G7gROBy4_3P4Lyb69aTNdueVqY4 ok! it's a fact: Ok! Antara benda paling mahal di dunia

Tuesday, 15 May 2012

Ok! Antara benda paling mahal di dunia


Dibawah aku berjaya menyenaraikan 12 benda paling mahal di dunia. Ada lagi rasanya yang tak termasuk dalam entri kali ini. Sape2 kepala bisnes boleh la guna sumber rujukan ini.hehe.Enjoice!

Tukaran wang asing USD$1 = RM 3.080710

12.  Saffron dengan harga USD$11 (RM33.96) per gram
Merupakan rempah termahal di dunia. Ia berasal daripada bunga Saffron atau nama saintifknya ialah Crocus sativus L. Ia mempunyai pelbagai kelebihan dan digunakan dalam masakan kerana ia memberi rasa dan warna yang eksotik kepada makanan. Di samping itu ia sangat bermanfaat kepada kesihatan kerana mampu merawat penyakit seperti lumpuh, kelesuan otot, diabetes, darah tinggi dan banyak lagi. Untuk mendapatkan 1 kg saffron, ia memerlukan hampir 150,000 stigma bunga saffron. Ketika ini, Sepanyol, Kashmir dan Iran adalah antara pengeluar utama Saffron di dunia.

11.  Emas dengan harga USD$56 (RM172.88) per gram
Fakta mengenai emas ada aku pernah letakkan dalam entri aku sebelum ini. Emas merupakan pelaburan jangka masa panjang yang sangat bagus. Harganya sentiasa berubah dan kebanyakannya sentiasa bertambah. Walaupun harganya jatuh kadangkala, ia akan meningkat dengan mendadak selepas itu. Ia merupakan unsur paling stabil di dunia dan untuk fakta lebih lanjut boleh klik di sini.

10.  Rhodium dengan harga USD$58 (RM179.05) per gram
Самые дорогие Материалы в мире
Rhodium merupakan unsur kimia dalam jadual berkala yang diletakkan bersama-sama platinum dan palladium dalam kumpulan metal platinum. Dengan simbol kimia Rh dan nombor atom 45 ia merupakan unsur yang sangat rare, berwarna putih perak, keras dan lengai. Oleh kerana sumbernya yang terhad, ia selalunya digabungkan dengan unsur lain membentuk aloi seperti emas dan platinum. Sifatnya yang sangat tahan karat, sangat tahan hakisan dan tahan dengan asid melonjakkan rhodium sebagai antara unsur metal termahal selain platinum.

9.  Platinum dengan harga USD$60(RM185.23) per gram
Unsur ini berkongsi kebanyakan sifat kimianya dengan Rhodium kerana berada dalam kumpulan yang sama dalam jadual berkala. Ia juga merupakan logam yang sangat rare seperti rhodium dan tidak reaktif. Ia merupakan salah satu contoh logam berat dan boleh memudaratkan kesihatan manusia jika terdedah. Platinum selalu digunakan industry elektrik, kelengkapan makmal, kelengkapan pergigian dan barang kemas.

8.  Methamphetamine dengan harga USD$100 (RM308.05) per gram
Ia lebih dikenali sebagai syabu di Malaysia. Dalam dos yang kecil, syabu mampu meningkatkan daya tumpuan, tenaga, meningkatkan kadar denyutan jantung dan alertness melalui pengeluaran bahan kimia dikenali sebagai dopamine di dalam otak. Walaubagaimanapun, ketagihan dan pengambilan secara berlebihan menyebabkan berlaku gangguan kepada sistem dopamine seterusnya menyumbang kepada gangguan kepada sistem motor dalam otak yang mengawal pertuturan dan memori manusia.

7.  Sumbu badak dengan harga USD$110 (RM338.85) per gram
Kepupusan badak sumbu kebanyakkannya disebabkan oleh pemburu haram yang inginkan sumbunya yang sangat mahal. Ia dikatakan mampu merawat penyakit-penyakit kronik seperti kanser, gigitan ular berbisa, sakit kepala, keracunan makanan dan sebagainya. Ia yang terdiri daripada protein keratin mampu merawat racun yang akan bertindak balas meneutralkannya.

6.  Heroin dengan harga USD$130 (RM400.46) per gram
Merupakan sejenis dadah yang terhasil daripada gabungan 2 kumpulan acetyl dengan morphine yang diekstrak daripada pokok Opium poppy. Penggunaan pokok ini sebelumnya adalah untuk merawat sakit seperti kurang tidur dan cirit-birit. Hasil gabungan ini menghasilkan diamorphine yang bertindak sebagai ubat tahan sakit yang sangat kuat. Heroin sangat mudah untuk membuatkan ketagihan kerana dos yang berlebihan menyebabkan pengguna berasa sangat relax dan seronok. Pengambilan dos berlebihan secara berterusan menyumbang kepada koma dan kematian.

5.  Kokain USD$215 (RM662.31) per gram
Самые дорогие Материалы в мире
Kokain merupakan ekstrak daripada daun koka atau Erythroxylon coca. Daun ini kemudiannya dicampurkan dengan alcohol/benzol, asid sulfurik dan natrium karbonat sebelum terhasil sebagai kokain. Ia merupakan serbuk habluran putih dan tidak berbau dan selalunya dihidu atau dihisap. Dos berlebihan menyebabkan halusinasi dan paranoid serta bercakap berlebih-lebihan serta sentiasa rasa gelisah dan bimbang.

4.  LSD USD$3,000 (RM9,241.47) per gram
Самые дорогие Материалы в мире
LSD atau lysergic acid diethylamide merupakan dadah sintetik buatan manusia. Merupakan dadah yang menghasilkan kesan halusinasi di samping turut meningkatkan suhu badan, denyutan jantung, dan tekanan darah. Ia turut mempengaruhi tidur dan menjadikan kurang selera makan.

3.  Plutonium USD$4,000 (RM12,321.96) per gram
Самые дорогие Материалы в мире
Plutonium merupakan bahan kimia radioaktif yang terhasil hasil tindakbalas pemecahan atom uranium atau disebut sebagai biproduk (byproduct) uranium. Ia selalu digunakan dalam pembuatan bom nuklear dan penjanaan tenaga nuklear. Ia menghasilkan radiasi alfa dan berbahaya kepada manusia.

2.  Taaffeit USD$20,000 (RM61,609.80) per gram
Ia merupakan sejenis mineral yang sangat jarang dijumpai. Batu permata ini banyak dilombong di Sri Lanka dan Tanzania. Ia selalunya berwarna merah jambu atau violet.

1.  Tritium USD$30,000 (RM92,414.70) per gram
Самые дорогие Материалы в мире
Tritium merupakan isotop hydrogen yang sangat radioaktif. Ia turut dikenali sebagai Hidrogen-3 dengan simbol T atau 3H. Ia merupakan byproduct yang terhasil di dalam reactor nuklear daripada proses pembedilan lithium-6. Ia seperti plutonium digunakan sebagai senjata nuklear.

p/s: Don't believe it?Believe it my dear readers!

2 comments:

  1. woa!,, nice entry and good to know. thanks, by the way, check my blog to know way making money online!

    ReplyDelete
  2. interesting facts ^^ seems like drugs and chemical items used to produce energy is the most expensive stuff in the world..

    ReplyDelete