G7gROBy4_3P4Lyb69aTNdueVqY4 ok! it's a fact

Friday 7 September 2012

Ok! 10 amazing facts about our brain

yet another extra info about our brain. We cant deny the function of our brain which extremely useful in our daily basis. It controls everything!


p/s: Impressive!

Ok! 10 amazing facts about our human body

In b4, I have put certain info about our human body in my previous entries. this video describe the best of the best which we may remember to make sure we always be a thankful person.


p/s : Amazed? There a lot more facts hidden to be discovered..=)

Tuesday 28 August 2012

Ok! Fakta perut anda

Lepas bulan puasa, perkara paling best adalah makan. Antara fungsi puasa di Bulan Ramadhan bagi masyarakat Islam adalah untuk merehatkan perut yang sentiasa bekerja. Sistem pencernaan kita tidak pernah diberi rehat melihat kepada kekerapan kita makan, bermula dengan sarapan, makan tengahari, minum petang, makan malam dan mungkin juga makan tengah malam. Entry aku kali ini ingin membincangkan sedikit fakta menarik mengenai perut yang mungkin memberi sedikit ilmu kepada anda semua pada hari ini.

1. Apabila kita makan, kita turut menelan makanan bersama-sama udara ke dalam perut dan usus kita. Oleh sebab itu, cara paling efektif untuk mengeluarkan udara ini adalah melalui sendawa.

2. Perut kita mengeluarkan asid hidroklorik dan enzim protease yang berfungsi untuk membunuh bakteria dan mencernakan makanan yang kita telah makan.

3. Perut merupakan sebahagian dalam sistem pencernaan manusia. perut berfungsi untuk memecahkan makanan kepada cebisan-cebisan yang dikenali sebagai 'chyme' sebelum dibawa ke bahagian usus kecil untuk proses penyerapan nutrien makanan.

4. Saiz badan manusia tidak mempengaruhi saiz perut anda. Jadi tiada beza perut orang kurus atau orang gemuk cuma perut boleh dilatih untuk menerima makanan secara banyak dalam satu masa atau sebaliknya.

5. Berat badan seseorang naik apabila jumlah kalori yang kita ambil daripada makanan harian kita melebihi jumlah kalori yang dibakar melalui exercise atau aktiviti kecergasan lain. Perut kita akan berfungsi secara efektif dalam mencernakan makanan berbanding waktu malam. Oleh sebab itu, meraka yang kerap makan sebelum tidur boleh menyumbang kepada masalah kegemukan.

6. Makanan berlemak dicernakan lebih lama berbanding makanan berkarbohidrat dan lemak juga tersimpan lebih lama di dalam perut berbanding karbohidrat.

7. Akitiviti senaman seperti sit-ups atau abdominal crunches tidak akan menyebabkan saiz perut semakin kecil tetapi membakar lemak di kawsan perut.

p/s : Sayangi perut anda...rehatkan perut dengan berpuasa..pahala dapat dan badan makin sihat..hehe

Selamat Hari Raya!

Salam pembaca blog ok! its a fact sekalian. Masih belum terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Memandangkan terdapat kekangan masa dan sibuk dengan hal-hal remeh temeh menyebabkan aku tidak mempunyai masa untuk menulis sebarang entry sepanjang bulan puasa. Apa yang penting kita sentiasa muhasabah diri dan bertanya kepada diri kita sendiri adakah kita semakin menjadi manusia yang lebih baik atau sama sahaja atau pun semakin teruk keperibadian kita selepas berlalunya Ramadhan. Sesungguhnya amatlah rugi kerana kita tergolong dalam kalangan orang yang tidak memanfaatkan Bulan Ramadhan yang lalu. Adakah kita pasti kita akan berjumpa lagi Ramadhan yang akan datang? Walaubagaimanapun apa yang penting, kita sentiasa perbaiki diri dan bukan hanya menunggu masa tibanya bulan Ramadhan untuk memenuhi masjid untuk menunaikan solat Terawih, bersedekah dan membuat kebaikan. Jadinya amalan yang istiqamah yang sentiasa kita lakukan. InsyaAllah kita akan sentiasa dilimpahkan dengan daripada Allah yang Maha Esa. Selamat menyambung kemabali urusan anda samada bekerja atau belajar. Sesungguhnya setiap pekerjaan yang dilakukan niat kerana Allah akan dilimpahkan dengan rakmat. Salam..

p/s: Jom puasa sunat Syawal pulak..hehe

Friday 6 July 2012

Ok! Kelebihan Jumaat yang berkat


Sempena Hari Jumaat yang penuh berkat, berada pula di Bulan Syaaban sama-samalah kita merenung dan bermuhasabah terhadap diri agar sentiasa sedar bahawa kita seharusnya sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang Allah berikan dan istiqamah dengan segala perkara kebaikan dan meninggalkan larangan-Nya. Jadi sebagai  menghargai Hari Jumaat yang merupakan penghulu segala hari, mari kita lihat kelebihan hari jumaat ini dari sudut Islam.
  1. Penghulu segala hari
  • Hadis Rasullullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah; “ Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari)
  • Sabda Rasullullah S.A.W; Kita (Umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari qiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan dan Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk Kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk Kaum Nasrani.
     2.  Hari Qiamat berlaku pada hari Jumaat 
  • Rasullullah S.A.W bersabda; “ Hari yang dijanjikan ialah hari qiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat” (Hadis Riwayat Tirmidzi).
     3.  Nabi Adam A.s diciptakan

     4.  Nabi Adam A.s dikeluarkan dari syurga
  • Sabda Rasullullah S.A.W; “ Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan dan pada hari itu juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada hari jumaat juga qiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya”
     5.  Solat jumaat yang difardhukan ke atas setiap lelaki Islam
  •  Rasullah S.A.W bersabda; “Sesiapa yang hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia     umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.
      6.  Makbulnya doa di antara dua khutbah
  •  Hadis Riwayat Tirmidzi; “Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.”
  • Rasullullah bersabda daripada Abu Hurairah yang bermaksud; “ Pada hari Jumaat ada satu saat bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.”
       7.  Memotong kuku
  •  Ibnu Masud berkata; “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”
    8.  Selamat daripada fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat
  •  Rasullullah S.A.W bersabda; “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”
    9.  Membaca surah Al-Kahfi dan perbanyakkan selawat
  •  Rasullullah S.A.W bersabda; “ Sesiapa yang membaca surah al-kahfi pada hari jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua jumaat.”
  •  Rasullullah S.A.W juga bersabda; “ Perbanyakkan membaca selawat kepadaku pada malam dan hari Jumaat, maka sesiapa yang membaca selawat keatasku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah memberi rahmat 10 kali).” (Hadis riwayat Al Baihaqi).
 

Thursday 5 July 2012

Ok! Fotosintesis sumber oksigen


Anda biasa dengar dengan terma fotosintesis? Ia sinonim dengan proses yang dilakukan oleh tumbuhan hijau di sekeliling kita untuk menghasilkan Gas Oksigen yang kita gunakan untuk terus hidup. Penghasilan Gas Oksigen ini merupakan tindakbalas tumbuhan hijau yang mengandungi klorofil dengan cahaya UV daripada matahari. Apa fakta lain berkenaan fotosintesis?

1. Tumbuhan yang menjalankan proses fotosintesis masih menjalankan proses respirasi untuk terus hidup iaitu menghirup gas oksigen.

2. Selain penghasilan gas oksigen hasil daripada proses fotosintesis ini, tumbuhan hijau juga turut menghasilkan protein, karbohidrat dan lemak yang kita atau haiwan makan sebagai sayur-sayuran atau buah-buahan.
3. Proses fotosintesis merupakan proses yang dicetuskan oleh cahaya UV daripada matahari yang memberi sumber tenaga kepada tumbuhan ini.

4. 30% jumlah oksigen di muka bumi kita dihasilkan oleh hutan-hutan di seluruh dunia.

5. Selebihnya 70% kandungan oksigen dihasilkan oleh phytoplankton melalui proses fotosintesis di dasar laut.

6. Phytoplankton merupakan mikroorganisma yang menjalankan proses fotosintesis yang hidup di dasar laut.

p/s: proses fotosintesis merupakan proses yang simple dan mudah difahami tetapi peranannya sangat besar kerana merupakan sumber oksigen untuk membolehkan kita dan makhluk di muka bumi ini terus hidup.

Ok! Fakta menarik telinga manusia


Telinga merupakan anggota tubuh badan manusia yang sangat penting kerana ia berfungsi sebagai organ pendengaran kita. Telinga juga kita boleh lihat mempunyai pelbagai bentuk yang juga turut menjadikan korang makin handsome dan ayu gitu!haha. Tapi walau macam manapun bentuknya bersyukurlah dengan kurniaan Allah kerana ada rakan-rakan kita yang langsung tidak boleh mendengar atau mengalami kesukaran dalam pendengaran.

1. Selain sebagai organ pendengaran, koklea di dalam telinga berfungsi sebagai pengimbang badan kita.
2. Bunyi yang kita dengar diterjemah oleh otak kita yang dihantar dalam bentuk impuls.

3. Tahi telinga yang dikenali juga sebagai serumen merupakan earwax yang berfungsi ketika penukaran gelombang bunyi kepada impuls dan juga sebagai penapis untuk habuk.

4. Kita sentiasa mengorek telinga bagi membersihkan serumen atau tahi telinga, kerana kandungan tahi telinga yang berlebihan di dalam telinga boleh menjejaskan pendengaran kita. Tetapi dalam masa yang sama juga, sekiranya terlalu bersih juga tidak boleh memnadangkan ia berfungsi dalam menukar gelombang bunyi yang kita terima kepada impuls untuk dihantar ke otak.

5. Di dalam telinga kita juga mempunyai lebih daripada 25,000 rerambut kecil yang turut terlibat dalam penukaran gelombang bunyi kepada impuls yang akan dihantar dan diterjemah oleh otak kita.

6. Telinga sentiasa mendengar gelombang bunyi walaupun dalam keadaan kita sedang tidur. Apa yang menyebabkan kita tidak mendengarnya adalah kerana otak berhenti menterjamah impuls bunyi ketika kita tidur.

7. Salah satu penyebab kehilangan atau terjejasnya deria pendengaran adalah terdedah dengan gelombang bunyi yang kuat secara berterusan.

8. Berdasarkan kajian, pendedahan terdapat bunyi 86 desibel atau lebih akan menjejaskan deria pendengaran kita.
9. Telinga dan hidung merupakan anggota tubuh kita yang turut membesar dan berkembang selari dengan anggota yang lain kecuali mata kita yang kekal bentuknya semenjak kita dilahirkan.


10.Telinga diperkuatkan dengan rawan tetapi terdapat juga beberapa tulang kecil seperti stirrup yang merupakan  tulang paling kecil antara semua tulang-tulang di badan kita.

p/s: Cuba untuk mendengar perkara yang baik-baik sahaja..haha..misi mustahil tu!