Aku ade buat medical check-up untuk masters aku, dan semua prosedur dilakukan termasuk doc check degupan jantung aku. Surprisingly, doc cakap nadi aku berdenyut 89 kali per minit dan itu bukan sesuatu yang bagus menurutnya doc tersebut. Dia cakap aku tak fit, hmm dan actually degupan sebanyak itu dalam tempoh seminit tidak seiring dengan usia aku. Oh no! macam facepalm bila doc cakap macam tu. Oleh sebab kesedaran dalam tempoh singkat itu, aku mula berjogging pagi dan petang, at least sehari aku p jogging la. Hehe, amacam semangat ok! In the mean time, aku juga try gunakan pedometer kat hp buruk aku just as a indicator how many km i jog and how many calories i burned and for sure my pulse in a minute. So entry kali ini aku nak share fakta bagaimana nak tahu korang ni fit ke tak melalui degupan jantung korang. Jom!
1. Untuk menentukan badan korang fit ke tak yang penting dalam pemantauan ini tahu bagaimana nak membaca nadi samaada di pergelangan tangan atau di leher anda.
2. Seterusnya anda perlu melakukan sekurang-kurangnya 10 minit exercise seperti lari atau jogging untuk mendapatkan degupan jantung ketika baru selesai melakukan exercise tersebut.
3. Jadual di bawah menunjukkan range umur dan degupan jantung per minit selepas melakukan exercise.
Umur
|
Degupan jantung per minit
|
20-29
|
120-160
|
30-39
|
114-152
|
40-49
|
108-144
|
50-59
|
102-136
|
60-69
|
96-128
|
70-79
|
90-120
|
4. Ok? selepas melakukan exercise letakkan jari anda di pergelangan tangan atau di leher dan cuba dapatkan bacaan selama 10 saat dan darab dengan 6 bagi mendapatkan bacaan selama satu minit. Bandingkan dengan jadual di atas adakah sama dalam kumpulan umur anda.
5. Bagi mendapatkan bacaan lebih tepat mengenai tahap kesihatan badan anda, cuba aplikasikan heart rate recovery di mana, kita dapat lihat adakah jantung kita mampu untuk recover dalam tempoh yang singkat selepas degupan yang laju hasil daripada aktiviti exercise yang kita lakukan.
6. Cuba dapatkan bacaan degupan jantung sejurus selepas berhenti exercise dan kemudian selepas 2 minit ambil sekali lagi bacaan nadi anda.
7. Sudah dapat kedua-dua bacaan? cuba tolak nilai bacaan tersebut untuk dapatkan perbezaan nilai-nilai bacaan tersebut.
8. Berikut merupakan indicator untuk beza nilai bacaan tadi.
Kurang daripada 22 : Badan anda lebih tua daripada umur sebenar anda
22-52 : Badan anda sihat seiring dengan umur anda
53-58 : Badan anda sihat dan lebih muda sedikit daripada umur sebenar anda
59-65 : Badan anda sihat dan lebih muda daripada umur anda
66 dan lebih : Badan anda sangat sihat dan jauh lebih muda daripada umur sebenar anda
Begitulah serba sedikit info mengenai fitness measurement yang mungkin kita boleh aplikasikan supaya tahap kesihatan tubuh badan kita. Jantung merupakan organ yang sekiranya dilatih akan bertambah bagus dan sihat. Sebenarnya kuantiti exercise tidak penting, yang penting ia dilakukan secara continuous walaupun sekejap dalam sehari.
p/s: tak nak termasuk dalam golongan 3G!huhu
p/s: tak nak termasuk dalam golongan 3G!huhu
Makasih infonya yang sangat bermamfaat....
ReplyDelete