p/s: Impressive!
Friday, 7 September 2012
Ok! 10 amazing facts about our brain
yet another extra info about our brain. We cant deny the function of our brain which extremely useful in our daily basis. It controls everything!
Ok! 10 amazing facts about our human body
In b4, I have put certain info about our human body in my previous entries. this video describe the best of the best which we may remember to make sure we always be a thankful person.
p/s : Amazed? There a lot more facts hidden to be discovered..=)
Tuesday, 28 August 2012
Ok! Fakta perut anda
Lepas bulan puasa, perkara paling best adalah makan. Antara fungsi puasa di Bulan Ramadhan bagi masyarakat Islam adalah untuk merehatkan perut yang sentiasa bekerja. Sistem pencernaan kita tidak pernah diberi rehat melihat kepada kekerapan kita makan, bermula dengan sarapan, makan tengahari, minum petang, makan malam dan mungkin juga makan tengah malam. Entry aku kali ini ingin membincangkan sedikit fakta menarik mengenai perut yang mungkin memberi sedikit ilmu kepada anda semua pada hari ini.
1. Apabila kita makan, kita turut menelan makanan bersama-sama udara ke dalam perut dan usus kita. Oleh sebab itu, cara paling efektif untuk mengeluarkan udara ini adalah melalui sendawa.
2. Perut kita mengeluarkan asid hidroklorik dan enzim protease yang berfungsi untuk membunuh bakteria dan mencernakan makanan yang kita telah makan.
3. Perut merupakan sebahagian dalam sistem pencernaan manusia. perut berfungsi untuk memecahkan makanan kepada cebisan-cebisan yang dikenali sebagai 'chyme' sebelum dibawa ke bahagian usus kecil untuk proses penyerapan nutrien makanan.
4. Saiz badan manusia tidak mempengaruhi saiz perut anda. Jadi tiada beza perut orang kurus atau orang gemuk cuma perut boleh dilatih untuk menerima makanan secara banyak dalam satu masa atau sebaliknya.
5. Berat badan seseorang naik apabila jumlah kalori yang kita ambil daripada makanan harian kita melebihi jumlah kalori yang dibakar melalui exercise atau aktiviti kecergasan lain. Perut kita akan berfungsi secara efektif dalam mencernakan makanan berbanding waktu malam. Oleh sebab itu, meraka yang kerap makan sebelum tidur boleh menyumbang kepada masalah kegemukan.
6. Makanan berlemak dicernakan lebih lama berbanding makanan berkarbohidrat dan lemak juga tersimpan lebih lama di dalam perut berbanding karbohidrat.
7. Akitiviti senaman seperti sit-ups atau abdominal crunches tidak akan menyebabkan saiz perut semakin kecil tetapi membakar lemak di kawsan perut.
p/s : Sayangi perut anda...rehatkan perut dengan berpuasa..pahala dapat dan badan makin sihat..hehe
Selamat Hari Raya!
Salam pembaca blog ok! its a fact sekalian. Masih belum terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Memandangkan terdapat kekangan masa dan sibuk dengan hal-hal remeh temeh menyebabkan aku tidak mempunyai masa untuk menulis sebarang entry sepanjang bulan puasa. Apa yang penting kita sentiasa muhasabah diri dan bertanya kepada diri kita sendiri adakah kita semakin menjadi manusia yang lebih baik atau sama sahaja atau pun semakin teruk keperibadian kita selepas berlalunya Ramadhan. Sesungguhnya amatlah rugi kerana kita tergolong dalam kalangan orang yang tidak memanfaatkan Bulan Ramadhan yang lalu. Adakah kita pasti kita akan berjumpa lagi Ramadhan yang akan datang? Walaubagaimanapun apa yang penting, kita sentiasa perbaiki diri dan bukan hanya menunggu masa tibanya bulan Ramadhan untuk memenuhi masjid untuk menunaikan solat Terawih, bersedekah dan membuat kebaikan. Jadinya amalan yang istiqamah yang sentiasa kita lakukan. InsyaAllah kita akan sentiasa dilimpahkan dengan daripada Allah yang Maha Esa. Selamat menyambung kemabali urusan anda samada bekerja atau belajar. Sesungguhnya setiap pekerjaan yang dilakukan niat kerana Allah akan dilimpahkan dengan rakmat. Salam..
p/s: Jom puasa sunat Syawal pulak..hehe
Friday, 6 July 2012
Ok! Kelebihan Jumaat yang berkat
Sempena Hari
Jumaat yang penuh berkat, berada pula di Bulan Syaaban sama-samalah kita
merenung dan bermuhasabah terhadap diri agar sentiasa sedar bahawa kita
seharusnya sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang Allah berikan dan
istiqamah dengan segala perkara kebaikan dan meninggalkan larangan-Nya. Jadi
sebagai menghargai Hari Jumaat yang
merupakan penghulu segala hari, mari kita lihat kelebihan hari jumaat ini dari
sudut Islam.
- Penghulu segala hari
- Hadis Rasullullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah; “ Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari)
- Sabda Rasullullah S.A.W; Kita (Umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari qiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan dan Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk Kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk Kaum Nasrani.
- Rasullullah S.A.W bersabda; “ Hari yang dijanjikan ialah hari qiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat” (Hadis Riwayat Tirmidzi).
- Sabda Rasullullah S.A.W; “ Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan dan pada hari itu juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada hari jumaat juga qiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya”
5. Solat jumaat yang difardhukan ke atas setiap
lelaki Islam
- Rasullah S.A.W bersabda; “Sesiapa yang hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.
- Hadis Riwayat Tirmidzi; “Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.”
- Rasullullah bersabda daripada Abu Hurairah yang bermaksud; “ Pada hari Jumaat ada satu saat bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.”
- Ibnu Masud berkata; “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”
- Rasullullah S.A.W bersabda; “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”
- Rasullullah S.A.W bersabda; “ Sesiapa yang membaca surah al-kahfi pada hari jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua jumaat.”
- Rasullullah S.A.W juga bersabda; “ Perbanyakkan membaca selawat kepadaku pada malam dan hari Jumaat, maka sesiapa yang membaca selawat keatasku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah memberi rahmat 10 kali).” (Hadis riwayat Al Baihaqi).
Sumber
myibarah .com dan lenggangkangkung-my.blogspot.com
Thursday, 5 July 2012
Ok! Fotosintesis sumber oksigen
Anda biasa
dengar dengan terma fotosintesis? Ia sinonim dengan proses yang dilakukan oleh
tumbuhan hijau di sekeliling kita untuk menghasilkan Gas Oksigen yang kita
gunakan untuk terus hidup. Penghasilan Gas Oksigen ini merupakan tindakbalas
tumbuhan hijau yang mengandungi klorofil dengan cahaya UV daripada matahari.
Apa fakta lain berkenaan fotosintesis?
1. Tumbuhan yang
menjalankan proses fotosintesis masih menjalankan proses respirasi untuk terus
hidup iaitu menghirup gas oksigen.
2. Selain
penghasilan gas oksigen hasil daripada proses fotosintesis ini, tumbuhan hijau
juga turut menghasilkan protein, karbohidrat dan lemak yang kita atau haiwan
makan sebagai sayur-sayuran atau buah-buahan.
3. Proses
fotosintesis merupakan proses yang dicetuskan oleh cahaya UV daripada matahari
yang memberi sumber tenaga kepada tumbuhan ini.
4. 30% jumlah
oksigen di muka bumi kita dihasilkan oleh hutan-hutan di seluruh dunia.
5. Selebihnya 70%
kandungan oksigen dihasilkan oleh phytoplankton melalui proses fotosintesis di
dasar laut.
6. Phytoplankton
merupakan mikroorganisma yang menjalankan proses fotosintesis yang hidup di dasar laut.
p/s: proses fotosintesis merupakan proses yang simple dan mudah difahami tetapi peranannya sangat besar kerana merupakan sumber oksigen untuk membolehkan kita dan makhluk di muka bumi ini terus hidup.
Ok! Fakta menarik telinga manusia
Telinga
merupakan anggota tubuh badan manusia yang sangat penting kerana ia berfungsi
sebagai organ pendengaran kita. Telinga juga kita boleh lihat mempunyai
pelbagai bentuk yang juga turut menjadikan korang makin handsome dan ayu gitu!haha. Tapi walau macam manapun bentuknya
bersyukurlah dengan kurniaan Allah kerana ada rakan-rakan kita yang langsung
tidak boleh mendengar atau mengalami kesukaran dalam pendengaran.
1. Selain sebagai
organ pendengaran, koklea di dalam telinga berfungsi sebagai pengimbang badan
kita.
2. Bunyi yang kita
dengar diterjemah oleh otak kita yang dihantar dalam bentuk impuls.
3. Tahi telinga
yang dikenali juga sebagai serumen merupakan earwax yang berfungsi ketika penukaran gelombang bunyi kepada
impuls dan juga sebagai penapis untuk habuk.
4. Kita sentiasa
mengorek telinga bagi membersihkan serumen atau tahi telinga, kerana kandungan
tahi telinga yang berlebihan di dalam telinga boleh menjejaskan pendengaran
kita. Tetapi dalam masa yang sama juga, sekiranya terlalu bersih juga tidak
boleh memnadangkan ia berfungsi dalam menukar gelombang bunyi yang kita terima
kepada impuls untuk dihantar ke otak.
5. Di dalam
telinga kita juga mempunyai lebih daripada 25,000 rerambut kecil yang turut
terlibat dalam penukaran gelombang bunyi kepada impuls yang akan dihantar dan
diterjemah oleh otak kita.
6. Telinga
sentiasa mendengar gelombang bunyi walaupun dalam keadaan kita sedang tidur.
Apa yang menyebabkan kita tidak mendengarnya adalah kerana otak berhenti
menterjamah impuls bunyi ketika kita tidur.
7. Salah satu
penyebab kehilangan atau terjejasnya deria pendengaran adalah terdedah dengan gelombang
bunyi yang kuat secara berterusan.
8. Berdasarkan
kajian, pendedahan terdapat bunyi 86 desibel atau lebih akan menjejaskan deria
pendengaran kita.
9. Telinga dan
hidung merupakan anggota tubuh kita yang turut membesar dan berkembang selari
dengan anggota yang lain kecuali mata kita yang kekal bentuknya semenjak kita
dilahirkan.
10.Telinga
diperkuatkan dengan rawan tetapi terdapat juga beberapa tulang kecil seperti stirrup
yang merupakan tulang paling kecil
antara semua tulang-tulang di badan kita.
p/s: Cuba untuk mendengar perkara yang baik-baik sahaja..haha..misi mustahil tu!
p/s: Cuba untuk mendengar perkara yang baik-baik sahaja..haha..misi mustahil tu!
Wednesday, 4 July 2012
Ok! lawak : Sex starved
A new Army Captain was assigned to an outfit in a remote post in
the Afghan Desert .
During his first inspection of the outfit, he noticed a camel hitched up behind the mess tent.
He asked the Sergeant why the camel was kept there.
The nervous sergeant said, 'Sir, as you know, there are 250 men here on the post and no women. Sometimes the men have urges. That's why we have Molly The Camel.
The Captain said, 'I can't say that I condone this, but I can understand about the 'urges', so the camel can stay.'
During his first inspection of the outfit, he noticed a camel hitched up behind the mess tent.
He asked the Sergeant why the camel was kept there.
The nervous sergeant said, 'Sir, as you know, there are 250 men here on the post and no women. Sometimes the men have urges. That's why we have Molly The Camel.
The Captain said, 'I can't say that I condone this, but I can understand about the 'urges', so the camel can stay.'
About a month later, the Captain starts having his own 'urges'.
Crazed with passion, he asked the Sergeant to bring the camel to his tent.
Putting a ladder behind the camel, the Captain stands on the ladder, pulls his pants down and makes passionate love to the camel.
When he's done, he asked the Sergeant, 'Is that how the men do it?'
'No sir. They usually just ride the camel into town. That's where the girls are."
p/s: =p
Crazed with passion, he asked the Sergeant to bring the camel to his tent.
Putting a ladder behind the camel, the Captain stands on the ladder, pulls his pants down and makes passionate love to the camel.
When he's done, he asked the Sergeant, 'Is that how the men do it?'
'No sir. They usually just ride the camel into town. That's where the girls are."
p/s: =p
Ok! Air mani dan faktanya
Semua pembaca entri ini
kinda matured kan? Jadi tidak menjadi
isu sekiranya saya ingin kongsikan sedikit ilmu mengenai air mani yang
dihasilkan oleh kaum adam ini daripada duktus sperma mereka. Fakta ini penting
memandangkan ia merupakan info yang juga pendidikan seks secara umum. Entri
yang lain aku akan bincangkan juga mengenai ovum yang dihasilkan oleh kaum
hawa. Enjoice!
1. Di dalam air mani
terdapat hanya 10% sperma yang membawa kepelbagaian genetik manakala selebihnya
mengandungi enzim, vitamin C, Kalsium, Protein, Natrium, zink, asid sitrik dan
fruktosa.
2. Sperma merupakan sel
paling kecil dalam badan manusia manakala sel paling besar pula merupakan ovum
yang terdapat pada wanita.
3. Sperma membawa separuh
genetik lelaki (bapa) manakala ovum daripada wanita (ibu) membawa separuh lagi
genetik dan hasil persenyawaan menyumbang kepada 23 pasangan kromosom. Maka
lahir lah kita pada hari ini.
4. Seorang lelaki sihat
menghasilkan 70-150 juta sperma sehari walaubagaimanapun ketika ejakulasi
mereka mengeluarkan 3 kali ganda jumlah sperma itu. Oleh sebab itu, lelaki menjadi lesu selepas itu.
5. Sperma dalam air mani
boleh hidup selama 5 hari dalam badan wanita dan tidak mustahil untuk wanita
itu hamil walaupun hubungan seks telah dilakukan beberapa hari sebelumnya.
6. Sperma yang telah
berada dalam wanita selepas hubungan seks menuju ke tiub fallopio untuk
bersenyawa dengan ovum. Menariknya, ovum mengeluarkan sejenis bahan kimia yang
menarik sperma untuk datang kepadanya. Sperma tidak mempunyai kebolehan unutk
mengemudi arah ke mana ia akan pergi.
7. Sperma manusia mampu
bergerak dengan kelajuan 4 mm seminit tetapi kebanyakannya hanya mampu bergerak
1mm seminit dan secara anggaran untuk sampai ke tiub fallopio unutk
persenyawaan dengan ovum mengambil masa 45 minit.
8. Cara pemakanan dan cara
hidup yang sihat akan memastikan kaum lelaki menghasilkan lebih banyak sperma
sihat dalam air mani mereka berbanding mereka yang merokok dan meminum minuman
keras.
9. Pemakanan juga
akan mempengaruhi rasa air mani itu sendiri yang mana daging merah, produk
tenusu, bawang, bawang putih dan kopi menyebabkan air mani berasa pahit dan
berasid manakala pemakanan makanan mengandungi gula seperti buah-buahan
menjadikan rasanya lebih manis.
p/s: Allah Maha Hebat mencipta kita daripada persenyawaan sperma dari bapa dan ovum dari ibu.
Tuesday, 3 July 2012
Ok! Lawak #8 : Kapten dan pekerjanya
Seorang kapten lulusan akademi
tentera memerintahkan seorang pekerja menyiram rumput setiap petang. Dia
memerintahkan pekerja itu menyiram rumput setiap hari pada pukul 5 petang dan
setiap hari dia datang memantau pekerja itu. Pekerja itu melakukan tugasnya
dengan tekun.
Pada suatu hari, langit gelap
dan kemungkinan besar hujan akan turun. Hujan turun pada kira-kira pukul 4.30
petang dan oleh itu, pekerja tadi tidak menyiram rumput.
Pada pukul 5 petang, hujan
masih turun rintik-rintik dan kapten itu pun datang hendak memantau pekerjanya.
Dia melihat pekerja itu sedang berehat lalu mengherdik, "mengapa kamu
tidak menyiram rumput? Bukankah sekarang ini pukul 5?"
Pekerja itu menjawab,
"tetapi kapten, hujan turun dan rumput semua basah."
Kapten itu berkata lagi,
"jadi apa masalahnya? Pakailah baju hujan."
p/s: There are 2 rules for the boss and employees
1. Boss is always right
2. If Boss is totally wrong about something please refer rule no. 1
Ok! Fakta lalat
Entri sebelum
ini aku ada memberikan fakta mengenai lipas yang merupakan antara serangga
perosak yang membawa penyakit. Kali ini aku dapat ilham untuk berkongsi
mengenai serangga lalat yang juga merupakan serangga kotor yang cukup sinonim
dengan kawasan sampah, busuk dan membawa penyakit. Lalat merupakan sejenis
serangga yang mempunyai 6 kaki dan sepasang sayap. Apa fakta lain mengenai
serangga yang sangat annoying ini
yang mungkin kita tak tahu selama ini.
1. Terdapat
300,000 spesis lalat di serata dunia dan merupakan dalam Class Insecta
(serangga) dan Order Diptera yang mempunyai hanya dua sayap berbanding serangga
terbang lain yang mempunyai 4 sayap atau lebih.
4. Tempoh hayat
lalat secara puratanya adalah 30 hari.
7. Lalat bertelur
dalam makanannya sendiri. Sebab itu, jangan dedahkan makanan anda kepada sekitaran
ditakuti lalat bertelur di makanan anda.
8. Sayapnya
bergerak 200 kali setiap saat dan berhenti secara mengejut apabila kaki lalat
menyentuh tanah atau hinggap di mana-mana tempat.
10.Lalat hanya
makan makanan yang berlendir dan cecair. Oleh sebab itu, ia memuntahkan atau
mengeluarkan cecair dari mulutnya ke dalam makanan sehingga menjadikan makanan
tersebut lembut sebelum dimakan. Sentiasa lihat apa yang anda makan sekiranya
terdapat lalat yang menghinggapi makanan anda.
p/s: tak penah try rendam dua-dua belah sayap lalat kalau lalat masuk dalam minuman. Dalam Islam sayap lalat sebelah merupakan racun manakala sebelah lagi penawar. Selalu jadi, dah tenggelam semua dah..haha
Monday, 2 July 2012
Ok! Fakta mengenai rambut
Rambut merupakan antara
anggota badan yang sering diperhatikan dan ia merupakan pelengkap bagi
sesetengah orang agar sentiasa tampak cantik dan handsome! Tapi ada juga yang
lebih gemar membotakkan kepala.huhu. Yelah! Beauty
is on the eye of the beholder. Walaubagaimanapun, rambut sentiasa disebut
sebagai mahkota wanita. Kaum hawa sering mendambakan rambut yang sihat, lembut dan panjang. Apa fakta menarik mengenai
rambut?
1. Rambut merupakan
sejenis protein yang dikenali sebagai keratin dan ia sangat kuat malah kuku
juga merupakan struktur yang dihasilkan oleh keratin.
2. Tebal sehelai rambut
adalah antara 0.02-0.04 mm. Jadi, 20-50 helai rambut diperlukan untuk
mendapatkan ketebalan rambut sebanyak 1 mm.
3. Rambut merupakan tisu kedua
terpantas tumbuh di badan manusia selepas tulang sum-sum yang menghasilkan sel
darah.
4. Secara puratanya
seorang dewasa mempunyai 100,000 ke 150,000 helai rambut. Setiap helai rambut
itu juga turut dikenali sebagai 1 folikel rambut.
5. Rambut tumbuh antara
0.3 ke 0.5 mm setiap hari, 1 ke 1.5 cm setiap bulan dan 12-15 cm setiap tahun.
6. Sehelai rambut mampu
menampung berat sebanyak 100 gram dan keseluruhan rambut mampu menampung
sehingga 12 tan atau 12,000 kg.
7. Rambut beruban
disebabkan oleh pigmen di dalam folikel rambut dikenali sebagai melanin tidak
berfungsi sepenuhnya atau telah rosak dan ia dipengaruhi oleh umur.
9. Hormon yang tidak
stabil dan cara bentuk pemakanan pemakanan mempengaruhi keguguran rambut secara
sementara.
10. 40% Wanita yang telah
menopause mempunyai masalah rambut gugur manakala 50% lelaki yang berumur 50
tahun keatas mempunyai masalah keguguran rambut.
p/s: teringat iklan syampu..saya nak balik duit saya!hahaha
Subscribe to:
Posts (Atom)