G7gROBy4_3P4Lyb69aTNdueVqY4 ok! it's a fact: Ok! Otak organ terpenting dalam tubuh badan manusia

Friday 4 May 2012

Ok! Otak organ terpenting dalam tubuh badan manusia

Otak merupakan organ manusia dan haiwan yang paling unik. Manusia diberi otak yang mampu berfikir bagi membezakan perkara buruk dan perkara baik atau lebih tepat sebagai akal. Kemampuan otak untuk menjalankan aktiviti seperti berfikir, bertutur, menyimpan memori, mengawal pergerakan otot dan tubuh badan serta mengawal keseimbangan badan merupakan perkara yang menakjubkan. Terlalu banyak keistimewaan otak yang masih menjadi persoalan dan kajian para saintis sehingga kini. Jom saya kongsi sedikit fakta mengenai otak!

  1. Serebrum merupakan bahagian otak paling besar yang juga dipanggil cerebral cortex. Di sini serebrum terbahagi kepada 4 bahagian yang disebut lobus yang berfungsi mengawal rangsangan visual, sensor perasaan, intepretasi data yang diterima dan kreativiti.
  2. Serebelum pula merupakan otak kecil yang terletak di belakang kepala di hujung leher. Ia mengawal posisi tubuh, keseimbangan, koordinasi otot dan gerakan tubuh badan.
  3. Berat otak manusia ketika lahira adalah kira-kira 350g-400g manakala berat otak manusia biasa antara 1300g-1400g.
  4. Komposisi otak terdiri daripada 77-78% air, 10-12% lipid, 8% protein, 1% karbohidrat, 2% bahan organik terlarut dan 1% garam tidak larut.
  5. Tiada reseptor sakit di bahagian otak.
  6. Terdapat 100 billion neurons dalam otak manusia.
  7. Bahagian kiri otak (hemisfera kiri) mengawal bahagian sebelah kanan anda dan begitu juga sebaliknya.
  8. Setiap kali anda cuba menggunakan memori atau memikirkan satu idea baru, anda telah menghubungkan satu neuron dalam otak anda.
  9. Hipotalamaus merupakan bahagian otak yang mengawal suhu badan di mana ia bertindak memberitahu badan supaya berpeluh apabila panas dan menggigil apabila keadaan sejuk.
  10. Sekiranya tidak menerima oksigen dalam tempoh 8-10 saat anda akan pengsan manakala otak yang tidak menerima bekalan oksigen antara 5-10 minit menyebabkan kerosakan otak secara kekal.
  11. Tenaga yang digunakan oleh otak mampu menghidupkan mentol berkuasa 25 watt.
  12. Otak menggunakan 20% oksigen yang di sedut oleh manusia.
  13. Informasi yang diterima paling perlahan akan diproses selama 0.5 meter/saat atau sepantas 120 meter/saat.
  14. Anda tidak boleh menggeletek diri anda sendiri kerana otak boleh membezakan sentuhan anda dan sentuhan orang lain.
  15. Tidur membantu otak untuk menyusun dan mengukuhkan memori anda pada hari tersebut. Tidak cukup tidur pula menyebabkan otak terganggu dalam proses menghasilkan memori baru.
  16. Hormon estrogen membantu otak dalam fungsi memori yang lebih baik.
  17. Bagi mereka yang tidur dan bermimpi, 5 minit selepas bangun, mereka akan lupa 50% mimpi tersebut. 10 minit selepas terjaga, mereka akan lupa 90% mimpi tersebut.
  18. Melalui penyelidikan oleh para saintis dianggarkan otak manusia mampu menyimpan data antara berkapasiti 3 hingga 1000 TERAbytes! Bergantung kepada individu.WOW!
p/s: sedang berusaha memaksimumkan kemampuan otak sendiri!hehe

No comments:

Post a Comment