Seekor ketam tasmania gergasi yang diberi nama Claude telah berjaya diselamatkan oleh nelayan daripada mati selepas tersangkut di pukatnya. Nelayan daripada Australia ini kemudiannya mengambil keputusan untuk menjualnya kepada British aquarium dengan harga 3,000 pound bersamaan kira-kira RM 14,800.
Claude mempunyai berat 15 paun bersamaan 6.8 kg dengan lebar sepanjang 15 inci. Menariknya, Claude mampu membesar sehingga beratnya 30 paun atau 13.6 kg dengan pertambahan lebar sebanyak 3 inci.
Seperti ketam lain, penyepitnya tidak sama saiz. Penyepit yang lebih besar adalah untuk menghancurkan sesuatu objek manakala penyepit yang lebih kecil digunakan untuk
Saiznya yang besar menyebabkan ia memerlukan tempat tinggal yang besar di mana di British Aquarium, Claude ditempatkan di sebuah tangki dengan 10 kaki tinggi dan 6 kaki lebar.
Walaupun mempunyai saiz yang besar, Claude tidak memerlukan makanan yang banyak. Menurut Jemma Battrick, petugas di British aquarium, makanan Claude di sini hanya udang dan sotong.
Perbezaan saiz Claude dengan ketam biasa
sumber: www.dailymail.co.uk
p/s: susah nak kopek kulit kalau besar cmni..hahaha
sedap sgt ni steam dia...manis giler..! LOL
ReplyDelete