G7gROBy4_3P4Lyb69aTNdueVqY4 ok! it's a fact: Ok! Apa yang anda tidak ketahui mengenai stress

Monday 14 May 2012

Ok! Apa yang anda tidak ketahui mengenai stress


Stress atau tekanan merupakan perkara yang berlaku kepada setiap manusia. Memang tak ada manusia yang hidup bebas tanpa stress. Cuma membezakan kita antara satu sama lain adalah cara menangani stress. Bagi yang kurang bijak menangani stress boleh menyebabkan kesan buruk kepada diri sendiri dan juga orang sekeliling. Stress kebanyakannya menyumbang kepada perkara negatif. Oleh sebab itu, meh baca apa aku tulis mengenai stress yang korang selalu alami ni!


1.  Beberapa simptom yang berkaitan dengan stress adalah seperti kemurungan, sakit dada, rambut gugur, sukar untuk bernafas, sakit jantung, berat badan bertambah, darah tinggi dan masalah kolesterol.

2.  Stress menyebabkan gangguan kepada kesuburan manusia. Bagi wanita, ia mengganggu penghasilan ovum manakala bagi lelaki ia mengganggu bilangan penghasilan sperma di duktus sperma yang boleh menyumbang kepada masalah mati pucuk!


3.  Tekanan juga menyebabkan masalah jerawat bertambah buruk kepada mereka yang berjerawat kerana menurut kajian ketika keadaan stress, kelenjar minyak merembeskan lebih banyak sebum menyebabkan lian pori di muka tersumbat.


4.  Ketawa merupakan antara cara terbaik untuk menangani stress kerana ia menurunkan hormon stress di samping menguatkan sistem imun kita.


5.  Ia hanyalah sebuah mitos apabila keadaan stress mampu menyebabkan rambut beruban tetapi yang merupakan fakta ialah, stress yang melampau mampu menyebabkan rambut gugur.

6.  Menurut kajian saintis coklat mampu menurunkan hormon stress seperti cortisol kerana coklat selalunya mengandungi koko yang kaya dengan antioksidan dipanggil flavonoids.

7.  Kajian turut menunjukkan penghidap HIV akan mempercepatkan proses kepada AIDS sekiranya terlalu tertekan berbanding mereka yang berjaya mengawal tekanan kerana menghidap HIV.


8.  Tekanan yang melampau juga mampu mengganggu sistem imuniti manusia menyebabkan mereka mudah jatuh sakit.

9.  Stress melampau menyumbang kepada penyakit insomnia.


10. Seks juga mampu mengurangkan stress. Hormon yang terhasil ketika hubungan seks mampu melegakan stress dan menstabilkan tekanan darah.(Untuk yang sudah berkahwin sahaja. Untuk yang bujang pegi makan coklat, ketawa puas-puas tak pun pegi solat! Hehe)

p/s: jangan stress2 weh!hehe. So, the best way is try to adopt the right attitude which can convert negative stress into a positive one!

No comments:

Post a Comment