G7gROBy4_3P4Lyb69aTNdueVqY4 ok! it's a fact: Ok! Kucing oh kucing

Saturday 5 May 2012

Ok! Kucing oh kucing

Korang ada bela kucing?parents aku ada bela tapi i’m not a big fan of cat, seriously. Anyway kucing atau dengan nama saintifiknya Felis catus merupakan haiwan yang tergolong dalam famili Felidae. Harimau juga dalam famili yang sama iaitu famili Falidae. Selalunya mereka yang memelihara haiwan peliharaan merupakan seorang yang penyayang dan menurut kajian saintis mereka ini hidup lebih lama, kurang stress dan kurang terkena serangan jantung. Malah di Malaysia terdapat pertubuhan yang melindungi haiwan-haiwan peliharaan terutamanya kucing daripada didera dan dibunuh sesuka hati. Di bawah disenaraikan beberapa fakta mengenai kucing. For the cat lover please take note!


  1. Purata umur seekor kucing yang dibela ialah 15 tahun manakala purata umur kucing yang hidup bergelandangan hanya 3-5 tahun.
  2. Seekor kucing bernama Puss dari England merupakan kucing paling tua pernah hidup iaitu selama 36 tahun.
  3. Jantung kucing berdegup 140 kali per minit iaitu dua kali ganda daripada degupan jantng manusia.
  4. Kebanyakan kucing tidak mempunyai bulu mata.
  5. Kucing mempunyai 230 tulang berbanding manusia dewasa yang hanya mempunyai 206 tulang.
  6. Ekor kucing berfungsi sebagai membantunya mengawal keseimbangan badan.
  7. Kucing mempunyai penglihatan 6 kali lebih baik daripada manusia dalam keadaan gelap atau waktu malam.
  8. Kucing akan mengunyah atau makan rumput sebagai ubat bagi ketidakselesaan perut.
  9. Kucing betina akan bunting selama kira-kira 9 minggu atau 62-65 hari.
  10. Secara puratanya kucing akan tidur 16 jam sehari.
p/s: mahal jugak kos membela kucing nih. ish2..tp kalau orang da minat sume nih xksh kn?huhu

No comments:

Post a Comment