Sempena Hari
Jumaat yang penuh berkat, berada pula di Bulan Syaaban sama-samalah kita
merenung dan bermuhasabah terhadap diri agar sentiasa sedar bahawa kita
seharusnya sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang Allah berikan dan
istiqamah dengan segala perkara kebaikan dan meninggalkan larangan-Nya. Jadi
sebagai menghargai Hari Jumaat yang
merupakan penghulu segala hari, mari kita lihat kelebihan hari jumaat ini dari
sudut Islam.
- Penghulu segala hari
- Hadis Rasullullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah; “ Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari)
- Sabda Rasullullah S.A.W; Kita (Umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari qiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan dan Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk Kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk Kaum Nasrani.
- Rasullullah S.A.W bersabda; “ Hari yang dijanjikan ialah hari qiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat” (Hadis Riwayat Tirmidzi).
- Sabda Rasullullah S.A.W; “ Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan dan pada hari itu juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada hari jumaat juga qiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya”
5. Solat jumaat yang difardhukan ke atas setiap
lelaki Islam
- Rasullah S.A.W bersabda; “Sesiapa yang hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.
- Hadis Riwayat Tirmidzi; “Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.”
- Rasullullah bersabda daripada Abu Hurairah yang bermaksud; “ Pada hari Jumaat ada satu saat bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.”
- Ibnu Masud berkata; “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”
- Rasullullah S.A.W bersabda; “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”
- Rasullullah S.A.W bersabda; “ Sesiapa yang membaca surah al-kahfi pada hari jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua jumaat.”
- Rasullullah S.A.W juga bersabda; “ Perbanyakkan membaca selawat kepadaku pada malam dan hari Jumaat, maka sesiapa yang membaca selawat keatasku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah memberi rahmat 10 kali).” (Hadis riwayat Al Baihaqi).
Sumber
myibarah .com dan lenggangkangkung-my.blogspot.com