G7gROBy4_3P4Lyb69aTNdueVqY4 ok! it's a fact: Ok! Kepentingan berwuduk

Sunday, 6 May 2012

Ok! Kepentingan berwuduk


Entry yang sebelum ini menceritakan mengenai kelebihan solat manakala kali ini pula aku nak kongsi sedikit fakta mengenai wuduk atau air sembahyang. Berwuduk wajib bagi muslim sebelum mendirikan solat atau menyentuh Al-Quran. Apa signifikannya mengambil wuduk? Jom tengok!

  1. Hikmah wuduk daripada segi Islam adalah untuk membersihkan atau meratakan air mutlak ke bahagian anggota badan yang tertentu iaitu muka, tangan, kaki, dahi dan telinga. Ini adalah kerana bahagian-bahagian ini merupakan anggota badan yang paling banyak terdedah kepada kekotoran dan juga dosa.
  2. Menurut Prof. Leopold Werner von Ehrenfels, seorang pakar neurology dari Austria dalam kajian beliau, pusat-pusat saraf yang paling peka dalam tubuh manusia terdapat di semua kawasan anggota-anggota yang dibasuh dengan air wuduk ini.
  3. Pusat-pusat saraf ini sangat sensitif dengan air segar, menjadikan badan menjadi lebih sihat dan cergas. Secara tidak langsung, menunjukkan bahawa kuasa Allah yang Maha Mengetahui mengenai kebaikan berwuduk selain memastikan hamba-hambaNya yang taat sentiasa dalam keadaan terpelihara daripada dosa dan kekotoran.
  4. Hasil kajian yang dilakukannya membuka hatinya untuk memeluk Islam dengan nama Baron Omar Rolf Ehrenfels dan yakin mereka yang berwuduk sentiasa menjaga kebersihan dan memelihara keselaran pusat sarafnya.
  5. Dari Abdullah bin Zaid bin Aasim al-Ansariy r.a, beliau telah ditanya: “Tunjukkan kepada kami cara Rasulullah S.A.W berwuduk. Maka beliau pun meminta sebekas air, lalu menuang sedikit air ke atas tapak tangan dan membasuhnya sebanyak tiga kali. Kemudian beliau memasukkan tangan ke dalam bekas untuk mencedok air dengan tangannya dan berkumur-kumur serta memasukkan air ke dalam hidung dengan air yang sama sebanyak tiga kali. Kemudian beliau mencedok air sekali lagi lalu membasuh muka sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau mencedok lagi dengan tangannya lalu membasuh tangan hingga ke paras siku dua kali. Kemudian beliau mencedok lagi lalu menyapu kepala dalam keadaan menyapu tangannya dari arah depan kepala ke arah belakang dan menyapu tangannya kembali ke arah depan kepala, kemudian beliau membasuh kedua kakinya hingga ke paras buku lali. Selepas itu beliau berkata: Beginilah cara Rasulullah s.a.w mengambil wuduk .” (Hadis Riwayat Muslim)


    p/s: berwuduklah dengan sempurna!

2 comments:

  1. Banyak kelebihan berwudhu' ni, kan?

    Kalau boleh, amalkan sentiasa dalam keadaan berwudhu'.

    ReplyDelete