G7gROBy4_3P4Lyb69aTNdueVqY4 ok! it's a fact: Ok! Diabetes antara penyakit utama rakyat malaysia

Wednesday 18 April 2012

Ok! Diabetes antara penyakit utama rakyat malaysia



Diabetes mellitus atau lebih popular dengan nama kencing manis merupakan antara penyakit major yang sering menyerang rakyat Malaysia. Punca utama adalah kerana pancreas gagal merembeskan insulin atau insulin tersebut tidak dapat bertindak balas dengan tubuh badan. Insulin berfungsi memindahkan glukosa hasil daripada pemakanan kita yang terlarut dalam salur darah ke organ hati, lemak badan dan sel otot untuk ditukar menjadi tenaga. Glukosa yang terkumpul dalam darah menyebabkan paras glukos@gula semakin tinggi. Entry kali ini agak serius sebab mende2 camni mane bole wat bahan lawak..haha. Jom tengok beberapa fakta penting mengenai diabetes mellitus atau lebih popular dengan panggilan kencing manis.

Bacaan glukosa
Tahap
70-99mg/dL (3.9-5.5 mmol/L)
Normal
100-125mg/dL (5.6-6.9 mmol/L)
Berisiko untuk mendapat diabetes
>126mg/dL  (>7.0 mmol/L)
Diabetes

  1. Diabetes yang menyerang akan menyumbang kepada penyakit lain seperti serangan jantung, kegagalan buah pinggang, strok, buta, kerosakan saraf dan gangrene kaki.
  2. Terdapat tiga jenis diabetes iaitu jenis 1 yang bergantung kepada suntikan insulin, jenis 2 yang berlaku kepada dewasa berumur >35 tahun dan individu yang mempunyai masalah berat badan manakala diabetes jenis 3 berlaku kepada perempuan hamil yang bersifat sementara.
  3. Penyakit ini merupakan epidemic yang senyap kerana menurut WHO (World Health Organization) hampir 246 juta masyarakat dunia menghidap diabetes.
  4. India merupakan negara paling ramai menghidapi diabetes kira-kira 40 juta orang rakyatnya.
  5. Buah pinggang akan bertindak balas dengan kandungan glukos yang tinggi dalam darah menyebabkan pesakit cenderung untuk kerap membuang air kencing yang turut mengandungi glukos berlebihan.
  6. Pesakit diabetes selalunya akan cepat berasa haus akibat kekerapan membuang air kecil, dan mudah untuk kepenatan kerana ketidakstabilan glukosa yang sepatutnya ditukar menjadi tenaga untuk digunakan oleh organ dan sel-sel badan manusia.
  7. Diabetes menyumbang kepada kerosakan saraf menyebabkan sesetengah pesakit kehilangan deria rasa sakit terutamanya di kaki apabila berlaku sebarang kecederaan.
  8. Pesakit diabetes selalunya akan mengalami tempoh untuk sembuh yang lama sekiranya berlaku kecederaan atau luka kerana kandungan glukos yang tinggi dalam darah telah mengganggu sistem imun (fungsi sel darah putih terganggu) dan gangguan kepada pembentukan sel-sel baru di kawasan luka tersebut.
  9. Langkah terbaik mengelakkan diabetes adalah melalui senaman dan kawalan berat badan melalui diet yang seimbang.


p/s: tak boleh makan sebarangan je..kena sentiasa jaga kesihatan..semua nih kan hanya pinjaman..=p

2 comments: