G7gROBy4_3P4Lyb69aTNdueVqY4 ok! it's a fact: Ok! Tenaga dalam kehidupan manusia

Sunday 22 April 2012

Ok! Tenaga dalam kehidupan manusia


 “Tenaga merupakan keupayaan melakukan kerja”

 “Tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan tetapi berubah daripada suatu bentuk kepada bentuk yang lain”

Persoalannya tenaga yang sedia ada itu terdapat dalam apa? Tenaga boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu yang boleh diperbaharui dan tenaga yang tidak boleh diperbaharui atau yang akan habis digunakan. Tenaga yang akan habis bermaksud tenaga yang terhasil daripada bahan api fosil seperti petroleum, arang batu dan gas asli yang terbentuk secara semulajadi selama berjuta-juta tahun. Tenaga yang boleh diperbaharui pula merujuk kepada tenaga alternatif seperti tenaga solar, tenaga ombak, tenaga angin dan tenaga biomas. Ok! Dapat gambaran? Jom tengok input lain yang ingin dikongsi.

1.  Tenaga wujud dalam bentuk haba, cahaya, mekanikal, elektrik, kimia dan nuklear. Tenaga disukat dalam unit joule manakala kadar tenaga yang telah ditukar dipanggil kuasa dan disukat dalam unit watts.

2.  Petroleum merupakan sumber asli utama dalam menjana kuasa terutama sebagai minyak petrol, diesel, kerosin dan gasoline. Malaysia merupakan pengeksport petroleum ke 29 di dalam dunia, didahului lima negara teratas iaitu Arab Saudi, Rusia, Amerika Syarikat, Iran dan Kuwait.


3.  Petroleum di Malaysia dikenali sebagai ‘sweet crude’ yang berkualiti tinggi dan dieksport ke luar negara dengan harga yang lebih mahal. Bagi penggunaan domestik, Malaysia mengimport petroleum jenis ‘sour crude’ dan diproses di loji penapisan di Malaysia.

4.  Gas asli selalunya dijumpai bersama-sama petroleum dan komposisinya terdiri daripada hidrokarbon dan metana. Proses gas asli kepada gas asli cecair melalui proses penyejukan pada suhu -161⁰C memudahkan pemindahannya. Tong gas memasak merupakan contoh gas asli cecair.

5.  Arang batu terdiri daripada empat jenis iaitu lignite, subbituminous, bituminous dan anthracite. Ia merupakan bahan utama dalam menjana kuasa elektrik dan member impak negatif kepada sekitaran dengan membebaskan karbon dioksida apabila digunakan.

6.  Tenaga nuklear merupakan antara tenaga paling bersih yang tidak mencemarkan alam sekitar. Ia menggunakan uranium yang mana atom-atomnya akan diasing dan ia menghasilkan haba yang tinggi. Haba ini yang digunakan untuk menggerakkan enjin atau turbin yang menjana tenaga elektrik.

7.  Tenaga hidroelektrik juga antara yang banyak digunakan di Malaysia. Air takungan di kawasan empangan akan bergerak deras apabila dibuka membolehkan ia memutarkan turbin yang kemudian menjana tenaga elektrik. Beberapa empangan hidroelektrik terkenal di Malaysia seperti, Cenderoh, Kenyir dan Temenggor.


8.  Penggunaan tenaga nuklear walaubagaimanapun menghadapi masalah dalam pemprosesan sisa buangannya yang sangat radioaktif. Pelbagai kaedah dan langkah keselamatan yang teliti perlu diambil kira sebelum tenaga nuklear digunakan terutamanya di Malaysia.


9.  Penggunaan tenaga solar di Malaysia masih lagi tidak meluas dan kebanyakannya hanya melibatkan water heater solar system untuk memanaskan air. Panel solar yang digunakan menggunakan sistem sitem solar photovoltaic yang menukar haba matahari kepada tenaga elektrik.


10.  Biodiesel merupakan salah satu tenaga alternative yang digunakan di Malaysia. Ia menggunakan bahan-bahan biologi atau biomass sebagai bahan bakarnya. Di Malaysia, sisa pertanian paling popular ialah kelapa sawit.
p/s: conservation means the wise use of the earth and its resources for the lasting good of men. Save our earth! save the energy!

No comments:

Post a Comment