G7gROBy4_3P4Lyb69aTNdueVqY4 ok! it's a fact: Ok! Fakta menarik bumi kita

Sunday 27 May 2012

Ok! Fakta menarik bumi kita


Kita tinggal di Bumi. Hanya bumi yang dikenalpasti sekarang ini satu-satunya planet yang mempunyai hidupan. Bumi merupakan planet ketiga yang berada berdekatan dengan matahari dan kelima terbesar dalam sistem suria kita. Bumi juga merupakan satu-satunya planet dalam sistem suria yang mempunyai air dalam tiga jenis bentuk iaitu pepejal (ais), cecair (hujan, laut,etc) dan gas (awan). Apa fakta lain yang menarik mengenai bumi kita lagi?Jom kita usha kejap!  

1. Bumi kita berumur secara anggaran antara 4.5 ke 4.6 billion tahun.

2. Bumi kita mengandungi komponen-komponen gas seperti 78% nitrogen, 21% oksigen, 0.03% karbon dioksida dan selebihnya gas-gas nadir. Sila klik untuk penerangan lebih lanjut mengenai udara di atmosfera bumi.

3. Jarak antara bumi dan matahari secara purata adalah 93,020,000 batu bersamaan 149,669,180 km.

4. Purata jarak antara bumi dan bulan pula ialah 238,857 batu bersamaan 384,403.1 km.

5. Ukurlilit bagi bumi ialah 24,901.5 batu bersamaan 40,075 km.

6. Diameter bumi secara puratanya ialah 7,926 batu bersamaan 12,742 km.

7. Luas permukaan bumi pula 510,072,000 km2.

8. Permukaan bumi meliputi 30% kawasan darat dan 70% kawasan akuatik dan akibat daripada pemanasan global, peratusan kawasan akuatik semakin bertambah hasil pencairan ais di kawasan kutub.

9. Menariknya, daripada 70% kawasan akuatik di dunia, 97% daripadanya merupakan kawasan air masin manakala hanya 3% kawasan air tawar.

10.Kawasan tertinggi di bumi adalah Gunung Everest dengan ketinggian 8,850 m dari paras laut.

11.Kawasan terendah di bumi pula adalah laut mati dengan 417.27 m di bawah paras laut. Laut mati mengandungi kandungan garam yang sangat tinggi sehinggakan mampu membuatkan sesiapa sahaja terapung. Walaubagaimanapun ia menyebabkan tiada langsung hidupan hidup di Laut mati.

12.Sungai terpanjang di bumi adalah sungai nil dengan ukuran 6,695 km panjang.

13.Pulau terbesar di bumi kita pula adalah Greenland dengan keluasan 2,130,800 km persegi.

14.Rekod suhu tertinggi di bumi pernah dicatakan adalah 57.7⁰C di Al Aziziyah, Libya pada 13 September 1922.

15.Rekod suhu terendah pernah dicatatkan di bumi adalah -89.2⁰C di Vostok, Antartika pada 21 Julai 1983.

p/s: Sayangi bumi kita! Jangan tambahkan pencemaran..Go Green guys!

No comments:

Post a Comment