G7gROBy4_3P4Lyb69aTNdueVqY4 ok! it's a fact: Ok! Fakta lipas di rumah anda

Thursday 21 June 2012

Ok! Fakta lipas di rumah anda


Lipas merupakan sejenis serangga yang sangat common yang kita akan jumpa di tempat sampah dan rumah kita. Aku memang tak suka lipas dan aku paling tak suka bila dia merayap kat badan. Haha. Tapi tak lah sampai nampak lipas pon aku da terjerit-jerit geli. Anyway, lipas memang serangga yang menghuni tempat-tempat kotor,sempit dan gelap. Walaubagaimanapun lipas merupakan antara spesis survivor dari zaman dinosaur, bermakna spesis lipas telah wujud berjuta-juta tahun dahulu dan tidak banyak berevolusi semenjak itu. Jom tengok fakta lain mengenai lipas!
1. Terdapat 4,000-5,000 spesis lipas tetapi hanya 30 sahaja yang merupakan tergolong dalam serangga perosak dan pembawa penyakit.

2. Pernah jumpa telur lipas? Telur-telur lipas disimpan dalam satu protective case atau kapsul yang dipanggil ootheca.

3. Terdapat sesetengah lipas betina yang hanya mengawan sekali sahaja tetapi boleh bertelur selepas itu sepanjang hayatnya.

4. Lipas selalunya merupakan spesis serangga nocturnal iaitu sensitive kepada cahaya dan akan lari apabila disuluh dengan cahaya lampu.

5. Lipas boleh menahan diri daripada bernafas selama 40 minit.

6. Hanya dengan lubang sebesar 0.5mm membolehkan anak lipas menyusup masuk ke rumah kita manakala bagi dewasa lubang sebesar 1.6mm.

7. Lipas boleh hidup selama seminggu atau lebih tanpa kepala dan mati akibat dehidrasi kerana tidak mendapat minum menggunakan mulutnya.

8. Lipas boleh berlari dengan selajuan 3km sejam atau 0.8/s. Laju untuk saiznya yang kecil.

9. Tempoh hidup lipas adalah kira-kira setahun dan lipas berehat selama 18 jam setiap hari.

10.Lipas makan apa sahaja termasuk rambut dan boleh hidup tanpa makanan selama sebulan.

11.Darah lipas berwarna putih atau jernih tidak berwarna.


12.Pemangsa bagi lipas adalah tebuan dan lipan.


p/s: Pakai penyembur lipas nak bunuh lipas lama-lama tengok lipas imune je, tak mati pon!

3 comments:

  1. If im not mistaken..lipas penah dihantar ke marikh or bulan..either one la..and surprisingly they formed a population about 30 cockroaches..I think yang dihantar tu betina..huhu..yet it still among best creatures God created including us!hehe

    ReplyDelete