Dalam arus globalisasi
ni,cewah..hampir semua orang ada telefon, lebih spesifik handphone. Even budak kecik pon da pandai pakai. Time sekolah dulu
sape bawak handphone kena rampas dgn
warden. Yang pelik tu, warden tu aku tengok tiap2 minggu handphone lain, haha. Anyway, revolusi telefon nih sangat pantas,
and sesiapa yang sentiasa up to date
dengan handphone nih, memang tak
terkejar punya. Every month banyak model baru keluar. Tapi yang aku perasan
dari dulu la, ade musim beli handphone,
hehe. Bila? Time budak2 U dapat pinjaman PTPTN. Masing2 handphone baru. This is
a fact!! So, jom tengok facts lain pasal telefon ni.
- Alexander Graham Bell merupakan pencipta telefon pertama yang berlaku secara tidak sengaja ketika beliau menambah baik telegraf.
- 10 Mac 1876, penggunaan telefon pertama direkodkan antara Bell dan pembantunya Watson dengan kata-kata, “Mr. Watson, come here. I want to see you”.
- Alexander Graham Bell kemudian menubuhkan Bell Telephone Company pada 1877 tetapi hanya 6 buah telefon sahaja yang terjual pada bulan pertama penubuhannya.
- SMS (Short Message Service) diperkenalkan pada 1994.
- Telefon selular pertama mempunyai berat kira-kira 1 kg dan perlu dicas selepas 30 minit masa berbual. Harga ketika itu, hampir USD 4,000.
- Telekom Malaysia (TM) memperkenalkan perkhidmatan telefon bergerak ATUR 450 (Automatic Telephone Using Radio) pada Mei 1985.
- Telefon bimbit pertama yang mempunyai internet connection dan fungsi e-mail adalah Nokia Communicator yang diperkenalkan pada 1996.
- Celcom Sdn. Bhd. ditubuhkan pada 1988 yang pada awalnya dengan nama STM cellular Communications Sdn. Bhd. Maxis Communications Berhad pula ditubuhkan pada 1993 dan dimiliki oleh billionair Ananda Krishnan.
- Telefon bimbit termahal di dunia adalah GoldVish dengan diselaputi dengan emas putih 18 karat bertatahkan berlian sebanyak 1800 bergred VVS-1 berharga 1 juta pound bersamaan RM 4,872,476.99.
- Ketika ini Nokia mendahului penjualan telefon bimbit terbanyak di dunia diikuti dengan Samsung dan Apple.
ok! this is maybe new to some people..but its really working dude!try it!recommended
p/s: Ingat lagi buku panduan
telefon?haha..
makasih infonya yang membuat wawasan bertambah....
ReplyDelete