simbol bagi seluruh umat Islam di dunia . Ia terletak di masjidil Haram di kota Makkah dan merupakan qiblat bagi seluruh umat Islam ketika menunaikan solat. Menunaikan haji di kota Mekah merupakan salah satu Rukun Islam yang wajib disempurnakan oleh umat Islam sekurang-kurangnya sekali seumur hidup sekiranya berkemampuan dan antara perkara wajib ketika menunaikan Haji ialah mengelilingi Kaabah sebanyak 7 kali atau dikenali sebagai tawaf. Hampir dua juta umat Islam akan mengerjakan fardhu Haji setiap tahun. Di bawah merupakan beberapa fakta penting mengenai Kaabah yang ingin dikongsi.


1.  Kaabah atau Baitullah turut dikenali dengan nama Baitul Ateeq yang bermaksud paling awal dan paling lama. Bangunan berbentuk kubus kebanggaan muslimin dan muslimat ini berukuran 12 x 10 x 15 meter.
Tiang yang menyokong bumbung Kaabah
2.  Struktur bumbung Kaabah disokong oleh tiga batang berukir dengan ketinggian kira-kira 9 meter.


3.  Pintu Kaabah diperbuat daripada emas tulen yang dikatakan seberat 8 tan (8000kg) dan pemegang kunci pintu Kaabah adalah daripada keturunan Bani Syaibah sejak dari zaman Rasulullah S.A.W.

4.  Pembinaan Kaabah pertama kali dilakukan oleh Nabi Adam AS. Pembinaan semula telah dilakukan beberapa kali termasuk oleh Nabi Ibrahim AS dan Abdul Mutalib, datuk Rasulullah SAW. Kali terakhir ia dibina semula oleh Sultan Murad Khan pada tahun 1040 hijrah/1630 masihi.


5.  Ketika Nabi Muhammad S.A.W berumur 30 tahun iaitu sebelum kerasulan baginda, Kaabah telah telah dibaik pulih akibat banjir yang berlaku ketika itu. Ketika ini, Rasulullah telah berjaya menyelesaikan pertikaian 4 puak untuk meletakkan Hajar Aswad.

6.  Pada zaman jahiliyyah, Kaabah dipenuhi dengan patung-patung sembahan bangsa Arab jahiliyyah namun dengan pembebasan Makkah pada 630 Masihi bersamaan tahun ke-8 Hijrah, kesemua patung-patung sembahan dihapuskan.


7.  Pada tahun 1941, kota Makkah sekali lagi dilanda banjir besar yang menyebabkan Kaabah ditenggelami air. 


8.  Kelambu Kaabah diperbuat kain sutera asli berwarna hitam dengan berat 670 kg berharga RM 15.21 juta (AS$ 4.5 juta) dengan dihiasi ayat suci Al-Quran yang ditenun menggunakan 150kg emas dan perak. Ia berukuran 658 meter persegi.

9.  Menurut kajian sains, Kaabah merupakan kawasan bergraviti stabil dan ia memberi kesan kepada sistem imun badan yang bertindak sebagai pertahanan daripada segala penyakit.

10. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah dan frekuensi radio tidak dapat membaca apa-apa yang ada dalam Kaabah.
video yang menunjukkan keadaan dalam Kaabah. Allahuakbar!

P/s: untuk fakta yang lebih banyak dan penerangan yang lebih tepat mengenai Kaabah.   www.takusahrisau.wordpress.com


Thursday 19 April 2012

Ok! Kita sentiasa memerlukan udara


Udara merupakan percampuran pelbagai jenis gas yang sangat penting dalam kehidupan kita seharian. Paling penting tentulah gas Oksigen (O2) yang membantu manusia, haiwan dan tumbuhan untuk terus kekal hidup di bumi. Atmosfera bumi dipenuhi dengan gas-gas seperti gas Nitrogen yang mewakili 78%, gas Oksigen 21%, gas Argon 0.9%, gas Karbon Dioksida 0.03% manakala selebihnya merupakan wap air dan gas-gas nadir seperti neon, helium, metana, kripton, hidrogen dan xenon. Udara merupakan benda yang kita tak nampak dan tak berbau. Jom tengok apa yang penting mengenai udara yang kita selalu gunakan dalam kehidupan seharian.

  1. Oksigen penting dalam proses respirasi hidupan atau proses biologi di bumi dan juga sangat penting dalam proses pembakaran terutamanya dalam industri utama dunia.
  2. Tindakbalas radiasi ultra-violet dari matahari dengan oksigen (O2) membentuk molekul ozon (O3) yang terdiri daripada tiga atom oksigen.
  3. Gas nitrogen merupakan gas lengai atau tidak reaktif tetapi berguna sebagai pelindung kepada bahan-bahan reaktif daripada bertindak balas dengan gas Oksigen. Ia menghalang proses pengoksidaan daripada berlaku.
  4. Selain itu, disebabkan sifat tidak reaktif, gas nitrogen digunakan sebagai penyejuk dan selalunya ia berbentuk cecair. Cecair nitrogen yang sejuk membantu terutamanya dalam industri makanan.
  5. Cecair nitrogen terhasil melalui penyejukan pada suhu -195⁰C.
  6. Gas Argon juga merupakan gas lengai dan tidak reaktif yang menghalang proses pengoksidaan. Gas ini selalu digunakan dalam mentol tungsten menghalangnya daripada terbakar,industri kimpalan dan dalam industri pengeluaran keluli tahan karat.
  7. Gas Karbon Dioksida merupakan gas yang diperlukan dalam proses fotosintesis dalam tumbuhan yang membebaskan gas Oksigen.
  8. Melalui proses pembakaran, gas karbon dioksida dibebaskan dan mengikut kajian kandungan gas karbon dioksida semakin bertambah di atmosfera bumi sebanyak 2ppmv (parts per million by volume) setiap tahun.
  9. Gas helium selalu digunakan dalam mengapungkan belon. Sifatnya yang merupakan gas kedua paling ringan dan lengai membolehkan ia mengapungkan bahan seperti belon. Gas hydrogen tidak digunakan kerana mudah terbakar.
  10. Gas metana selalunya terhasil daripada tindakbalas bakteria. Selalunya terhasil daripada tinja haiwan dan bahan makanan. Keburukan gas metana apabila terbebas ke atmosfera, ia merupakan gas rumah hijau yang memerangkap haba daripada cahaya matahari menyebabkan bumi semakin panas tetapi kebaikannya sekiranya dikumpul secara sistematik ia mampu menjana kuasa elektrik.
jom tengok experiment guna liquid nitrogen


p/s: Let's reduce the air pollution!

Wednesday 18 April 2012

Ok! Diabetes antara penyakit utama rakyat malaysia



Diabetes mellitus atau lebih popular dengan nama kencing manis merupakan antara penyakit major yang sering menyerang rakyat Malaysia. Punca utama adalah kerana pancreas gagal merembeskan insulin atau insulin tersebut tidak dapat bertindak balas dengan tubuh badan. Insulin berfungsi memindahkan glukosa hasil daripada pemakanan kita yang terlarut dalam salur darah ke organ hati, lemak badan dan sel otot untuk ditukar menjadi tenaga. Glukosa yang terkumpul dalam darah menyebabkan paras glukos@gula semakin tinggi. Entry kali ini agak serius sebab mende2 camni mane bole wat bahan lawak..haha. Jom tengok beberapa fakta penting mengenai diabetes mellitus atau lebih popular dengan panggilan kencing manis.

Bacaan glukosa
Tahap
70-99mg/dL (3.9-5.5 mmol/L)
Normal
100-125mg/dL (5.6-6.9 mmol/L)
Berisiko untuk mendapat diabetes
>126mg/dL  (>7.0 mmol/L)
Diabetes

  1. Diabetes yang menyerang akan menyumbang kepada penyakit lain seperti serangan jantung, kegagalan buah pinggang, strok, buta, kerosakan saraf dan gangrene kaki.
  2. Terdapat tiga jenis diabetes iaitu jenis 1 yang bergantung kepada suntikan insulin, jenis 2 yang berlaku kepada dewasa berumur >35 tahun dan individu yang mempunyai masalah berat badan manakala diabetes jenis 3 berlaku kepada perempuan hamil yang bersifat sementara.
  3. Penyakit ini merupakan epidemic yang senyap kerana menurut WHO (World Health Organization) hampir 246 juta masyarakat dunia menghidap diabetes.
  4. India merupakan negara paling ramai menghidapi diabetes kira-kira 40 juta orang rakyatnya.
  5. Buah pinggang akan bertindak balas dengan kandungan glukos yang tinggi dalam darah menyebabkan pesakit cenderung untuk kerap membuang air kencing yang turut mengandungi glukos berlebihan.
  6. Pesakit diabetes selalunya akan cepat berasa haus akibat kekerapan membuang air kecil, dan mudah untuk kepenatan kerana ketidakstabilan glukosa yang sepatutnya ditukar menjadi tenaga untuk digunakan oleh organ dan sel-sel badan manusia.
  7. Diabetes menyumbang kepada kerosakan saraf menyebabkan sesetengah pesakit kehilangan deria rasa sakit terutamanya di kaki apabila berlaku sebarang kecederaan.
  8. Pesakit diabetes selalunya akan mengalami tempoh untuk sembuh yang lama sekiranya berlaku kecederaan atau luka kerana kandungan glukos yang tinggi dalam darah telah mengganggu sistem imun (fungsi sel darah putih terganggu) dan gangguan kepada pembentukan sel-sel baru di kawasan luka tersebut.
  9. Langkah terbaik mengelakkan diabetes adalah melalui senaman dan kawalan berat badan melalui diet yang seimbang.


p/s: tak boleh makan sebarangan je..kena sentiasa jaga kesihatan..semua nih kan hanya pinjaman..=p

Tuesday 17 April 2012

Ok! Kereta sebagai ciptaan hebat


Kereta merupakan salah satu simbol kekayaan bagi sesetengah orang. Keadaan ini menyebabkan ada yang berpendapat apabila sudah bekerja, wajib memiliki sebuah kereta. Signifikannya pertambahan bilangan kereta menyumbang kepada kesesakan lalu lintas terutama di bandar-bandar utama. Pelbagai model kereta menarik perhatian masyarakat membeli walaupun tidak dapat dinafikan harga kenderaan di Malaysia lebih tinggi berbanding negara lain, tapi itu tidak menyekat rakyat Malaysia terus rakus membeli kereta baru. Kereta terbaru yang diperkenalkan iaitu Proton Preve pasti menarik perhatian pembeli-pembeli yang melihat kereta ini lebih sophisticated dan cool! Evolusi industri membantu perkembangan kereta di dunia. Thus, let us see a few info and trivia about car.

1.  Ferdinand Verbiest yang merupakan ahli kepada Jesuit mission di China telah membina kenderaan berenjin stim pertama di dunia. Walaubagaimanapun ia bukan sebuah kereta untuk barangan atau dinaiki manusia tetapi merupakan permainan untuk Maharaja China ketika itu.


2.  Pereka pertama kereta berenjin wap merupakan seorang mekanik dan jurutera Perancis, Nicolas Joseph Cugnot. Kenderaan tiga roda dengan kelajuan 5 km/j perlu berhenti setiap 10 atau 15 minit untuk menjana kuasa wap.

3.  Pengilap cermin kereta dicipta oleh seorang wanita, Mary Anderson yang kemudian mendaftarkan paten ciptaannya pada 1905.

4.  Lampu brek ketiga dijadikan aksesori wajib hasil cadangan oleh seorang wanita, Elizabeth Dole, Setiausaha Pengangkutan Amerika Syarikat pada tahun 1983-1987.


5.  Kereta termahal dunia ketika ini adalah Bugatti Veyron Supersport dengan harga RM 7.8 juta!


6.  Bajaj Auto RE-60 pula merupakan kereta termurah di dunia dengan harga kira-kira RM8,000 memintas Tata Nano yang sebelum itu merupakan kereta termurah di dunia.


7.  Kereta terpantas dunia menjadi milik Dagger GT keluaran TranStar Racing dengan kemampuan memecut sehingga 500 km/j, meninggalkan Bugatti Veyron Supersport di tempat kedua dengan top speed 431 km/j.
8.  7 Mei 1983, Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. (PROTON) ditubuhkan dan pada 16 Mei 1984, Edaran Otomobil Nasional Sdn. Bhd. (EON) diswastakan.
9.  Perusahaan Kedua Sendirian Berhad (PERODUA) ditubuhkan pada tahun 1992 dengan pelancaran Perodua Kancil sebagai kenderaan pertama.


10.  Kereta pertama negara Proton Saga dilancarkan pada 1 Julai 1985 berharga RM20,000. Kereta terbaru keluaran Proton diberi nama Proton Preve yang bermaksud proof.

P/s: Harga kereta sangat cepat jatuh so its not consider as asset. Pakai moto je kalo nak gerak p mane2..hehe

Ok! revolusi dan evolusi telefon


Dalam arus globalisasi ni,cewah..hampir semua orang ada telefon, lebih spesifik handphone. Even budak kecik pon da pandai pakai. Time sekolah dulu sape bawak handphone kena rampas dgn warden. Yang pelik tu, warden tu aku tengok tiap2 minggu handphone lain, haha. Anyway, revolusi telefon nih sangat pantas, and sesiapa yang sentiasa up to date dengan handphone nih, memang tak terkejar punya. Every month banyak model baru keluar. Tapi yang aku perasan dari dulu la, ade musim beli handphone, hehe. Bila? Time budak2 U dapat pinjaman PTPTN. Masing2 handphone baru. This is a fact!! So, jom tengok facts lain pasal telefon ni.

  1. Alexander Graham Bell merupakan pencipta telefon pertama yang berlaku secara tidak sengaja ketika beliau menambah baik telegraf.
  2. 10 Mac 1876, penggunaan telefon pertama direkodkan antara Bell dan pembantunya Watson dengan kata-kata, “Mr. Watson, come here. I want to see you”.
  3. Alexander Graham Bell kemudian menubuhkan Bell Telephone Company pada 1877 tetapi hanya 6 buah telefon sahaja yang terjual pada bulan pertama penubuhannya.
  4. SMS (Short Message Service) diperkenalkan pada 1994.
  5. Telefon selular pertama mempunyai berat kira-kira 1 kg dan perlu dicas selepas 30 minit masa berbual. Harga ketika itu, hampir USD 4,000.
  6. Telekom Malaysia (TM) memperkenalkan perkhidmatan telefon bergerak ATUR 450 (Automatic Telephone Using Radio) pada Mei 1985.
  7. Telefon bimbit pertama yang mempunyai internet connection dan fungsi e-mail adalah Nokia Communicator yang diperkenalkan pada 1996.
  8. Celcom Sdn. Bhd. ditubuhkan pada 1988 yang pada awalnya dengan nama STM cellular Communications Sdn. Bhd. Maxis Communications Berhad pula ditubuhkan pada 1993 dan dimiliki oleh billionair Ananda Krishnan.
  9. Telefon bimbit termahal di dunia adalah GoldVish dengan diselaputi dengan emas putih 18 karat bertatahkan berlian sebanyak 1800 bergred VVS-1 berharga 1 juta pound bersamaan RM 4,872,476.99.
  10. Ketika ini Nokia mendahului penjualan telefon bimbit terbanyak di dunia diikuti dengan Samsung dan Apple.



ok! this is maybe new to some people..but its really working dude!try it!recommended

p/s: Ingat lagi buku panduan telefon?haha..

Monday 16 April 2012

Ok! Ozon baik dan ozon tidak baik


Pernah dengar mengenai ozon?Selalu orang akan cakap pasal penipisan ozon dan kesannya bumi semakin panas.Betul?Walaubagaimanapun terdapat lagi fakta mengenai ozon yang kita tak berapa tahu sangat. Mereka yang belajar pasal environment tau la sedikit sebanyak. Entry kali ni akan membincangkan mengenai ozon yang juga dikenali sebagai trioksigen (O3) sebab ia dibentuk daripada tiga atom Oksigen. Masa belajar sekolah mesti belajar sikit2 pasal lapisan ozon ni.

    ozone_diagram
  1. Ozon diukur dengan menggunakan unit dobson
  2. Terdapat dua jenis ozon yang terbentuk iaitu di kawasan stratosfera dan di kawasan troposfera.
  3. Lapisan ozon di stratosfera berkedudukan 15km-35km dari kawasan bumi manakala ozon di kawasan troposfera berkedudukan di bahagian bawah stratosfera dan lebih dekat dengan kawasan bumi.
  4. Lapisan ozon di stratosfera dikenali sebagai good ozone kerana ia bertindak sebagai penyerap dan pemantul sinaran matahari (UV-B sunlight) daripada terus didedahkan kepada manusia.
  5. Dedahan secara terus kepada UV-B boleh menyebabkan kanser kulit, kataraks, mengganggu hasil tanaman dan juga ekosistem laut yang merosakkan terumbu karang.
  6. Ozon di kawasan troposfera dikenali sebagai bad ozone kerana ia menyebabkan kesan toksik kepada hidupan sekiranya terdedah secara dekat dan ia menyebabkan keadaan bumi semakin panas kerana fungsi semulajadinya menyerap kepanasan dari cahaya matahari.
  7. Ozon troposfera merupakan salah satu gas rumah hijau yang terhasil akibat aktiviti manusia melalui pelepasan gas-gas seperti nitrogen oksida, karbon monoksida, VOC yang bertindak balas dengan cahaya matahari menghasilkan tiga atom oksigen membentuk ozon.
  8. Penipisan ozon di stratosfera kebanyakan disebabkan oleh Chlorofluorocarbons (CFCs) yang selalu dijumpai dalam komponen peti sejuk dan air-condition berfungsi sebagai penyejuk yang akan bertindak balas secara kimia dengan molekul ozon dengan memutuskan ikatan menguraikan menjadi atom oksigen.
  9. Penipisan ozon paling teruk terjadi di kawasan antartika dan dikenali dengan nama lubang ozon Antartik (The Antartic ozone hole).
  10. Suhu sejuk yang melampau menyebabkan CFC yang terkumpul di lapisan ozon diuraikan menjadi klorin yang kemudiannya bertindakbalas menguraikan ikatan molekul ozon.
          ok!this is a video that show a brief idea on how it happens when CFCs meet ozone at stratosphere

P/s: Bumi semakin tua dan semakin rosak!

Ok! Tulang membentuk rangka tubuh manusia


Tulang merupakan bahagian penting dalam tubuh badan manusia. Fungsinya termasuk melindungi organ-organ dalaman daripada tercedera dengan mudah. Allah Maha Hebat! Tuhan sekalian alam. Ia turut berfungsi menghasilkan sel darah merah (eritrosit) dan sel darah putih (leukosit). Warna tulang selalunya putih kekuningan yang disebabkan oleh kalsium dan sel-sel darah. Di bahagian tulang, ia diselaputi dengan periosteum yang mengandungi salur darah. Seterusnya merupakan compact bone yang biasa kita akan lihat apabila melihat rangka manusia dan ia sangat keras. Bahagian dalamnya pula terdiri daripada cancellous yang kita lihat seakan-akan seperti span. Bahagian ini berfungsi melindungi tulang sum-sum yang menghasilkan sel-sel eritrosit dan leukosit. Jom tengok apa lagi fakta-fakta tulang kita nih..kena amek tau sket,tau guna kena jaga..sume ni pinjaman je..hehe

  1. Kita dilahirkan dengan 300 tulang yang kemudiannya ada yang bercantum menjadikan tulang manusia dewasa berkurang menjadi 206 tulang sahaja.
  2. Telinga dan hidung tidak mempunyai tulang tetapi ia dilindungi dengan struktur dipanggil tulang rawan.
  3. Tulang paling kecil terletak di telinga dikenali sebagai stirrup bone dengan panjang kira-kira 0.28 cm berfungsi memindahkan getaran bunyi ke system pendengaran kita.
  4. Tulang paling panjang merupakan tulang femur atau tulang peha dan sekuat konkrit.
  5. Osteoporosis terjadi apabila, kalsium dalam darah berkurang memaksa tubuh badan menggunakan kalsium dari tulang yang menyebabkan ia semakin rapuh.
  6. Terdapat tulang di pinggul dan terletak di bahagian tulang terakhir tulang vertebrate yang dipanggil tulang sulbi atau coccyx.
  7. Terdapat 14 tulang di bahagian muka manusia dan 54 tulang di bahagian tangan termasuk pergelangan.
  8. Punca kanser tulang terjadi masih belum diketahui tetapi ia terbahagi kepada dua iaitu kanser tulang primer dan kanser tulang sekunder.
  9. Kanser tulang primer menyerang kanak-kanak dan mereka berumur bawah 30 tahun manakala kanser tulang sekunder menyerang individu dewasa dan warga emas.
  10. Kanser tulang menyebabkan komposisi tulang menjadi kurang padat dan mereput menjadikan tulang rapuh.
      P/s: sedap kn mkn sup tulang?haha..





Ok! Matahari sejenis bintang


Matahari mestilah sangat panas. That’s for sure! Dengan masalah penipisan ozon di stratosfera menyebabkan bumi menjadi semakin panas. Apa yang pasti kajian mengenai matahari masih dilakukan cuma yang tak akan berlaku, ini pasti, manusia menjejakkan kaki ke matahari. Pencipta teleskop pertama dunia, Galileo galilei telah buta akibat memandang terus menggunakan teleskop ciptaannya ke arah matahari. Terdapat beberapa fakta lain mengenai matahari yang mungkin menarik untuk dikongsi dalam entry kali ini.
  1.  Matahari merupakan pusat bagi sistem solar kita dan merupakan bintang paling besar dalam sistem solar yang merangkumi 99.86%. Bayangkan betapa kecilnya bumi!and kita manusia lagilah kecil dan kerdil. Walaubagaimanapun, matahari hanyalah satu bintang dalam 100 billion bintang lain di dalam galaksi.
  2. Jarak antara bumi dan matahari adalah secara puratanya 149,597,890 km yang mengambil masa 20 tahun untuk sampai sekiranya menaiki kapal terbang komersial berkelajuan 644 km/j tanpa henti.
  3. Diameter matahari kira-kira 1,390,000 km bersamaan 109 kali ganda lebih besar daripada diameter bumi  manakala berat matahari kira-kira 1.989 x1030 bersamaan 330,000 kali ganda lebih berat daripada bumi.
  4. Suhu matahari di kawasan permukaannya ialah 5,500 ⁰C manakala di terasnya mencapai suhu 15,000,000 ⁰C.
  5. Tarikan graviti di matahari adalah 28 kali ganda berbanding di bumi. Seorang lelaki dewasa dengan berat 60kg di bumi mempunyai berat 1680 kg di matahari.
  6. 75% komposisi matahari merupakan hidrogen dan 25% merupakan helium.
  7.  Cahaya dari matahari mengambil masa 8.3 minit unutk sampai ke bumi, 40 minit ke planet Jupiter dan 7 jam untuk sampai ke seluruh sistem solar.
  8. Seluruh organisma hidup akan mati membeku sekiranya cahaya matahari tidak sampai ke bumi.
  9. Tenaga solar merupakan manfaat daripada matahari bagi menggantikan penggunaan api fosil yang semestinya akan habis digunakan.
  10. Cahaya matahari memainkan peranan paling penting bagi memastikan kita mendapat bekalan oksigen yang mencukupi kerana penggunaan cahaya matahari dalam proses fotosintesis.

P/s: Vitamin D can be obtained from sun exposure or sunlight. Disarankan waktu pagi. Tak boleh lama2 berjemur..rentung jadinya..hehe..dulu boleh la..skang UVB mkn trk smpi ke bumi

Ok! Air itu H2O


Air merupakan sumber penting dalam kehidupan seharian. Penggunaannya menyeluruh meliputi membasuh, mandi, minum dan sebagainya. Ia merupakan molekul yang jernih, tidak berbau dan tidak mempunyai rasa pada keadaan suhu bilik. Proses perawatan air penting bagi meneruskan pembekalan air bersih kepada manusia. Sistem pengurusan pembekalan air bersih di Malaysia boleh dikatakan sangat baik memandangkan hampir 90% menikmati bekalan air bersih setiap hari. Terdapat beberapa fakta mengenai air yang mungkin membuka sedikit mata kita agar menghargai air. Let’s check it out!
  1. 70% kawasan bumi dilitupi dengan air dan daripada jumlah ini, 97% merupakan air masin, 3% merupakan air sungai ,tasik dan air bawah tanah. Lebih menarik lagi 2/3 daripada air sungai dan tasik ini merupakan ais atau glacier.
  2. Air merupakan komposisi utama yang membentuk 70% daripada berat badan seorang dewasa manakala 80% bagi seorang bayi yang sihat.
  3. Air merupakan molekul yang terdiri daripada satu atom oksigen dan dua atom hidrogen.
  4. Air merupakan pelarut universal yang mana merupakan satu-satunya bahan yang dijumpai tulen secara semulajadi dalam ketiga-tiga keadaan jirim iaitu pepejal, cecair dan gas.
  5. Kira-kira 3.5 juta manusia seluruh dunia mati setiap tahun kerana masalah berkaitan dengan air.
  6. Disebabkan masalah dengan pembekalan air bersih, Singapura memperkenalkan NEWater yang menggunakan air sisa buangan (wastewater) yang kemudiannya ditapis menggunakan dual-membrane (microfiltration &Reverse osmosis) dan seterusnya dirawat menggunakan teknologi UV (Ultraviolet).
  7. Terdapat juga teknologi mendapatkan air bersih daripada penyulingan air laut dengan proses termasuk penyingkiran garam. Banyak Negara telah menggunakan kaedah ini antaranya Bahrain, Arab Saudi, China, Australia, UK dan Sepanyol.
  8. Terlalu minum banyak air juga tidak terlalu bagus kerana air mampu menyebabkan ketidakseimbangan natrium dalam darah yang menyebabkan water intoxication. Ia menyebabkan keadaan pening dan mabuk.
  9. Manusia boleh hidup selama sebulan tanpa makanan tetapi hanya selama seminggu tanpa air.
  10. Air panas lebih cepat membeku berbanding air yang sejuk. This is what we called Mpemba effect.

Siapa yang terlibat secara langsung dalam pengurusan air di Malaysia?
  • Empangan untuk penebatan banjir dan pengairan di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS),
  • Loji rawatan air pula, air akan diuruskan oleh lembaga air negeri,atau jabatan kerja raya atau syarikat air yang dilantik oleh kerajaan negeri
  • Air mengalir ke paip pula ia akan berada di dalam industri perkhidmatan air negara di bawah kelolaan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara SPAN
  • Kualiti air sungai di bawah pantauan Jabatan Alam Sekitar
  • Kualiti air minuman pula dikawal di bawah Kementerian Kesihatan.
water crisis?

P/s: Ada empat jenis air; air mutlak,air musyammas,air musta'mal dan air mutanajjis..ni Ustaz Don yang ajar kat tv..hehe