G7gROBy4_3P4Lyb69aTNdueVqY4 ok! it's a fact: Ok! Semut serangga rajin

Monday, 7 May 2012

Ok! Semut serangga rajin


Semut dikategorikan sebagai serangga yang mana kita boleh jumpa setiap hari. Serangga merupakan penghuni bumi paling banyak jika dikira satu persatu dan dikatakan populasi serangga dinisbahkan dengan manusia ialah 200 juta : 1 orang manusia. Semut sangat rajin mencari makanan. Pantang lepa kalau makanan atau minuman tak tutup. Jom tengok fakta-fakta mengenai semut yang mungkin memberi sedikit ilmu kepada anda pada hari ini.


  1. Kaki semut sangat kuat dan membolehkan mereka berlari dengan laju. Sekiranya seorang manusia mampu berlari seperti semut, kelajuannya menyamai seekor kuda lumba.
  2. Semut juga mampu mengangkat beban 20 kali ganda lebih berat daripada berat badannya sendiri. Bayangkan kekuatan ini sekiranya ada pada seorang manusia.
  3. Jangka hayat seekor semut adalah antara 45-60 hari.
  4. Semut tidak mempunyai telinga tetapi ia mampu mengesan getaran di tanah menggunakan kakinya.
  5. Semut mempunyai sepasang mata yang setiapnya terdiri daripada mata-mata kecil yang banyak.
  6. Semut-semut yang mencari makanan akan meninggalkan jejak feromon kemana sahaja ia pergi bagi mengelakkan sesat.
  7. Semut mempunyai 2 perut di mana perut yang pertama digunakan untuk menyimpan makanannya sendiri manakala perut kedua untuk makanan yang akan dikongsi dengan semut-semut lain.
  8. Tempoh hayat bagi ratu semut antara 10-20 tahun.
  9. Koloni semut terdiri daripada ratu semut yang bertugas untuk bertelur sahaja, semut jantan dan semut betina yang tidak boleh membiak tetapi bertindak sebagai semut pekerja.
  10. Semut pekerja yang tidak akan membiak tetapi bertugas sebagai pencari makanan, menjaga telur-telur, dan melindungi sarang daripada pemangsa.
  11. Semut jantan bertugas untuk bersenyawa dengan ratu semut bagi memastikan kelangsungan koloni semut. Semut jantan ini akan mati selepas itu.
  12. Semut-semut ini akan memindahkan telur-telur ke bahagian dalam sarang pada waktu malam bagi mengelakkan kesejukan dan memindahkannya kembali keluar sarang pada waktu siang bagi mengekalkan kepanasan.
  13. Kenapa orang cakap kalo terminum minuman ada semut kita akan lupa? Sebenarnya semut mempunyai Asid formik yang selalunya digunakannya untuk mempertahankan diri. Asid formik memberi kesan kepada otak yang kemudiannya menjadikan kita mudah lupa.
p/s: kena rajin kerja macam semut baru produktif! Gaji nak banyak tapi buat kerja malas..hahaha


No comments:

Post a Comment