G7gROBy4_3P4Lyb69aTNdueVqY4 ok! it's a fact: Ok! Usus dalam badan manusia

Friday 20 April 2012

Ok! Usus dalam badan manusia


Usus merupakan organ penting dalam sistem pencernaan manusia dan haiwan. Usus terbahagi kepada dua jenis iaitu usus besar dan usus kecil. Usus besar terdiri daripada bahagian cecum, kolon dan rectum manakala usus kecil terdiri daripada bahagian duodenum, jejunum dan ileum. Jom tengok apa fungsi dan fakta organ usus dalam badan manusia!

  1. Usus kecil mempunyai panjang kira-kira 6-7 meter bersamaan 3.5 kali lebih panjang daripada badan manusia dan berdiameter 2.5-3 cm. Bagi usus besar pula ia berdiameter lebih besar dengan 7-10 cm dan mempunyai panjang kira-kira 1.5 meter.
  2. Makanan yang dimakan akan berada dalam mulut selama seminit, di dalam perut selama 2-4 jam, di dalam usus kecil selama 1-4 jam manakala di dalam kolon, bahagia di dalam usus besar selama 10 jam atau selama beberapa hari.
  3. Usus kecil menyerap 90% air dan nutrien daripada makanan yang telah dihancurkan oleh asid di dalam perut. Turut berperanan membawa nutrien yang diserap ke dalam salur darah.
  4. Percernaan dan penyerapan yang berlaku di dalam usus kecil dibantu oleh enzim-enzim yang dirembeskan oleh pancreas.
  5. Luas permukaan usus kecil terdiri daripada lapisan mukosa, vili dan mirovili sekiranya dibentangkan ia bersaiz kira-kira 250 meter persegi bersamaan sebuah gelanggang tenis.
  6. Usus besar pula menyerap lebihan air dan elektrolit seperti sodium dan chloride serta menyingkirkan bahan-bahan yang tidak dapat diserap membentu fesis yang terdiri daripada 75% lembapan 25% pepejal. Fesis disimpan di rektum dan keluar sebagai tinja@tahi.
  7. Usus besar mengandungi 700 spesis bakteria yang membantu dalam penghadaman makanan dalam sistem pencernaan.
  8. Bakteria yang terdapat di dalam usus besar berperanan merembeskan vitamin-vitamin seperti vitamin K, vitamin B12, thiamine dan riboflavin yang kemudiannya diserap dalam darah.
  9. Kentut merupakan percampuran udara yang disedut dan gas-gas di dalam usus. Ia mengandungi nitrogen, hydrogen, karbon dioksida, oksigen, metana dan beberapa gabungan gas lain.
  10. Hidrogen sulfida menyebabkan kentut berbau busuk dan dengan kehadiran metana menyebabkan kentut boleh terbakar!
P/s: jangan kentut sesuka hati!hehe..

1 comment:

  1. salam
    fuhh.. besarnya peranan usus..izinkan saya share maklumat ini... terimakasih atas tulisan yg berguna ini.. semoga Allah MENGIRANYA SEBAHAGAIAN DR AML YG SOLEH

    JEMPUT LAH KE BLOG SAYA..selamat berkenalan

    ReplyDelete