Payudara
merupakan salah satu anggota tubuh badan manusia. Lelaki dan wanita
kedua-duanya mempunyai payudara tetapi tentulah ia tidak dapat lari daripada
sebagai salah satu anggota milik wanita yang unik. Tipulah bagi seorang lelaki
normal tidak melihat bahagian ini. Betul? Entri aku kali ini sekadar berkongsi
sedikit info mengenai payudara. Harap maaf jika ia agak keterlaluan bagi
sesetengah orang, cuma bagi aku ilmu harus dikongsi dan tak perlu malu. Enjoy!
1. Sheyla Hershey,
32 dari Brazil mempunyai payudara terbesar di dunia dengan saiz 38KKK.
Walaubagaimanapun ia merupakan implan silicon yang telah dilakukan melalui 9
pembedahan plastik!
2. Terdapat
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Amerika Syarikat yang memperjuangkan hak
wanita untuk topless di tempat awam.
Mereka mengatakan wanita juga ada hak untuk tidak berbaju di tempat awam
seperti lelaki. Tolonglah jangan ada NGO macam ni kat Malaysia!
3. Tiada payudara
semulajadi yang sama besar dan selalunya bahagian kiri lebih besar daripada
bahagian kanan.No need further
elaboration aite?hehe
4. Payudara
merupakan bahagian utama yang kaum lelaki akan lihat pada seorang perempuan.
Malah ada kajian menunjukkan melihat payudara wanita boleh memanjangkan usia
lelaki. Tapi jangan jadikan ini alasan untuk stare, bagi kaum lelaki sila tengok payudara isteri! Yang belum
berkahwin, sila kahwin cepat.haha
5. Lelaki juga
mungkin mampu menghasilkan susu dari payudaranya memandangkan lelaki turut
mempunyai kelenjar susu (mammary gland)
tetapi ia hanya akan berlaku akibat ketidakseimbangan hormon.
6.Wanita merokok
menyebabkan payudaranya semakin kendur disebabkan bahan kimia dalam rokok
mengganggu keelastikan payudara.
7. Berat payudara
secara puratanya adalah 0.5 kg dan setiap satunya menyumbang kepada 4-5% lemak
badan manusia dan 1% daripada berat keseluruhan seorang wanita.
8. Seorang wanita
yang gemuk turut menyebakan payudara semakin membesar akibat dipenuhi lemak.
9. Menurut kajian,
wanita yang menjalankan pembedahan membesarkan payudara lebih terdedah menghadapi
masalah psikiatri dan worst case scenario
menyumbang kepada bunuh diri.
10.Di Amerika
Syarikat, pembedahan payudara untuk tujuan pembesaran merupakan pembedahan
kosmetik no 1! Kira-kira 2 juta wanita di sini telah menjalankan implant silikon.
11.Di Hong Kong
terdapat Ijazah dalam Bra Studies di
Hong Kong Polytechnic University. Mereka belajar bagaimana mahu mereka dan
membuat coli!hahaha
p/s: Hope it is a good info for you guys!