G7gROBy4_3P4Lyb69aTNdueVqY4 ok! it's a fact: Ok! Fakta Hidung anda

Wednesday 20 June 2012

Ok! Fakta Hidung anda


Hidung merupakan anggota fizikal yang memainkan peranan penting di mana ia merupakan salah satu deria daripada 5 deria utama manusia. Ia berperanan sebagai deria bau di samping  menjadikan anda semakin handsome dan gorgeous. Hehe. Kira-kira 6 juta sel terletak di hidung kita yang membantu kita menghidu dan setiap manusia mempunyai deria hidu yang berlainan antara satu sama lain. Ada yang sangat sensitif dengan sesetengah bau dan sehingga kini (so far yang aku tengok dan baca) tiada lagi alat yang dicipta khas untuk detect tahap bau contoh seperti bau busuk, wangi dan etc. Kalau ada tolong share dengan aku ok! Jom tengok fakta hidung manusia yang sememangnya anugerah Allah yang Maha Hebat!

1. Manusia mampu menghidu kira 10,000 jenis bau.

2. Masalah kepada deria bau akan turut menjejaskan deria rasa anda. ( Sila cuba tutup hidung samabil minum sesuatu yang manis. Tasteless for sure!)

3. Wanita mempunyai deria bau yang lebih sensitif atau lebih tajam daripada lelaki. (Kalau tengok drama melayu cepat je bini detect bau perfume pompuan lain melekat kat baju suami dia)

4. Kita sebenarnya sentiasa melihat hidung kita tiap masa kerana ia terletak di bawah mata kita tetapi otak manusia dah set untuk mengabaikannya.

5. Sel hidung kita dilindungi oleh tulang rawan dan di tengah-tengah hidung yang memisahkan dua lubang hidung kita terdapat bahagian yang dipanggil septum.

6. Mungkin korang pernah tengok rakan-rakan atau anda sendiri situasi hidung berdarah secara tiba atau selepas berlaku kemalangan. Ia disebabkan salur darah di bahagian septum terluka atau pecah. Boleh terjadi akibat cuaca terlalu panas, accident atau korang ganas sangat korek hidung.ok!

7. Apabila bersin sila gunakan tisu atau sapu tangan kerana bakteria dalam hidung akan terkeluar (hingus) dengan kelajuan 160km/j. Sebab itu, selalunya mereka yang selesema boleh menjangkiti orang lain dengan mudah.

8. Pernah terfikir sebab apa, anda secara semulajadi menutup mata ketika bersin?ini kerana sekiranya anda bersin dalam keadaan membuka mata, ia akan menyebabkan mata anda tersembul keluar.

9. Seperti yang diketahui, hidung merupakan medium penting bagi menapis udara bagi mendapatkan Oksigen untuk fungsi tubuh badan kita. Bulu di dalam hidung berfungsi menapis debu-debu kotor. 


10.Udara yang disedut melalui hidung juga akan dilembapkan dan dipanaskan selepas ditapis oleh bulu hidung dan masuk terus ke paru-paru dalam keadaan lembap dan panas seperti suhu badan manusia.

11.Bernafas melalui mulut akan menyumbang kepada jangkitan kuman ke bahagian mulut dan worst case scenario ke bahagian paru-paru kerana udara disedut terus ke bahagian dalam tubuh badan tanpa ditapis.

p/s: Hidung juga merupakan salah satu aset manusia yang boleh menarik perhatian jantina berlainan untuk usha anda. haha. Sila jaga baik-baik hidung anda. 

No comments:

Post a Comment