Kereta merupakan salah satu simbol
kekayaan bagi sesetengah orang. Keadaan ini menyebabkan ada yang berpendapat
apabila sudah bekerja, wajib memiliki sebuah kereta. Signifikannya pertambahan
bilangan kereta menyumbang kepada kesesakan lalu lintas terutama di bandar-bandar
utama. Pelbagai model kereta menarik perhatian masyarakat membeli walaupun
tidak dapat dinafikan harga kenderaan di Malaysia lebih tinggi berbanding negara
lain, tapi itu tidak menyekat rakyat Malaysia terus rakus membeli kereta baru.
Kereta terbaru yang diperkenalkan iaitu Proton
Preve pasti menarik perhatian pembeli-pembeli yang melihat kereta ini lebih
sophisticated dan cool! Evolusi industri membantu
perkembangan kereta di dunia. Thus, let
us see a few info and trivia about car.
2. Pereka pertama kereta berenjin wap merupakan seorang mekanik dan jurutera Perancis, Nicolas Joseph Cugnot. Kenderaan tiga roda dengan kelajuan 5 km/j perlu berhenti setiap 10 atau 15 minit untuk menjana kuasa wap.
3. Pengilap cermin kereta dicipta oleh seorang wanita, Mary Anderson yang kemudian mendaftarkan paten ciptaannya pada 1905.
4. Lampu brek ketiga dijadikan aksesori wajib hasil cadangan oleh seorang wanita, Elizabeth Dole, Setiausaha Pengangkutan Amerika Syarikat pada tahun 1983-1987.
5. Kereta termahal dunia ketika ini adalah Bugatti Veyron Supersport dengan harga RM 7.8 juta!
6. Bajaj Auto RE-60 pula merupakan kereta termurah di dunia dengan harga kira-kira RM8,000 memintas Tata Nano yang sebelum itu merupakan kereta termurah di dunia.
7. Kereta terpantas dunia menjadi milik Dagger GT keluaran TranStar Racing dengan kemampuan memecut sehingga 500 km/j, meninggalkan Bugatti Veyron Supersport di tempat kedua dengan top speed 431 km/j.
8. 7 Mei 1983, Perusahaan Otomobil
Nasional Sdn. Bhd. (PROTON) ditubuhkan dan pada 16 Mei 1984, Edaran Otomobil
Nasional Sdn. Bhd. (EON) diswastakan.
9. Perusahaan Kedua Sendirian Berhad
(PERODUA) ditubuhkan pada tahun 1992 dengan pelancaran Perodua Kancil sebagai
kenderaan pertama.
10. Kereta pertama negara Proton Saga dilancarkan pada 1 Julai 1985 berharga RM20,000. Kereta terbaru keluaran Proton diberi nama Proton Preve yang bermaksud proof.
P/s: Harga kereta sangat cepat
jatuh so its not consider as asset. Pakai moto je kalo nak gerak p mane2..hehe
No comments:
Post a Comment