G7gROBy4_3P4Lyb69aTNdueVqY4 ok! it's a fact: Ok! Kaabah rumah Allah

Friday 20 April 2012

Ok! Kaabah rumah Allah




Kaabah merupakan simbol bagi seluruh umat Islam di dunia . Ia terletak di masjidil Haram di kota Makkah dan merupakan qiblat bagi seluruh umat Islam ketika menunaikan solat. Menunaikan haji di kota Mekah merupakan salah satu Rukun Islam yang wajib disempurnakan oleh umat Islam sekurang-kurangnya sekali seumur hidup sekiranya berkemampuan dan antara perkara wajib ketika menunaikan Haji ialah mengelilingi Kaabah sebanyak 7 kali atau dikenali sebagai tawaf. Hampir dua juta umat Islam akan mengerjakan fardhu Haji setiap tahun. Di bawah merupakan beberapa fakta penting mengenai Kaabah yang ingin dikongsi.


1.  Kaabah atau Baitullah turut dikenali dengan nama Baitul Ateeq yang bermaksud paling awal dan paling lama. Bangunan berbentuk kubus kebanggaan muslimin dan muslimat ini berukuran 12 x 10 x 15 meter.
Tiang yang menyokong bumbung Kaabah
2.  Struktur bumbung Kaabah disokong oleh tiga batang berukir dengan ketinggian kira-kira 9 meter.


3.  Pintu Kaabah diperbuat daripada emas tulen yang dikatakan seberat 8 tan (8000kg) dan pemegang kunci pintu Kaabah adalah daripada keturunan Bani Syaibah sejak dari zaman Rasulullah S.A.W.

4.  Pembinaan Kaabah pertama kali dilakukan oleh Nabi Adam AS. Pembinaan semula telah dilakukan beberapa kali termasuk oleh Nabi Ibrahim AS dan Abdul Mutalib, datuk Rasulullah SAW. Kali terakhir ia dibina semula oleh Sultan Murad Khan pada tahun 1040 hijrah/1630 masihi.


5.  Ketika Nabi Muhammad S.A.W berumur 30 tahun iaitu sebelum kerasulan baginda, Kaabah telah telah dibaik pulih akibat banjir yang berlaku ketika itu. Ketika ini, Rasulullah telah berjaya menyelesaikan pertikaian 4 puak untuk meletakkan Hajar Aswad.

6.  Pada zaman jahiliyyah, Kaabah dipenuhi dengan patung-patung sembahan bangsa Arab jahiliyyah namun dengan pembebasan Makkah pada 630 Masihi bersamaan tahun ke-8 Hijrah, kesemua patung-patung sembahan dihapuskan.


7.  Pada tahun 1941, kota Makkah sekali lagi dilanda banjir besar yang menyebabkan Kaabah ditenggelami air. 


8.  Kelambu Kaabah diperbuat kain sutera asli berwarna hitam dengan berat 670 kg berharga RM 15.21 juta (AS$ 4.5 juta) dengan dihiasi ayat suci Al-Quran yang ditenun menggunakan 150kg emas dan perak. Ia berukuran 658 meter persegi.

9.  Menurut kajian sains, Kaabah merupakan kawasan bergraviti stabil dan ia memberi kesan kepada sistem imun badan yang bertindak sebagai pertahanan daripada segala penyakit.

10. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah dan frekuensi radio tidak dapat membaca apa-apa yang ada dalam Kaabah.
video yang menunjukkan keadaan dalam Kaabah. Allahuakbar!

P/s: untuk fakta yang lebih banyak dan penerangan yang lebih tepat mengenai Kaabah.   www.takusahrisau.wordpress.com


1 comment: