G7gROBy4_3P4Lyb69aTNdueVqY4 ok! it's a fact: Ok! Perlembagaan Malaysia

Monday 7 May 2012

Ok! Perlembagaan Malaysia


Malaysia merupakan negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen. Maka pemilihan calon-calon wakil rakyat dipilih melalui pilihan raya umum. Sekarang pon sedang sibuk parti-parti di Malaysia membentangkan manifesto masing-masing. Apa yang aku ingin kongsikan tiada kena mengena dengan politik cuma ingin berkongsi bagaimana sistem perlembagaan di Malaysia secara umum. Mungkin berguna bagi mereka yang ingin mengambil ujian PTD khususnya dan juga bagi pelajar yang malas nak baca buku sejarah tebal-tebal.hehe.

  1. Terdapat 3 buah badan utama yang membentuk kerajaan Malaysia iaitu Badan Perundangan (Legislative), Badan Pemerintah (Executive) dan Badan Perundangan (Judicial).
  2. Badan perundangan terdiri daripada Yang di-pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
  3. Yang di-pertuan Agong tidak hadir dalam persidangan parlimen tetapi akan bertitah di pembukaan rasmi penggal parlimen dan baginda berkuasa untuk memanggil, membatal dan membubarkan parlimen.
  4. Dewan Negara pula berfungsi sebagai membahaskan rang undang-undang dengan lebih halus dan terperinci. Ia dianggotai oleh 70 orang keseluruhannya yang mana 26 orang wakil daripada 13 negeri di Malaysia setiapnya 2 orang manakala 2 orang wakil dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, seorang dari Wilayah persekutuan Putarajaya dan seorang dari Wilayah Persekutuan Labuan. Manakala selebihnya seramai 40 orang dilantik sebagai senator yang terdiri daripada pelbgai lapangan contohnya kebudayaan, perundangan,perusahaan dan sebagainya.
  5. Dewan Rakyat pula merupakan barisan wakil-wakil rakyat yang telah dipilih melalui sistem pilihanraya. Mereka mewakili kawasan DUN atau Parlimen di sesebuah negeri dan bertindak membela rakyat atau menyuarakan pendapat dan masalah untuk mendapat penyelesaian di parlimen.
  6. Penggubalan undang-undang baru contohnya akan dibincangkan di peringkat Dewan Rakyat sebelum mendapat persetujuan di sini dan akan melalui bacaan kali pertama, kedua dan ketiga. Ia kemudiannya akan dibahaskan oleh menteri bertanggungjawab di Dewan Negara dan apabila sudah diluluskan oleh kedua-dua majlis Parlimen, ia akan dipersembahkan kepada Yang di-pertuan Agong. Ia seterusnya akan dikuatkuasakan dan diwartakan selepas mendapat perkenan baginda.
  7. Badan Pemerintah pula terdiri jemaah menteri atau kabinet yang akan melaksanakan kuasa-kuasa eksekutif mengikut undang-undang dan perlembagaan.
  8. Di bawah pentadbiran jemaah menteri, terdapat beberapa kementerian dan jabatan kerajaan yang berfungsi menguruskan pentadbiran negara Malaysia. Terdapat juga badan-badan berkanun yang merupakan agensi separuh kerajaan yang berfungsi membantu melicinkan pentadbiran negara seperti Lembaga Kemajuan Tanah persekutuan (FELDA), Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), Perbadanan Pembanguna Bandar (UDA) dan sebagainya.
  9. Badan Kehakiman yang merupakan badan ketiga dalam sistem pemerintahan Malaysia pula merujuk kepada membicara dan menjatuhkan hukuman berkenaan kes-kes di bawah undang-undang. Keadaan ini bergantung kepada taraf mahkamah-mahkamah seperti Mahkamah persekutuan, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah.
  10. Perlantikan Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim-Hakim Besar Mahkamah Tinggi dan Hakim-Hakim lain bagi Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi dilantik  oleh Yang di-pertuan Agong yang bertindak atas nasihat Perdana Menteri.
p/s: Good luck bagi mereka yang akan ambil exam PTD. Hehe. Malaysia tanah tumpah darahku!

No comments:

Post a Comment