G7gROBy4_3P4Lyb69aTNdueVqY4 ok! it's a fact: Ok! Kita sentiasa memerlukan udara

Thursday 19 April 2012

Ok! Kita sentiasa memerlukan udara


Udara merupakan percampuran pelbagai jenis gas yang sangat penting dalam kehidupan kita seharian. Paling penting tentulah gas Oksigen (O2) yang membantu manusia, haiwan dan tumbuhan untuk terus kekal hidup di bumi. Atmosfera bumi dipenuhi dengan gas-gas seperti gas Nitrogen yang mewakili 78%, gas Oksigen 21%, gas Argon 0.9%, gas Karbon Dioksida 0.03% manakala selebihnya merupakan wap air dan gas-gas nadir seperti neon, helium, metana, kripton, hidrogen dan xenon. Udara merupakan benda yang kita tak nampak dan tak berbau. Jom tengok apa yang penting mengenai udara yang kita selalu gunakan dalam kehidupan seharian.

  1. Oksigen penting dalam proses respirasi hidupan atau proses biologi di bumi dan juga sangat penting dalam proses pembakaran terutamanya dalam industri utama dunia.
  2. Tindakbalas radiasi ultra-violet dari matahari dengan oksigen (O2) membentuk molekul ozon (O3) yang terdiri daripada tiga atom oksigen.
  3. Gas nitrogen merupakan gas lengai atau tidak reaktif tetapi berguna sebagai pelindung kepada bahan-bahan reaktif daripada bertindak balas dengan gas Oksigen. Ia menghalang proses pengoksidaan daripada berlaku.
  4. Selain itu, disebabkan sifat tidak reaktif, gas nitrogen digunakan sebagai penyejuk dan selalunya ia berbentuk cecair. Cecair nitrogen yang sejuk membantu terutamanya dalam industri makanan.
  5. Cecair nitrogen terhasil melalui penyejukan pada suhu -195⁰C.
  6. Gas Argon juga merupakan gas lengai dan tidak reaktif yang menghalang proses pengoksidaan. Gas ini selalu digunakan dalam mentol tungsten menghalangnya daripada terbakar,industri kimpalan dan dalam industri pengeluaran keluli tahan karat.
  7. Gas Karbon Dioksida merupakan gas yang diperlukan dalam proses fotosintesis dalam tumbuhan yang membebaskan gas Oksigen.
  8. Melalui proses pembakaran, gas karbon dioksida dibebaskan dan mengikut kajian kandungan gas karbon dioksida semakin bertambah di atmosfera bumi sebanyak 2ppmv (parts per million by volume) setiap tahun.
  9. Gas helium selalu digunakan dalam mengapungkan belon. Sifatnya yang merupakan gas kedua paling ringan dan lengai membolehkan ia mengapungkan bahan seperti belon. Gas hydrogen tidak digunakan kerana mudah terbakar.
  10. Gas metana selalunya terhasil daripada tindakbalas bakteria. Selalunya terhasil daripada tinja haiwan dan bahan makanan. Keburukan gas metana apabila terbebas ke atmosfera, ia merupakan gas rumah hijau yang memerangkap haba daripada cahaya matahari menyebabkan bumi semakin panas tetapi kebaikannya sekiranya dikumpul secara sistematik ia mampu menjana kuasa elektrik.
jom tengok experiment guna liquid nitrogen


p/s: Let's reduce the air pollution!

No comments:

Post a Comment