G7gROBy4_3P4Lyb69aTNdueVqY4 ok! it's a fact: Ok! Swimming pool semulajadi yang awesome

Wednesday 23 May 2012

Ok! Swimming pool semulajadi yang awesome

Ia merupakan satu kejadian semulajadi di mana tanah mendap menyebabkan satu lubang besar terhasil. Ia terletak di Bimmah, Oman dan merupakan tumpuan pelancong yang ingin merasai suasana ekstrem atau mencabar. Air yang bertakung di pool ini sangat jernih dan ini menarik perhatian pelancong untuk datang mandi dan merasai suasana semulajadi. 

 Apa yang lebih menarik tiada siapa tahu berapa dalam kolam ini. Oleh sebab itu, pengunjung yang datang suka membuat terjunan bebas kerana tali khas disediakan bagi mereka yang gemar untuk membuat terjunan. Boleh terjun tiruk sekali!hehe

Fasiliti seperti tandas dan parkir kereta turut disediakan dan tiada cas dikenakan bagi pengunjung.

Di sini juga terdapat natural pedicure  di mana ikan-ikan kecil akan memakan sel-sel mati di kaki. Ini kepada mereka yang tidak ingin mandi dan lebih kepada bersantai.

Kolam ini dikelilingi dengan batu kapur dan ia memberi suasana yang nyaman dan menarik!


p/s: Subhanallah!cantik sungguh ciptaan Allah

No comments:

Post a Comment