G7gROBy4_3P4Lyb69aTNdueVqY4 ok! it's a fact: Ok! Fakta mengenai pen

Sunday, 13 May 2012

Ok! Fakta mengenai pen


Pen merupakan ciptaan manusia yang begitu penting hingga kini. Tidak dinafikan kemajuan teknologi membolehkan sesetengah orang salin nota atau lebih selesa menggunakan gadjets seperti ipad, tablets dan etc. Walaubagaimanapun pen tetap digunakan kebanyakan orang contohnya macam aku yang tak berkemampuan untuk beli gadjet-gadjet ni seperti untuk salin notes dalam kuliah, tulis alamat orang, tulis no telefon, tulis emel dan menurunkan tandatangan untuk urusan penting. Tandatangan rasanya wajib guna pen sebab nak elakkan risiko plagiat atau penipuan oleh orang tidak bertanggungjawab. Meh aku share sedikit info mengenai pen nih!


1.  Quill Pen merupakan pena tertua digunakan dan selalunya menggunakan bulu angsa. Ia selalunya hanya bertahan selama seminggu sahaja dan terpaksa diganti dengan yang baru.


2.  Thomas Jefferson, Presiden Amerika Syarikat dari tahun 1743-1826 membela angsa-angsa yang khas digunakan untuk mendapatkan stok Quill Pen.

3.  Fountain pen pertama dicipta oleh L.E Waterman pada tahun 1883 Ballpoint pen dicipta oleh Laszlo Biro, seorang journalist Hungary pada tahun 1938.



4.  Empat pengeluar fountain pen yang memonopoli pasaran adalah Waterman, Sheaffer, Parker dan Wahl-Eversharp.


5.  Antara pen-pen utama yang digunakan ketika ini iaitu Ballpoint pen (yang ni biasa kita gunakan,cth kilometrico), fountain pen (pen yang agak mahal), soft-tip pen (selalunya highlighter pen atau marker) dan rolling ball pen (pen yang kita kena pusing baru keluar mata pen).



6.  Pada perang dunia kedua, juruterbang menggunakan Ballpoint pen kerana boleh digunakan pada altitude tinggi berbanding pen-pen lain.

7.  Kajian menunjukkan 97% mereka yang ditawarkan pen baru akan menulis nama sendiri.

8.  Secara puratanya, 100 orang mati akibat tercekik ballpoint pen setiap tahun.

9.  Paul C. Fisher telah mencipta pen angkasa atau lebih dikenali sebagai Zero Gravity Pen dan telah mempatenkan AG7 Astronaut Space Pen pada tahun 1965.


10.  AG7 Astronout Space Pen menggunakan tungsten carbide sebagai dakwat. 

p/s: start guna pen masa darjah 4. Upgrade diri daripada guna pensil, hasilnya buku sekolah banyak garis sebab salah tulis ayat. Nak guna liquid paper tak boleh..hahaha

4 comments:

  1. pen memang penting... xda pen tiada la exam kat sekolah tuh..hehe

    ReplyDelete
  2. tp xmustahil gk in future org jwb exam kt laptop or pc je..skang bdk skola rendah anta assignment buku scrap pon kn bertaip komputer..dlu ak gigih gunting surat khabar..kunun2 kreatif la

    ReplyDelete
  3. Hehe.. Mintak kopi pasta kat blog atox leh.. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. copy paste boleh ini kan ilmu..tp mntk tlg tls sumber dari blog sy ok!

      Delete